![]() |
| Gambar: Muzułmańskie Centrum Kulturalno-Oświatowe w Poznaniu (Muslim Cultural and Educational Centre in Poznan) |
Islamic Widget
Rabu, Jun 15, 2011
Jumaat, Jun 10, 2011
Hidup ini Sukar?
Hidup ini AMAT Sukar.
Ya, AMAT.
Tidak sukarkah jika setiap perkara yang kita inginkan kita perlu berusaha, bekerja mendapatkannya?
Tidak sukarkah jika setiap perkara baru kita perlu belajar?
Tidak sukarkah jika kadang-kala kita belajar kemudian kita terlupa?
Tidak sukarkah jika ada sahaja tekanan daripada pelbagai aspek?Menjalani kehidupan itu sudah suatu kesukaran.
Tambah-tambah kita dibebani dengan tanggung jawab hamba dan dakwah lagi.
Bila kehidupan ini terasa satu kesukaran, ada antara kita yang tidak mahu meneruskan kehidupan, atau paling tidak lari daripada kesukaran dan tekanan yang dihadapi.
Allah sendiri telah berfirman,
Tidak kejamkah Allah, menjadikan kita begitu?
Tidak, Allah tidak kejam. Bahkan Dia MAHA PENYAYANG.
Di sebalik kesusahan, kepayahan yang kita hadapi, DIA tidak pernah meninggalkan kita. Di sebalik kesukaran, Allah telah memberikan kita kemudahan.
Tidak, Allah sekali-kali tidak kejam. Bahkan, sebenarnya Allah telah banyak memberi kemudahan kepada kita. Lahir-lahir sahaja kita diberi organ yang lengkap, kita boleh melihat, bercakap dan serta berfikir. Kita lahir-lahir je boleh bernafas. Kita lahir-lahir je, organ-organ kita boleh berfungsi dengan baik. Jantung mengepam darah sendiri, sistem pernafasan kita berfungsi sendiri, sedikit demi sedikit penglihatan dan pendengaran kita jelas. Kita boleh melihat dunia dan mendengar suara ibu bapa kita sebaik lahir. TANPA KITA BELAJAR, TANPA KITA KAWAL, TANPA KITA SURUH, TANPA KITA TAHU APA-APA. Semuanya berfungsi sendiri atas izin Tuhan yang MAHA PENYAYANG.
Allah sudah mudahkan segalanya untuk kita. Bayangkan jika kita perlu kawal badan kita sendiri secara sedar. Bangun-bangun pagi, nak buka mata kena arahkan otot mata tu bergerak dulu. Jantung perlu diberi arahan baru pam darah. Semua organ dalam sistem pernafasan (ada berapa jenis muscle? diaphgram, paru-paru dll) untuk perlu diberi arahan baru dapat bernafas. Bila berjalan, kena arahkan semua extensor, flexor, adductor bla bla bla bergerak dan bertindak dengan selaras dan bersepadu baru boleh jalan. Jika begitu, nak tidur pun tidak boleh sebab nanti kalau tidur kita tidak bernafas dan jantung pun tidur sekali. (Hidup ke?) Nah, apakah anda masih menolak banyaknya rahmat Allah kepada kita?
Tidakkah sebenarnya kita telah menjalani hidup ini dengan mudah? Tidakkah, Dia memang sebenarnya sudah beri kita kemudahan awal-awal lagi? Tidakkah begitu?
Bahkan Allah telah menciptakan dunia ini mudah buat kita.
Kita hidup kerana Allah,
Kita buat sesuatu kerana Allah,
Jadi bila Allah letak kita dalam kesusahan,
perlukah kita berkeluh-kesah?
Bukankah itu hanya satu ujian daripadanya untuk meninggikan darjat kita?
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. [57:22-23]

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah. (Al-Balad:4)Lihat, Allah menciptakan manusia begitu.
Tidak kejamkah Allah, menjadikan kita begitu?
Tidak, Allah tidak kejam. Bahkan Dia MAHA PENYAYANG.
Di sebalik kesusahan, kepayahan yang kita hadapi, DIA tidak pernah meninggalkan kita. Di sebalik kesukaran, Allah telah memberikan kita kemudahan.
Tidak, Allah sekali-kali tidak kejam. Bahkan, sebenarnya Allah telah banyak memberi kemudahan kepada kita. Lahir-lahir sahaja kita diberi organ yang lengkap, kita boleh melihat, bercakap dan serta berfikir. Kita lahir-lahir je boleh bernafas. Kita lahir-lahir je, organ-organ kita boleh berfungsi dengan baik. Jantung mengepam darah sendiri, sistem pernafasan kita berfungsi sendiri, sedikit demi sedikit penglihatan dan pendengaran kita jelas. Kita boleh melihat dunia dan mendengar suara ibu bapa kita sebaik lahir. TANPA KITA BELAJAR, TANPA KITA KAWAL, TANPA KITA SURUH, TANPA KITA TAHU APA-APA. Semuanya berfungsi sendiri atas izin Tuhan yang MAHA PENYAYANG.
