No No NO ...
This is not possible.
It can't be. I was fooled.
Cheated.I hope you doesn't share the same fate as me.
Yeah, right, I'm not kidding! Fooled by What? Who?
Why?
Where?
When?
How?
What's the evidence?
Islamic Widget
Khamis, Januari 27, 2011
Berjayakah kita?
Alhamdulillah,, Segala puji bagi Allah,, Dia yang telah memberi kita nikmat tidak terhitung banyaknya,, Dia yang masih memberi nikmat tidak tersedar dek kita, Dia yang akan terus memberi nikmat kepada hamba-hamba-Nya..
Kali ini nak cerita topik kejayaan lagi..
Topik yang tidak asing bagi kita,, manusia yang selalu mengukur sesuatu dengan kejayaan.
Di kala saya menulis ini, saya baru menerima berita kejayaan sahabat-sahabat sekolej yang baru menerima keputusan IELTS mereka. Alhamdulillah, semuanya lulus. Perasaan saya tidak tergambar. Sama seperti ketika dapat berita kejayaan semua sahabat perjuangan dalam peperiksaan Histologi mereka.

Syukur
Gembira
Bangga
Atas nikmat kejayaan yang Allah berikan.
Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada semua yang berjaya. Kejayaan itu milik anda yang berusaha mendapatkannya. Kejayaan itu milik anda kerana anda telah memenuhi ciri-ciri orang yang berjaya..
Ini hanya kejayaan dunia sahaja,, YA, hanya dunia, kejayaan yang kita dapat terus. Setiap perkara boleh lihat lulus gagalnya. Boleh kaji di mana lemah, di mana kurang, agar boleh capai kejayaan biarpun telah berulang kali gagal.
Tetapi, apakah sebenarnya kejayaan bagi kita, iaitu orang-orang yang beriman?
Sabtu, Januari 15, 2011
Anda JAtuh? BAngunlah Semula…
Assalamualaikum,,
Hidup ini sememangnya penuh dengan ujian. Pelbagai rintangan dan cabaran kita hadapi. Tidak pernah ia sunyi. Tidak pernah ia terlepas menguji keimanan. Apatah lagi dalam perjuangan. Semakin tinggi cita-cita, semakin banyaklah pula ujian yang datang bertandang. Semakin kuat perjuangan kita, semakin hebatlah juga ujian yang tidak pernah kita undang.
Dalam menghadapi ujian ini, ramai yang kecundang, tidak sedikit pula yang berdiri penuh kemegahan dalam kejayaan. Dalam menghadapi ujian yang berterusan menjelma, mungkin ada yang terus kuat menghadapi gelombang. Mungkin ada yang akan jatuh, jatuh dan terus jatuh. Mungkin ada yang jatuh bangun silih berganti.Kejayaan pastinya membuatkan kita terus yakin menghadapi perjuangan. Segera mara dengan impian bagai berada hanya di hadapan mata. Jalannya terasa mudah. Kelihatan cita-cita dapat kita gapai dengan senang.
Kegagalan pula bukanlah suatu pilihan. Kegagalan demi kegagalan yang kita alami akan membuatkan keyakinan kita munyusut. Mungkin turun dengan mendadak sehingga kita hilang langsung keyakinan diri. Langkah semakin longlai. Impian semakin jauh, sehingga langsung tidak kelihatan. Cita-cita bagai tidak mungkin dapat digapai. Perjuangan semakin hambar. Cita-cita yang sebelumnya besar, semakin mengecil.
Langgan:
Catatan (Atom)