Islamic Widget

Khamis, April 05, 2012

Ah.. tak lama lagi..

Jantungku berdegup kencang. Baru sahaja bermula sejak akhir-akhir ini. Sebelum ini tahap heart rate ku memang tidak memuaskan. Tapi, ini terlalu kencang. Lantas mengira heart rate sendiri. Lebih seratus. Ah. Kira sekali lagi. Masih seratus lebih. Tachycardia. Mulanya ingat biasa2 xde apa.. Apa lagi exam nak dekat. Namun ia semakin menjadi-jadi. Terasa mahu berhentikan sahaja jantung ini. Penat. Restless. Pening. Akhirnya mengalah. Jumpa doktor. Dan hari ni badanku penuh wayar. Bukan masuk hospital, bukan, hanya ECG 24jam. Hari ini juga aku mula sedar daya ingatanku semakin teruk. Mungkin sebenarnya tidak ada apa-apa pun.. Mungkin aku sihat-sihat sahaja. Namun aku terima ini sebagai tanda peringatan bagiku bahawa hidupku bukanlah lama. Tidak lama lagi. Hidup dunia memang sekejap, nak dibandingkan dengan akhirat yang kekal abadi, pastilah sangat beza! Ya, tidak lama lagi, aku akan berjumpa dengan Allah, Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Sudahkah bersedia untuk ke sana? Sudah cukupkah bekalan? Sudah cukupkah amal kebajikan, hak Allah dan hak manusia yang telah ku lakukan, untuk meraih redha Allah, agar kembaliku kepadaNya ku dapat berjumpa denganNya? Sudah kah aku berjihad, berjuang untuk menegakkan syariatNya, pada diri sendiri, keluarga, orang sekelilingku? Sudahkah aku bersabar, redha, berlapang dada dengan segala ujian dunia, yang mana ujian itu cuma, ya hanya cuma untuk meninggikan darjat ku di sisiNya? Allah, hidup ini sukar ya Allah, teramat sukar. Terutamanya bila hambaMu ini jauh dariMu. Bantulah aku mendekatiMu agar ku dapat menghadapinya dengan redha, agarku tidak berasa lemah, jatuh atau berpaling dariMu kerana sukarnya hidup ini. Agar ku tetap kuat, teguh, istiqamah, bermotivasi dan tetap berada di jalan mencari redhaMu. Aku memandang badanku yang penuh wayar. Ya tidak lama. Sikit je lagi. Bergeraklah menuju Tuhanmu untuk mendapat pengakhiran yang baik.


Published with Blogger-droid v2.0.4