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur. (78)Ya, Kemudian kita perlu belajar berjalan. Kalau kita lihat bayi-bayi yang baru belajar berjalan, kita dapat lihat betapa sukarnya mereka. Bukan sekejap, bahkan berbulan-bulan. Tetapi, tidakkah di sebalik kesukaran tersebut, Allah telah mengurniakan bayi tersebut manusia-manusia lain di sekelilingnya untuk mencapai targetnya, iaitu berjalan? Kemudian, bila sudah reti berjalan, Dengan mudahnya bayi tersebut dapat berlari. Dan tanpa sedar, kita tidak perlu lagi ingat cara-cara untuk berjalan, tidak perlu lagi berhati-hati seperti bayi baru belajar berjalan, Tanpa sedar, segalanya yang dahulu sukar, menjadi mudah!
Allah sudah mudahkan segalanya untuk kita. Bayangkan jika kita perlu kawal badan kita sendiri secara sedar. Bangun-bangun pagi, nak buka mata kena arahkan otot mata tu bergerak dulu. Jantung perlu diberi arahan baru pam darah. Semua organ dalam sistem pernafasan (ada berapa jenis muscle? diaphgram, paru-paru dll) untuk perlu diberi arahan baru dapat bernafas. Bila berjalan, kena arahkan semua extensor, flexor, adductor bla bla bla bergerak dan bertindak dengan selaras dan bersepadu baru boleh jalan. Jika begitu, nak tidur pun tidak boleh sebab nanti kalau tidur kita tidak bernafas dan jantung pun tidur sekali. (Hidup ke?) Nah, apakah anda masih menolak banyaknya rahmat Allah kepada kita?
Tidakkah sebenarnya kita telah menjalani hidup ini dengan mudah? Tidakkah, Dia memang sebenarnya sudah beri kita kemudahan awal-awal lagi? Tidakkah begitu?
Bahkan Allah telah menciptakan dunia ini mudah buat kita.
Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu [kembali setelah] dibangkitkan.(Al-Mulk 67:15)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Surah Ar-Rahman)Lihat, betapa banyak rahmat Allah kepada kita yang tidak kita sedari, apa lagi syukuri!
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Al-Baqarah 2:153)
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (Al-Hajj 22:78)Bila kita berhadapan dengan kesukaran, ingatlah segala kesenangan yang telah Allah berikan. Bila berhadapan dengan kesukaran, ingatlah Allah sentiasa bersama kita. Bila berhadapan dengan kesukaran, ingatlah untuk memohon pertolongan daripada Allah.
“Sungguh mengkagumkan sifat orang mukmin. Apa sahaja keadaannya pasti baik. Ia tidak pernah dialami oleh sesiapa pun melainkan orang mukmin. Jika dia senang, dia bersyukur dan ia baik untuk dirinya. Dan jika dia susah dia bersabar dan itu baik untuk dirinya.” – Riwayat Muslim.Orang beriman adalah orang yang 'cool'. Susah senang segalanya baik bagi dirinya. Tidakkah kita juga dalam kalangan orang yang beriman?
Kita hidup kerana Allah,
Kita buat sesuatu kerana Allah,
Jadi bila Allah letak kita dalam kesusahan,
perlukah kita berkeluh-kesah?
Bukankah itu hanya satu ujian daripadanya untuk meninggikan darjat kita?
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. [57:22-23]
Sabtu, Jun 04, 2011
Picture: Masjid
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِى اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاَظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ: إِمَامٌ عَادِلٌ، وَشَابٌ نَشَأ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجَلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِى الْمسَاجِدِ، وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِى اللهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ: إِنَّى أخَافُ اللهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأخفَاهَا حتَّى لاَ تَعْلَمُ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ خَلِيْلً فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ.
Narrated by Abi Hurairah r.a. Rasaulullah s.a.w said;
There are seven whom Allah will shade in His Shade on the Day when there is no shade except His Shade:
1) a just ruler;
2)a youth who grew up in the worship of Allah, the Mighty and Majestic;
3)a man whose heart is attached to the mosques;
4)two men who love each other for Allah's sake, meeting for that and parting upon that;
5)a man who is called by a woman of beauty and position [for illegal intercourse], but be says: 'I fear Allah',
6)a man who gives in charity and hides it, such that his left hand does not know what his right hand gives in charity;
7)and a man who remembered Allah in private and so his eyes shed tears.'
Collected in Saheeh al-Bukhari (english trans.) vol.1, p.356, no.629 & Saheeh Muslim (english trans.) vol.2, p.493, no.2248
Daripada Abi Hurairah (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Ada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya:
1. Imam (pemimpin) yang adil.
2. Pemuda yang taat kepada Allah sejak kecil.
3. Lelaki yang terpaut hatinya dengan masjid.
4. Dua orang yang saling kasih-mengasihi karena Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu ia berkata: “Aku takut kepada Allah”.
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak mengetahui tangan kirinya apa yang diberi oleh tangan kanannya.
7. Orang yang bermunajat kepada Allah sambil menggelinangkan airmatanya.
[Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim]

Jumaat, Jun 03, 2011
Gambar: Membuat Pilihan
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah di jalan-Nya agar kamu beruntung.O you who believe! Do your duty to Allâh and fear Him. Seek the means of approach to Him, and strive hard in His Cause (as much as you can). So that you may be successful
(5:35)
Picture: Doa Istikharah
Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.
Sumber: Fitnah Petunjuk Istikharah
Langgan:
Catatan (Atom)