Islamic Widget

Khamis, Disember 30, 2010

Jaulah Dec 2010: Ceska

Ceska (Republik Czech) : Mari menjalin Silaturrahim

Alhamdulillah, tiba akhirnya kami berlapan di Praha (Prague). Tiba dengan tujuan yang satu, mengikuti OWS Ski Edition 2010 yang akan dijalankan di Hradec Kralove, salah satu bandar di Czech. Apa OWS ni? Singkatan Our Winter Story. Ya, cerita musim salji kita, kesinambungan daripada ISK Poland dan Czech. Jika ISK dari Zero to Hero, OWS menggunakan dari Hero to Superhero sebagai taglinenya. Pesertanya? Pastilah pelajar tahun pertama perubatan di Poland dan Czech. Fasilitator adalah senior-senior Poland dan Czech, juga ada penceramah jemputan, diterbangkan khas dari Ireland.

Jaulah Dec 2010: Roma

ROMA: Mari belajar dari Sejarah


Hari Pertama 

Ya Allah, rindunya pada cuaca tidak bersalji. Rindunya melihat tumbuhan menghijau. Rindunya pada musim tidak bersalji. 

Selasa, Disember 14, 2010

Selamat Hari Lahir

ASSALAMUALAIKUM
Sengaja saya ingin sertakan kad ucapan hari lahir kepada sahabat yang sangat saya kasihi, mudah-mudahan menjadi ingatan buat saya dan dia khasnya dan sesiapa sahaja yang membaca amnya.



Jumaat, Disember 10, 2010

5 Muharam datang lagi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

5 Muharam datang lagi, kembali mengingatkan diri ini sudah lama hidup di bumi. Usia semakin bertambah, kini menginjak ke 20. Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat tubuh badan yang sihat, dan akal yang sempurna, serta pelbagai lagi nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Dan nikmat ini telah diberi oleh Yang Maha Pemurah..


Rabu, Disember 08, 2010

Anatomi, Al-Quran & Ujian

Assalamualaikum,

Anatomi

Suka belajar anatomi, histologi. Suka dapat mengetahui, melihat sistem badan manusia. Dengan pelbagai proses, pelbagai perbezaan yang satu-satu sel, satu-satu tisu, satu-satu organ, ada untuk fungsi berbeza. Suka dapat lihat dan dapat mengetahui kekuasaan Allah di situ. Macam manalah orang-orang ateis boleh boleh kata semua benda di dunia ini terjadi dengan sendirinya.


Lihat betapa telitinya Allah mencipta manusia. setiap butir zarah yang terkandung dalam setiap sel ada sebab ia berada di sana. Allah tidak menciptakan sesuatu tanpa tujuan. Dan Allah Maha Mengetahui setiap kejadian. Manusia perlukan masa yang sangat lama untuk mendapatkan sedikit ilmu yang Allah ada. Berapa lama masa yang diperlukan oleh manusia untuk mengkaji ciptaan Allah? Dan kita sendiri, berapa lama masa yang diperlukan untuk memahami, menghafal sedikit ilmu tentang ciptaan Allah ini.

Dan seandainya pohon-pohon dibumi menjadi pena dan laut menjadi tinta, 
ditambahkan kepadanya tujuh laut setelah ia kering, niscaya kalimat Allah tidak 
akan habis ditulis. Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana.
(Surah Luqman, ayat 27)


Lihat penciptaan Nabi Adam dan Hawa. Bandingkan pula dengan anak cucu mereka, iaitu kita..


Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar (Al-Rahmaan 55: 14)

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (Al-Tin 95: 4)

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (Al-Mukminun, 23:12-14)

Lihat kekuasaan Allah. Dia telah menciptakan Nabi Adam daripada tanah, sehingga menjadi seorang manusia yang sempurna.
Lihat pula penciptaan anak cucu Nabi Adam. Kita melalui proses tumbesaran, sejak dalam rahim lagi, sehinggalah kita berusia. Femur fully matured usia berapa? Sutures of skull hanya ossify usia berapa? Semua sistem badan kita tidak lengkap, tidak cukup kuat sewaktu kita lahir, sehingga kita perlu dijaga rapi semasa kecil. Penciptaan kita memakan masa, kerana kita lahir daripada rahim manusia,  berbeza dengan Nabi Adam.

