Masih kuingat ketibaan kumpulan pelajar Malaysia ketiga di Krakow.
Ya Allah, sejuk sangat kat sini, dah la suhu dia entah berapa belas darjah, hujan pulak tu. Menggigil kami yang hanya pakai kot ni. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, kami selamat tiba di Krakow. 22jam penerbangan. Dan pada setiap daripada kami, ini adalah pengalaman pertama kami menaiki kapal terbang. Dia telah memudahkan urusan kami. Alhamdulillah.



Dan seperti yang dijangka, masalah pertama yang kami hadapi di sini adalah makanan. Dah tahu lama dah di sini memang tiada restoran halal. Memang tiada makanan yang ada cop halal seperti di Malaysia, tak perlu mimpilah. Dan kami memang tak tahu nak makan apa masa hari pertama di sini. Lapar? Memang lapar. Dah la dalam flight Lufthansa tadi tak makan sebab takut ada benda2 tak halal. Berpusing2 dekat Food Court Galeria Krakowska tengok2 apa yang boleh makan. Konfius, konfius. Putus fius, putus fius. Ya Allah apakah semua ini? Ada gambar daging, ayam, pasta, da la tak paham apa2 yang ditulis. Semua dalam bahasa Polish. Subway ada, KFC ada, Mc Donald ada, tapi, boleh makan ke?
Kemudian, tiba2 ada orang bagi salam.
“Assalamualaikum, Muslim?” seorang pekerja kedai makan bagi salam.
‘Waalaikumussalam.” Eh? Ada orang Islam ke kat sini? Tak tahu pun. Tapi tengok rupa macam bukan orang Polish. Tanya dialah.. “Yes, muslim. Is there any halal food that I can eat here?”
“No. not halal. No, no. Not halal.No halal. No, no”
Orang tu cakap camtu. Padahal kat kedai makan tu ada je gambar ayam. Eh? Takkan dia da lama duduk sini tak tahu ada makanan halal ke tak? Orang yang baru tiba kat sini lagilah. Terkejut. Takut. Gelabah. Tak tahu nak buat apa. Dan akhirnya mengambil keputusan untuk minum susu je buat makan tengah hari padahal perut dah berkeroncong. Badan dah hampir kehilangan tenaga. Dah tak larat. Sampai2 je, tukar baju, terus pegi shopping. Gatal betul. Tengok? Apa dah jadi?
Bila berkumpul balik dengan yang lain, senior Kiu Fen rasa kesian, lalu dia belikan sandwich tuna kat subway, katanya senior muslim makan je sandwich tu. Dan kumakan dgn rasa yg sgt ragu-ragu dan bersalah.
Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang HALAL itu terang (jelas) dan yang HARAM itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang SYUBAHAT (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah taman larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah HATI.”
Hadith 6 (Hadith 40 – Imam Nawawi)
Hari-hari seterusnya dapat la mengelak daripada makan kat luar untuk tengah hari. Sebab puasa. Alhamdulillah. Untuk makan malam, masak kat dorm. Nasib baik la dorm kosong sebab masih cuti. Oleh sebab itu, dapur tu "milik" pelajar Malaysia. Kalau makan jugak, senior akan beritahu yang mana menu vegetarian, ikan dan makanan laut.
some of the dishes we cook ourselves
sup ayam dengan makaroni- saya masak setelah dapat bekalan ayam halal dari Warsaw
antara makanan yang kawan2 saya makan di restoran - chicken salad
Makanan yang dipek seperti coklat, roti, dan sup segera pasti ku google translate dahulu baru makan. Memang selalu la menanslate semua benda yang dibeli kat sini. satu2 taip. Satu2 tulis. Jemu2 pun, hidup mesti diteruskan. Dah tu, hampir semua makanan yang berbungkus dalam bahasa polish. Hidup negara orang. Ujian Allah beri.
