Tanpa sedar,, mata berkaca
Tanpa sedar, air mata bergenang
Tanpa sedar, titik-titik jernih tumpah
Itulah yang berlaku pada salah seorang peserta pada sesi penutup ISK Poland 2010. Hatinya begitu tersentuh.. sedih melihat video yang ditayangkan..
empayar Islam jatuh
umat Islam dibunuh
tanpa sebab yang kukuh
umat Islam lemah
iman mereka rapuh
zina, rogol, begitu berleluasa
di masa umat lain mencapai kemajuan,
umat islam cenderung ke arah kemusnahan…
Padahal, ini bukan kali pertama dia melihat video sebegitu. Bukan dia tidak pernah didedahkan dengan perkara tersebut, bukan dia tidak mengetahui beginilah situasi umat Islam sekarang.
Bahkan, bukan akal tidak mengetahui, tetapi hati tidak merasa… dan pada hari tersebut, hatinya begitu tersentuh…
'Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesunguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada,'
(surah Al-Haj: 46)
Diam dia sepanjang sesi perbincangan kumpulan. Dia membiarkan sahaja peserta lain bersuara, berkongsi buah fikiran mereka. Bukan tidak mahu menambah, tetapi tidak berdaya berkata apa-apa.
Diamnya dia disedari semua. Peserta paling aktif kini menjadi paling pasif. Biarlah. Dia memerlukan masa. Dia memerlukan ruang. Untuk berfikir sejenak, berfikir tentang tujuan hidupnya, berfikir tentang agama yang dianutinya, berfikir tentang hidupnya dan agamanya, berfikir tentang apa yang telah dibincangkan sepanjang program tersebut. Berfikir, dan berfikir…
Tiba sesi pembentangan, dia masih begitu. Hanya diam mendengarkan pendapat peserta kumpulan lain. Satu demi satu, sehingga semua peserta lain telah selesai. Apabila sampai gilirannya bersuara, dia mengambil tempat, menghadap semua peserta lain. Ditatap wajah-wajah para peserta lain, satu demi satu.
Inilah dia keluarganya di sini, bisiknya. Kakak-kakak yang begitu baik dan prihatin terhadapnya, rakan-rakan yang tidak putus-putus mengambil berat. Sejak menjejakkan kaki ke sini, rindunya pada ‘suasana’ sedikit terubat. Suasana solat berjemaah beramai-ramai. Ukhuwah yang dirasai antara dia, rakan-rakan dengan kakak-kakak di sini. Suasana yang damai, lagi mendamaikan. Itulah suasana yang dirinduinya. Suasana yang hilang bila dia tiba di bumi Poland ini. Bumi yang tidak pernah dikuasai kerajaan Islam.
”Assalamualaikum,, pertama sekali saya ingin meminta maaf kerana tidak begitu mengambil bahagian dalam perbincangan kumpulan tadi. Sebenarnya saya begitu sedih melihat video yang telah ditayangkan. Begitu sedih melihat sebahagian umat Islam dibunuh, ditindas, diperlakukan begitu kejam oleh orang bukan Islam. Begitu sedih melihat kejatuhan Turki Uthmaniyyah. Begitu sedih mendengar seruan supaya umat Islam lain bangkit menentang orang-orang kafir, apakah akan kita jawab nanti di akhirat? Begitu sedih melihat berleluasanya gejala sosial dalam kalangan umat Islam.
Dan apabila emosi menguasai…
Hanya orang seni sahaja yang faham…
Baiklah, soalannya, apa keadaan umat Islam sekarang? Kita sendiri boleh lihat, kita bagaimana sekarang. Lihat apa yang terjadi apabila kerajaan Islam jatuh... Inilah kesannya, umat Islam tertindas, tanpa pembelaan. Dibunuh sesuka hati. Lihat pula umat Islam di Malaysia. Kebanyakan Islam hanya pada nama. Banyak gejala sosial. Bukan di luar rumah sahaja, di dalam rumah pun bahaya sebenarnya. Sumbang mahram. Abang rogol adik. Ibu rogol anak. Bahkan datuk yang sudah tua pun rogol cucu. Astaghfirullahal ‘azim..