Dalam mengagumi anatomi manusia yang sangat kompleks, Allah telah menurunkan ujian terhadap hamba-Nya yang lemah lagi dhaif ini. 

Al-Quran?

Ilmu anatomi, salah satu ilmu dunia berhempas-pulas cuba dikuasai.. bagaimanapula dengan ilmu akhirat? Bukankah anatomi hanyalah fardu kifayah, sedangkan ilmu agama fardu ain? Sedalam mana ilmu agama di dalam dada?
Sibuk benar dengan mata pelajaran anatomi, histologi. Kalau boleh, semua nak dihadam, setiap perincian mahu diketahui, lebih hebat kalau dapat tahu setiap fakta dalam buku... tapi... macam mana dengan Al-Quran? Tak minat ke mahu menghadam isi-isinya, mengetahui setiap perinciannya, menghafaz ayat-ayatnya? Susah bukan?
Apa sebenarnya yang drive kita untuk menghafal anatomi?
Minatkah? Then, kalau macam tu, kita tak minat dengan Al-Quran ke?
Ke sebab terpaksa? Saya nak jadi doktor, kenalah, mestilah kena belajar anatomi bersungguh-sungguh. Oo.. macam tu, memanglah kita nak jadi doktor, tapi lihat semula,, kenapa kita hidup di dunia ini? Untuk menjadi doktorkah?
Then sebab ada exam dan mesti lulus? sebab tu kena bersungguh-sungguh. Mana ada exam tilawah dan hafazan Al-Quran kan?
Ahah,, apa yang sedang saya katakan ini? Tak perlu belajar anatomi ke?

Disclaimer>> Ini adalah perdebatan dalam diri sendiri yea.. Perdebatan yang muncul kerana ilmu agama tidak bertambah sejak datang sini..

Tidaklah begitu, janganlah berfikir begitu,
Jadikan anatomi, perubatan sebagai alat untuk mencapai redha Allah.
Jadikan belajar itu satu jihad..
Niatkan segalanya untuk Allah..
Belajar kerana Dia,, kerana dia telah menjanjikan tempat yang lebih baik bagi orang berilmu di sisi-Nya.
Kerana wahyu pertama yang diturunkan adalah mengenai menuntut ilmu.
Kerana Dia telah menyebut;

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5) (Al-Alaq 96:1-5)

....Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Az-Zumar, 39:9)

 Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. (Al-Mujaddalah, 58:11)

...Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.  (Al-Fatir, 35:28)

Malah, Allah telah mengajar kita untuk berdoa kepada-Nya agar ditambahkan ilmu kita..

Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya) dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku. (TaHa, 20:114)

Namun, janganlah pula tinggalkan pelajaran agama. Jangan biarkan dirimu sendiri kosong tanpa tambahan ilmu di dada. Jangan buarkan hatimu kontang, di kala otakmu banjir. Jangan jadikan persekitaran sebagai alasan. Carilah inisiatif sendiri. 
Joinlah usrah bersama teman, tidak kira jauh mahupun dekat, teknologi telah membantu, Skype kan ada... 
dengarlah juga kuliah secara online, Youtube kan ada... 
Juga kuliah online ustaz-ustaz yang ada di UK, biarpun tidak diberitahu secara personal, namun kau ada beberapa kenalan di sana yang akan memberitahu kepada umum, Facebook kan ada... 
Sentiasalah menghadiri majlis-majlis ilmu sebegini, kerana kita manusia, insan yang selalu lupa, iman kita selalu turun naik, kita perlu saling mengingati agar terus berada di jalan yang lurus...

Jika ada masa terluang, hafazlah Al-Quran, kerana Allah dan Rasul telah menjanjikan pelbagai ganjaran kepada penghafaz Al-Quran.

