Islamic Widget

Selasa, Oktober 30, 2012

Itu perjalanan rutinku ^^

"Akak ni, tak penat ke berulang-alik?"

Dan aku hanya tersenyum.

Di ketika yang lain dia bertanya lagi kepadaku,
"Apa yang membuatkan akak terus kuat untuk datang ke sini?"

Dan aku tersenyum lagi. Perjalanan 300km yang memakan yang memakan masa lebih 3jam. Menaiki kereta api, yang tidak tentu sesaknya, yang tidak tentu ada tidak tempatku untuk duduk sepanjang perjalanan. 
Ada kala, satu compartment 6 kerusi tu aku yang punya. Ada kala, aku redha duduk beralas surat khabar atau beg plastik atas lantai, memeluk tubuh menahan kesejukan malam. 
Ah, aku masih ingat lagi betapa penuhnya jadual kelas pada hari Jumaat. Selalu perlu berlari-lari seusai kelas untuk mengejar kereta api menuju destinasi. Semata-mata kerna konferens riang pagi2 Sabtu.  Terlepas kereta api merupakan satu perkara biasa. 

Tersenyum, teringatkan kisah2 tren ni tika masih "baby" dalam tarbiyah. Inilah tarbiyahku. Tarbiyah yang dijalani sehingga kini.
Tipulah jika nak kata tak penat langsung. Memang tipu. Penatnya aku berlari2 500m mengejar tren, dengan beg berat di bahu, Dia saja yang tahu. Perasaan semasa tiket tren tu burn bila terlepas kereta api Allah je yang tahu. Penatnya kita buat apa-apapun, Allah saja yang tahu.

Namun yakinlah, penat itu berbayar. Penat kita dalam menuju Allah ini, penat kita mendapatkan redha Allah, penat kita mencari ilmu untuk mengenali Allah, tidak sia-sia. Pengorbanan kita untukNya, Dia tidak pernah sia-siakan. Sungguh, Dialah Ar-Rahman, Ar-Rahim. 

Sungguh (ayat-ayat) ini adalah peringatan, maka barangsiapa yang mengkehendaki (kebaikan bagi dirinya) tentu dia mengambil jalan menuju kepada Tuhannya. 
Tetapi kamu tidak mampu (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.
Dia memasukkan siapa pun yang Dia kehendaki ke dalam rahmat-Nya. Adapun orang-orang yang zalim disediakan azab yang pedih.
(Al-Mursalat 77:29-31)

Ayat-ayat Allah dengan indah menuturkan segala-galanya. (pastilah lebih indah jika kita memahami dalam bahasa Al-Quran). Jika kita mahu kebaikan bagi diri kita, kita mesti akan ambil jalan menuju Allah. 
Keyword: BERKEHENDAK, MAHU. kita sendiri kena ada kehendak, kemudian ambil tindakan, berdoa kepada Allah agar Dia menguatkan kita, memudahkan jalan kita, masukkan kita ke dalam rahmatnya.

Dan tren 3 jam itu terasa sekejap. Penat itu akan hilang dan diganti kebaikan. Dengan izin Allah. 

“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya untuk mencari ilmu pengetahuan, maka ia berada di dalam jalan Allah sehingga ia kembali”
(Riwayat Tarmizi)


Dan aku yakin, perjalananku untuk mendapatkan tarbiyah ini, hanya secebis kecil, berbanding kisah2 mu'min yang lain. Tidaklah seberapa jika nak dibandingkan dengan para tabiin.