Alhamdulillah, Selasa lepas berpeluang berjalan di 'trek langit'. Lokasinya, Taman Pertanian Bukit Cahaya atau lebih dikenali dengan Bukit Cherakah. Ok, skema. Tak perlu cakap panjang-panjang, meh baca.
=Mula-mula nak pergi ada yang rasa sangat seronok, ada juga yang takut, ada yang pergi setelah dipujuk=
=Apapun, dah sampai tetap sampai. Pergi jelah=
Hehe.. sejak bila ada choice kan kehidupan kita ni? Hendak atau tidak, ia perlu diteruskan. Juga, jalan dakwah ini, hendak atau tidak perlu kita teruskan juga.
=Sampai je tengok ‘perhentian’ tinggi giler. Paling tinggi 22m. Oppss.. erm,, takpe lah, nak balik boleh?=
Rupa-rupanya ‘gunung’ yang tinggi menanti untuk ditawan. Aish, start pun belum dah mengalah?
=masa orang tu ‘briefing’, punyalah beria nak dengar dan tengok. Bergerak, tukar posisi, cari sudut yang terbaik. Takut kottt… =
Ada tak yang berani kata dia takde la beria sangat nak dengar briefing tu. Ada? Takde kan? Dah la tak pernah buat, first time. Kenapa? Sebab kita tahu atas tu bahaya. Kita boleh mati kalau jatuh, oh radikal Kita boleh jatuh, tercedera. Apa lagi kita tidak tahu apa-apa mengenainya. Jadi, rujuklah orang yang berilmu dalam bidang tersebut.
=Paling penting. Dua benda ni=
Hehe. Masa tengah berada di satu platform yang sangat tinggi dan sangat kecil (ala yang masa awal-awal tu) sementara menunggu orang di hadapan, ada juga saya terfikir,
"Agak-agak la kan, kalau lepaskan dua benda ni pastu jatuh apa akan jadi?" Sambil-sambil acah-acah sebelah kaki, "Agak-agak la kan kalau dua benda ni, atau at least macam orang tu kata satu mesti dekat tali pastu kita jatuh apa akan jadi?"
Dapat tak point saya? Dapat tak?
Okay,, semua budak pandai, tahniah :P
Sama la macam perjalanan hidup kita ni. Ada dua perkara yang akan menghubungkan kita dengan Allah. Ada dua perkara yang jika kita berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kita tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan As-Sunnah. Jika kedua-dua perkara ini masih berada dekat tali, n then kita terjatuh, Insya-Allah kita boleh naik semula. Kita selamat. kita tidak apa-apa. TETAPI jika kedua-duanya kita lepaskan n then kita jatuh, kita akan............ gedebuk!
Heheh, takut tak? takut tak? Sepatutnya seperti mana kita takut jatuh sepanjang trek langit tersebut, seperti itulah kita takut jatuh sepanjang perjalanan kehidupan kita. Seharusnya seperti mana kita sentiasa menghubungkan dua benda itu dengan tali, sungguh-sungguh merasakan pergantungan kita, seperti itulah kita perlu sentiasa merasa dengan sangat yakin dengan 2 perkara yang ditinggalkan Rasulullah, sentiasa berpegang teguh kepada kedua-duanya, juga merasai pergantungan kita kepada ALLAH.
Pegang baik-baik tau. Nanti naya, tak tahu.
=Cabaran begitu banyak. Ada juga yang sama macam flying fox tapi panjang berbeza=Perjalanan kehidupan kita memang begitu kan? kadang-kadang kita asyik je berhadapan dengan perkara yang sama. Kadang-kadang kita menghadapi perkara yang berbeza-beza. Ingatlah, Allah sangat-sangatlah sayang kat kita. Allah hanya beri ujian yang mampu kita atasi. Bila kita tak mampu atasi ujian tu, Dia akan uji berkali-kali sehingga kita mampu atasi. (So, nampak sangat sebenarnya kita mampu je atasi).
=Masa dalam perjalanan tu ada je orang yang mengingatkan kita bila kita tersalah. Ada je orang yang berjaga di platform=
=Route jalan bukan satu. ada je simpang tapi bertulis 'Jangan...' =Eheh, waktu ni dengan bijaksananya kita mengambil jalan yang betul. Tidak pula kita ambil jalan yang bertanda itu. Juga, kita dengan baiknya dengar orang yang menegur kesilapan dan kesalahan kita.
=Perjalanan yang pada mulanya sangat sukar bagi kita, akhirnya sudah tidak sesukar mulanya. Perasaan takut berganti gembira apabila halangan dapat dilepasi satu persatu=Masih ingat betapa takutnya kita mula-mula tu? Tangga yang tinggi sangat2 tu ingat lagi tak? Agak-agak penat tak nak naik? Penat tak? Gayat tak? Takut tak? Masa rasa penat, gayat, takut tu, ada tak rasa-rasa nak give up, surrender? Aa? Ada? Eh, eh, tapi takde pun orang turun/jatuh? Semua menggagahkan diri untuk teruskan perjuangan sebuah perjalanan kan? kan? *sengih* Kemudian bila dah lama-lama sikit, bila dah beberapa dugaan dan cabaran dapat kita atasi dengan jayanya, perasaan yang tah apa-apa tah kita tu (banyak sangat)
Hah cepat relate dengan kehidupan, cepat.
*SENYUM*
*PEACE*
=Alhamdulillah kita sudah sampai ke destinasi=Moga-moga kita benar-benar sampai ke destinasi hakiki kita nanti. Insya-Allah
*Serius dapat banyak ibrah daripada skytrek ni. Pergi lagi jom ^_____^*
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.(Khutbah terakhir Rasulullah)<<<Perjalanan skytrek lagi sekejap berbanding perjalanan tulis ibrah skytrek>>>
<<<semua gambar ambil dari laman web taman pertanian bukit cahaya>>>