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)

“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

Namun, jangan lupa, istiqamah itu perlu, jangan sampai terlupa apa yang telah dihafaz. Masihkah kau ingat tentang hukum lupa hafazan Al-Quran yang telah dibaca pada laman Ustaz Zaharuddin?
 http://www.zaharuddin.net/fiqh-ibadah/275-hukum-lupa-hafalan-quran.html
Masih ingat? Tidak menagapa jika lupa, sila rujuk semula...
Namun, jangan jadikannya sebagai satu halangan untuk meneruskan niat sucimu itu. Insya-Allah, Dia akan membantu, kan Dia sebaik-baik Penolong?

Ujian diberi

Dan tanpa dijangka,, pada anatomilah Allah telah menurunkan ujian-Nya..

Gagal buat kali pertama.. dalam masa belasan tahun.. gagal.. gagal ujian praktikal anatomi. 
GAGAL, G-A-G-A-L, GAGAL
Tidak berani mahu memberitahu ibu tercinta, khuatir dia kecewa. 

Sungguh kecewa,, merasakan apa yang telah dilakukan selama ini tiada makna... Rasa mahu je hentikan semua rancangan, mahu sahaja hentikan niat untuk menghafaz sekurang-kurangnya Juz Amma, mahu sahaja hentikan daripada terus belajar ilmu fardhu ain, mahu sahaja hentikan segalanya,, mahu sahaja dedikasikan diri ini HANYA untuk anatomi, tidak mahu perkara lain lagi,, Buatlah apa sahaja, korbanjan segalanya, asalkan kegagalan ini tidak berulang lagi...
Namun, bak kata pepatah, ikut rasa, binasa, ikut hati, mati...

Berusaha untuk menenangkan, memotivasikan diri, namun tidak berjaya, tidak mampu berdiri sendiri.  Akhirnya menelefon sahabat, menangis semahunya, melepaskan kekecewaan di hati..
"Hidup seperti roda, kita takkan sentiasa berada di atas. Kadang-kadang kita perlu berada di bawah.. Jika bukan sekarang, mungkin masa depan.."
Bangkit semula setelah diberi suntikan semangat oleh sahabat, itupun ujian objektif cukup-cukup makan je,, masih gagal secara keseluruhannya. 

Namun diakui kemalasan memang menguasai, dan kegagalan ini saya terima, mungkin, inilah hantukan-Nya untuk menyedarkan hamba yang lalai.. Dan hantukan ini amat memeritkan...

Ujian anatomi kedua, telah saya berusaha sebaik mungkin, 8 jam tidur dipendekkan menjadi 6 jam sahaja. Sehingga jam 3pagi, masih belajar.. berusaha sehabis daya..
Stres, tekanan untuk lulus sangat tinggi, kerana sistem belajar di sini tidak memberi saya peluang untuk menebus kegagalan lalu, sebaliknya, kegagalan tersebut harus dipikul di atas bahu. Jika mahu mengambil peperiksaan akhir anatomi, markah keseluruhan mesti lulus. Jadi ujian akan datang perlu menutup lubang-lubang kosong yang sepatutnya telah diisi..

Dan,
keputusannya...

Pisang berbuah kali kedua?

GAGAL
Masih gagal
Gagal sekali lagi..
Lagi, dan lagi,,
Kecewa, sekali lagi..
Ya Allah, ujian apakah pula yang Kau kirimkan kepada hamba-Mu ini? Beritahulah, hamba-Mu ini tidak mengerti, apakah kesalahannya...

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya. Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Surah Al-Mukminun, 23:1-11)

Mungkinkah ada perintah dan larangan-Nya yang telah terlepas dijaga, sehingga Dia tidak memasukkan saya dalam golongan yang berjaya?
 
Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.(Al-Isra' 17:30)

Mungkin juga Dia mahu menarik nikmat yang telah diberi oleh-Nya?

Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku! (Al-Fajr 69:15)

Mungkin kerana kesombongan selama ini?

Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."(An-Nahl 16:96)

Ataupun Dia mahu menguji kesabaran hamba-Nya?