Rogol. Kanak-kanak pun jadi mangsa. Nak kata salah wanita pun tak boleh, walaupun betul, kerana kanak-kanak mangsanya. 100 meter je dari rumah. Depan rumah je perkara tersebut berlaku. Kawasan perumahan saya sendiri pun, depan rumah saya pernah terjadi satu kes rogol. Rogol beramai-ramai. Bahaya. Kedai pun ada jual arak. Saya sendiri pernah nampak orang Melayu beli arak, dengan tidak malu dan tidak bersalahnya. Sangat bahaya. Sebab tu saya tak keluar malam.
Dan banyak lagi gejala sosial lain. Dan kebanyakkannya orang Islam yan terlibat, kenapa? Kalau tidak silap saya, Yusof Islam pernah berkata, “jika aku mengenali umat Islam sebelum aku mengenali Islam, nescaya aku tidak akan menganut Islam.” Lihat, betapa teruknya umat Islam sekarang.
Jadi apa yang perlu kita lakukan? Usah lihat jauh-jauh, lihat diri kita sendiri. Adakah kita Islam hanya pada nama? Kita perlu bina yang asas dahulu, iaitu akidah. Akidah adalah akar, jika akar sihat, kuat nescaya buahnya, bunganya lebat. Kita telah dibentangkan bahawa Rasulullah telah membina akidah yang mantap pada para sahabat. Kerana mereka mempunyai akidah yang mantap itulah mereka betul-betul percaya, betul-betul yakin. Dan mereka menjadi pati.
Apa soalan seterusnya? Apa yang kita perlu lakukan sekarang? Eh, dah masuk soalan tu eh?
Saya mengakui, saya memang memilih kawan. Kita semua tahu hadis tersebut. Jika kita berkawan dengan tukang besi, kita akan terkena tahi besi/bau busuknya. Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita juga akan terken tempias harumannya. Tapi sahabat saya pernah menyebut, ‘kenapa kita perlu memilih kawan? Bukankah lebih baik kita berkawan dengan semua orang? Kan baik kalau kita yang menjadikan mereka lebih baik?’
Samalah macam yang telah dibentangkan semalam. Tugas kita sebagai khalifah, kita perlu menarik orang ke arah kebaikan, sebelum kita ditarik pula ke arah keburukan. Kita perlu menjadi pati, pati yang pekat, yang dapat mempengaruhi orang lain.
Sebelum dapat mempengaruhi seseorang, kita perlu menjadi baik dahulu. Dan apakah pula maksud baik tersebut? Adakah kita hanya baik pada definisi kita sahaja? Sudahkah kita menjadi baik pada definisi Allah dan rasul-Nya?
Cuba kita lihat subuh kita, saya sendiri akui, ia memang sukar. Beria je set alarm pukul 4pagi,, bunyi-bunyi, tutup alarm tu, siap ada alarm kedua lagi pukul 4.30pagi, tutup jugak Roomate yang bangun. Bukan kita. Azan subuh berkumandang kat handset baru sedar, Ya Allah terlepas lagi nak mengejar rahmat Allah. Pastu bangun-bangun, solat subuh, sambung tidur balik. Bukan nak gerak roommate yang ada kat sebelah tu.. lihatlah kita, tidak berpesan-pesan.. tak saling mengingati. Padahal kita manusia, insan yang selalu lupa.
Ha, tadi ada salah seorang kata kita tidak ada pemimpin macam Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh.
Memanglah kata kita perempuan, tidak dapat buat apa-apa sangat,, tapi kenapa kita tidak melahirkan pemimpin-pemimpin sebegitu? Tangan yang menggoncang buaian itulah yang mengoncang dunia. Memanglah lambat lagi kan, jauh lagi.. tapi ibu Imam Syafie sendiri telah berdoa mendapat anak yang soleh sejak zaman dia remaja. So… adakah masih terlalu awal? Kerana apabila kita dah target mahukan anak yang hebat, kita secara tak langsungnya akan memperbaiki diri sendiri. Kebanyakan orang yang baik lahir daripada kalangan orang yang baik-baik juga..”
Oh, ada orang kata saya cakap banyak sangat
Dengan itu, dia menamatkan perkongsiannya, berkongsi ilmu yang sedikit di dada, lebih banyak berkongsi apa yang hatinya merasa. dan dia berharap hatinya akan terus merasa.. terus ingat apa yang telah diperolehinya sepanjang program.. walaupun ia payah, namun segalanya tidak mustahil... Semuanya bergantung kepada kita jua.
Maaf kerana lambat pos, terlampau sibuk dengan urusan dunia...