Kinder bueno White
biała czekolada- white chocholate
tłuszcz kakaowy-cocoa butter
odtłuszczone mleko w proszku-skimmed milk powder
mleko w proszku-milk powder
orzechy laskowe-hazelnuts
serwatka w proszku-whey powder-
skrobia pszenna-wheat starch
kakao w proszku o obnizonej zawartosci tluszczu- cocoa powder, reduced fat
bialka mleka-milk protein
lecytyna sojowa-soy lechitin
substancje spulchniajace-raising agent
wodoroweglan sodu-Sodium Bicarbonate
weglan amonu-Ammonium Carbonate
sucha masa mleczna- milk solids
Snickers Super
orzeszki ziemne- peanuts
syrop glukozowy-glucose syrup
tluszcz roslinny-vegetable fat
tluszcz kakaowy-cocoa fat
pelne mleko w proszku-whole milk powder
miazga kakaowa-cocoa pulp
odtluszczone mleko w proszku-skimmed milk powder
laktoza-lactose
serwatka w proszku-whey powder-
tluszcz mleczny- milk fat
utwardzony tluszcz roslinny- harddened vegetable fat
bialko jaja- egg protein
zhydrolizowane bialko mleka- hydrolysed egg protein
sladowe ilosci orzech laskowy- trace amounts of hazelnuts
migdal-almond
sezam i inne orzechy-sesame seed and other nuts
Tak apa, 6 tahun saja kat sini. Ujian Allah beri. Bersabarlah, Dia akan ganti dengan yang lebih baik selepas ini, Insya-Allah.
Solat. Ha, mana la ade surau kat sini. Gereja berlambak la. 99% katholik, gereja dalam jarak 100 meter je setiap satu. Memang sah lagi banyak daripada masjid kat Malaysia. Seboleh-bolehnya nak solat dalam dorm je tiap2 hari. Tapi apa yang kita nak tak semestinya apa yang kita dapat. Hakikat tersebut saya pelajari di sini. Jadi, masa hari ketiga kat sini, terpaksa solat zuhur kat tempak tersorok belakang restoran, dengan sweater sebagai sejadah. Hari keempat pula solat zuhur dekat dalam restoran. Wudhuk? Apa la pilihan yang ada selain pergi tandas.
 |
| Gereja paling besar di Stare Miasto (Old Town) |
Namun, dalam berjaga-jaga, kesilapan tetap berlaku. Insan sememangnya pelupa,, dan mudah berasa selamat bila telah biasa dengan sesuatu keadaan. Dan itulah kesilapan yang paling besarku buat dalam bulan pertama di sini. Segalanya berlaku kerana kelemahan ingatanku, szynka(ham) disangka sardin, padahal sardin dalam bahasa polish ialah sardynka. Dan pizza szynka serta pizza pomidor(tomato) telah dibeli. Salah satu daripadanya telah ku dan Fathin makan. Bila senior Clarissa ingatkan, 'Astaghfirullah hal 'Azim. Mindaku cuba mengingati pizza mana yang telah kami makan. Dan ingatan menjurus kepada pizza yang satu tu. Hatiku menggeletar. Seluruh tubuh menjadi seram sejuk. Rasa nak demam. Esoknya, buat pertama kali, ku jatuh sakit. Badan panas. Selesema.
Ya Allah, apa yang telah kulakukan?
Menghantui. Betul.
Beberapa hari kemudian, kusinggah ke asrama untuk mengambil barang yang tertinggal. Bila pintu peti sejuk dibuka,, kelihatanlah pizza szynka yang telah kubeli.
Maknanya. Pizza pomidor. Yang. Telah. Dimakan.
Alhamdulillah.
Jadual tidur pun berubah kat sini, badan cuba menyuaikan diri dengan waktu solat yang selalu berubah. Minggu pertama di sini, tidur seawal 8.30malam, selepas solat Isyak dan bangun pada 3.30pagi untuk sahur. Dan sekali lagi, Dia memudahkan untuk bangun seawal itu, Alhamdulillah. Dan Dia menghilangkan rasa takutku terhadap kegelapan. Hanya lampu bilik air menemaniku sahur kerana takut Ee Ling terjaga, padahal sebelum ni, amat sukar untukku bangun dalam kegelapan.
Ini je yang ingat. Hai, pelupa sungguh..