Dia lebih mengetahui..

Dan saya perlu husnul zon, memperbaiki diri.. adalah tu lubang di mana-mana..

Namun, apa yang pasti, saya lebih berlapang dada menerima kegagalan kali kedua, memetik kata sahabat saya;
"Kejayaan bukan dilihat daripada keputusan, tetapi daripada usaha yang telah dilakukan untuk mencapai kejayaan"

Dan saya telah berusaha kearah kejayaan,, mungkin tiada rezeki..
Alhamdulillah ujian MCQ telah membantu sedikit, secara keseluruhannya saya lulus ujian kedua, cukup-cukup makan juga... Walau bagaimanapun, ia telah meringankan sedikit beban kegagalan lepas.. markah keseluruhan masih gagal @_@

AIM HIGH FOR CNS

Ya Allah, mudahkanlah urusanku selepas ini
 

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya.
(Al-Baqarah, 2:155-157)

Anatomi, Al-Quran & Ujian...
Bagai tiada kaitan,,
Namun, sebenarnya kaitannya sangat besar..
bagi diri yang merasa

Ahad, Disember 05, 2010

SUBHANALLAH,, SALJI!!

Assalamualaikum

19 Zulhijjah 1431H, bersamaan dengan 24 November 2010M,,

"Salji turun, salji turun" >>> itulah status beberapa orang senior Krakow..

"Fathin, senior kata salji turun.."
"Yeke?" berpaling Fathin yang sedang bersiap untuk ke kelas sukan.
"Entah, itu status diorang, tapi tengok weather forecast katanya salji turun malam ni" ujarku sambil menyelak langsir, menjenguk ke luar, cuba mencari kebenaran. Jam baru menunjukkan angka empat, tetapi malam telah melabuhkan tirainya. 
"Tak nampak pun, macam hujan biasa je. Jalan raya kat bawah tu nampak basah. Habis, kenapa senior kata salji dah turun?" sambungku.
"Entah... Eh, pergi dulu eh, dah lewat dah ni,,"

Betul ke salji dah turun? Erm,, biarlah dia nak turun ke tak.. Nak skype dengan maklah, dah seminggu tak skype..

'Tok, tok, tok' kedengaran pintu rumah diketuk
Sape la ketuk pintu malam-malam ni? Kak Ainul ke? Pelik tuh, jarang Kak Ainul buat begitu..
"Mak, kejap mak, akak nak buka pintu, ada orang ketuk."
"Assalamualaikum" salam diberi apabila pintu dibuka. Kelihatan Kak Ainul yang sedang menggigil kesejukan.
"Waalaikumussalam. Eh, Kak Ainul, kenapa ni?"
"Tengok tangan Kak Ainul, dah merah dah, sebab tu la tak dapat nak buka pintu. Sori"
"Eh, takpe, takpe.. Merahnya tangan Kak Ainul, sejuk sangat ke kat luar? kenapa tak pakai gloves?"
"Sakina tahu tak salji dah turun dah kat luar? Tapi sikit-sikit je la. Sejuk sangat, sebab tu tangan merah"
"Oh, salji dah turun eh?"
"La, tak tahu lagi ke? Pergilah turun tengok, tapi ini bukan the real one lah, sebab light sangat"
"Nantilah saya turun, tengah skype dengan mak"
"Takut nanti salji dah berhenti,, sekarang pun dah sikit-sikit je"
"Biarlah..."

"Mak, Kak Ainul balik tadi, akak pegi bukak pintu sekejap. Mak, Kak Ainul kata salji dah turun, tapi akak tak nampak pun,, Oh, nampaklah kot dekat lampu jalan tu,, nampak macam ada benda turun, bukan hujan kot, sebab dia turun perlahan sangat, dah la dia tak turun straight macam hujan, kona ke kanan kiri.. Nantilah akak turun tengok,, Entahlah mak, kalau ada pun tak nampak, sebab sekarang pukul enam, dah Isyak dah, gelap, tak nampak,, Nanti kalau dah turun, akak tangkap gambar bagi mak tengok eh,," Dan masih berbual dengan keluarga, tanpa mempedulikan salji kat luar...
"Iya mak, minggu depan kita skype lagi,, kirim salam kat ayah, assalamualaikum"

Setelah hampir dua jam barulah talian dimatikan..
Dah nak dekat pukul tujuh dah.. Haah la, dah salji!! 
Nak turunlah,, malas la nak tukar baju,, pakai je lah seluar trek ni, turun bawah je.. Biarlah sejuk pun..
Ha, bawak kamera, bawak kamera.. La, kamera dah habis bateri... takde rezeki.. Eh, biarlah, handset ada,,

"Kak ainul, saya keluar kejap, nak tengok salji,, pergi dulu"
"Ha, jangan lama-lama main salji tu"
"Alah, saya turun sekejap je, lima minit je Kak ainul, nak tengok kat bawah je"

Subhanallah, salji...
Eh saljilah...
Badanku berpusing melihat salji turun. 
Memang light pun salji ni,, turun perlahan-lahan.
Kemudian pergi ke kawasan lebih yang lebih terbuka. Berpusing lagi melihat salji. Orang-orang Polish yang lalu tengok je.. Iyalah orang jakun first time tengok salji.. Dah la ramai orang, nak pergi galeria yang depan rumah je.. Termalu sendiri, berhenti berpusing. Salji, salji, salji, salji pertama, salji, salji.. Agak-agak kalau tangkap gambar nampak tak salji ni? Salji, salji, salji,,,
Dan memang lima minitlah berada di luar, bermain salji..

Itulah kenangan malam salji pertama,,
Salji yang memang 'renyai-renyai'.. masih seronok main salji waktu itu, walaupun tidak tebal, suhu pun masih dalam 0 darjah celsius, masih panas lagi,, esoknya pun salji tak turun, matahari memainkan peranannya..

Tapi, itu dulu, masa mula-mula..
Mari kita belajar dari alam...
 
"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, serta-merta mereka menjadi gembira" (Ar-Rum, 30:48)
(Salji adalah hujan yang turun sebagai ais kerana suhu yang rendah yea.. Asalnya tetap daripada awan)

Masa mula-mula, masa Allah memberikan kegembiraan pada hamba-Nya. Masa Allah melatih hamba-Nya dengan cabaran yang mendatang..
 
27 November 2010
 
28 November 2010
Allah telah memberi hamba-Nya masa beberapa ketika... Masa senggang antara malam 24 November,, di kala salji turun renyai-renyai,, sehinggalah petang 27 November(Warsaw) dan pagi 28 November(Krakow),, di kala salji sudah mula turun dengan lebat. Di Krakow, hanya satu malam sahaja, salji telah memutihkan bumi. Kemudian, malam 29 November, Allah telah menurunkan ribut salji di Krakow.

Lihat betapa Allah telah menurunkan salji secara berperingkat-peringkat. Allah tidak terus menurunkan ribut salji. Kenapa? Padahal Dia mampu melakukan demikian. Kenapa?
Kerana Dialah Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Dia tahu hamba-Nya masih tidak bersedia, hamba-Nya adalah makhluk yang lemah..

Di masa usrah mingguan saya, kakak-kakak usrah telah memberi sepotong ayat Al-Quran ketika bercerita tentang ribut salji di Warsaw yang lebih dahsyat berbanding di Krakow;

"Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan- gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan." (An Nur, 24:43)

Kenapa salji, ribut salji turun? Kenapa?

Kerana Allah mahu menunjukkan kekuasaan-Nya. Kerana Allah mahu membuktikan Dia sememangnya wujud. Adakah kita boleh katakan kita sayangkan seseorang yang tidak kita kenali, yang tidak pernah kita lihat? Memanglah tidak.. Kerana itu manusia mencipta Tuhannya sendiri, kerana itu manusia membuat berhala, dan kerana itu jugalah manusia sukar untuk mencintai Allah. 
Kerana manusia sukar untuk mencintai, apatah lagi patuh kepada sesuatu yang tidak dilihat dengan mata kasar, tanpa bukti.. kerana inilah saintis kebanyakannya ateis, mereka kata Tuhan tidak wujud, mereka tidak percaya pada sesuatu yang mereka tidak nampak.. Jadi inilah caranya Allah membuktikan Dia ada.. Dia berkuasa.. 

Mari kita belajar daripada alam lagi..

Di sebalik gambaran musim salji yang sangat indah, yang mahu dirasai kita yang tidak pernah mengalaminya...
There always something you gotta give..
To get something you want..

Suhu akan sentiasa bawah tahap beku,, bukan setakat bawah tahap beku, lebih daripada itu, baru 10 hari pertama, suhu telah mencapai -18'C. 
Apabila suhu serendah itu, ramai yang mula sakit. Saya sendiri telah seminggu sakit tekak, batuk-batuk, hampir nak demam. 
Ujian bagi kami adalah di kala kami diberi ujian kesihatan, kami menghadapi sekurang-kurangnya tiga peperiksaan sebelum cuti bulan 12, baik junior mahupun senior. 
Suhu yang sejuk juga telah menyebabkan tenaga kami cepat habis. Kami juga perlu berhati-hati semasa berjalan atas salji yang licin. Bila salji bertambah tebal, kami perlu merentasinya, bagaikan berjalan di atas lumpur. Perjalanan ke kelas menjadi lebih memenatkan dan mengambil masa yang lebih lama.
Ketika permulaan musim salji, salji di tanah tidak betul-betul solid, tetapi campuran liquid dan solid. Dan apabila dilalui manusia salji yang memutih bertukar warna dan menjadi kotor, seperti mana Hajarul Aswad menjadi hitam...
Dan pelbagai lagi...

Ampunilah hamba-Mu ini, Ya Allah, jika ku tidak tabah dalam menghadapi ujian-Mu yang kecil ini.
Ampunilah hamba-Mu Ya Rahman, andai ada keluhan yang terlintas dalam hatiku dalam menghadapi ujian-Mu..
Ampunilah hamba-Mu ini Ya Rahim, kerna ku tidak berapa suka dengan musim salji yang telah kau ciptakan...
Ku memohon, Kau tabahkanlah hamba-hamba ini dalam menghadapi ujian-Mu, Kau sihatkanlah tubuh badan kami agar kami terus kuat untuk beribadah kepada-Mu...

Ahad, November 28, 2010

ISK Muslimah Poland 2010

Tanpa sedar,, mata berkaca
Tanpa sedar, air mata bergenang
Tanpa sedar, titik-titik jernih tumpah
Itulah yang berlaku pada salah seorang peserta pada sesi penutup ISK Poland 2010. Hatinya begitu tersentuh.. sedih melihat video yang ditayangkan.. 

empayar Islam jatuh
umat Islam dibunuh
tanpa sebab yang kukuh
umat Islam lemah
iman mereka rapuh
zina, rogol, begitu berleluasa
di masa umat lain mencapai kemajuan,
umat islam cenderung ke arah kemusnahan…

Padahal, ini bukan kali pertama dia melihat video sebegitu. Bukan dia tidak pernah didedahkan dengan perkara tersebut, bukan dia tidak mengetahui beginilah situasi umat Islam sekarang.

Bahkan, bukan akal tidak mengetahui, tetapi hati tidak merasa… dan pada hari tersebut, hatinya begitu tersentuh…
‎ 
'Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesunguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada,'
(surah Al-Haj: 46)

Diam dia sepanjang sesi perbincangan kumpulan. Dia membiarkan sahaja peserta lain bersuara, berkongsi buah fikiran mereka. Bukan tidak mahu menambah, tetapi tidak berdaya berkata apa-apa.

Diamnya dia disedari semua. Peserta paling aktif kini menjadi paling pasif. Biarlah. Dia memerlukan masa. Dia memerlukan ruang. Untuk berfikir sejenak, berfikir tentang tujuan hidupnya, berfikir tentang agama yang dianutinya, berfikir tentang hidupnya dan agamanya, berfikir tentang apa yang telah dibincangkan sepanjang program tersebut. Berfikir, dan berfikir…

Tiba sesi pembentangan, dia masih begitu. Hanya diam mendengarkan pendapat peserta kumpulan lain. Satu demi satu, sehingga semua peserta lain telah selesai. Apabila sampai gilirannya bersuara, dia mengambil tempat, menghadap semua peserta lain. Ditatap wajah-wajah para peserta lain, satu demi satu.

Inilah dia keluarganya di sini, bisiknya. Kakak-kakak yang begitu baik dan prihatin terhadapnya, rakan-rakan yang tidak putus-putus mengambil berat. Sejak menjejakkan kaki ke sini, rindunya pada ‘suasana’ sedikit terubat. Suasana solat berjemaah beramai-ramai. Ukhuwah yang dirasai antara dia, rakan-rakan dengan kakak-kakak di sini. Suasana yang damai, lagi mendamaikan. Itulah suasana yang dirinduinya. Suasana yang hilang bila dia tiba di bumi Poland ini. Bumi yang tidak pernah dikuasai kerajaan Islam.



”Assalamualaikum,, pertama sekali saya ingin meminta maaf kerana tidak begitu mengambil bahagian dalam perbincangan kumpulan tadi. Sebenarnya saya begitu sedih melihat video yang telah ditayangkan. Begitu sedih melihat sebahagian umat Islam dibunuh, ditindas, diperlakukan begitu kejam oleh orang bukan Islam. Begitu sedih melihat kejatuhan Turki Uthmaniyyah. Begitu sedih mendengar seruan supaya umat Islam lain bangkit menentang orang-orang kafir, apakah akan kita jawab nanti di akhirat? Begitu sedih melihat berleluasanya gejala sosial dalam kalangan umat Islam. 

Dan apabila emosi menguasai…

Hanya orang seni sahaja yang faham…

Baiklah, soalannya, apa keadaan umat Islam sekarang? Kita sendiri boleh lihat, kita bagaimana sekarang. Lihat apa yang terjadi apabila kerajaan Islam jatuh... Inilah kesannya, umat Islam tertindas, tanpa pembelaan. Dibunuh sesuka hati. Lihat pula umat Islam di Malaysia. Kebanyakan Islam hanya pada nama. Banyak gejala sosial. Bukan di luar rumah sahaja, di dalam rumah pun bahaya sebenarnya. Sumbang mahram. Abang rogol adik. Ibu rogol anak. Bahkan datuk yang sudah tua pun rogol cucu. Astaghfirullahal ‘azim..

Rogol. Kanak-kanak pun jadi mangsa. Nak kata salah wanita pun tak boleh, walaupun betul, kerana kanak-kanak mangsanya. 100 meter je dari rumah. Depan rumah je perkara tersebut berlaku. Kawasan perumahan saya sendiri pun, depan rumah saya pernah terjadi satu kes rogol. Rogol beramai-ramai. Bahaya. Kedai pun ada jual arak. Saya sendiri pernah nampak orang Melayu beli arak, dengan tidak malu dan tidak bersalahnya. Sangat bahaya. Sebab tu saya tak keluar malam.

Dan banyak lagi gejala sosial lain. Dan kebanyakkannya orang Islam yan terlibat, kenapa? Kalau tidak silap saya, Yusof Islam pernah berkata, “jika aku mengenali umat Islam sebelum aku mengenali Islam, nescaya aku tidak akan menganut Islam.” Lihat, betapa teruknya umat Islam sekarang.

Jadi apa yang perlu kita lakukan? Usah lihat jauh-jauh, lihat diri kita sendiri. Adakah kita Islam hanya pada nama? Kita perlu bina yang asas dahulu, iaitu akidah. Akidah adalah akar, jika akar sihat, kuat nescaya buahnya, bunganya lebat. Kita telah dibentangkan bahawa Rasulullah  telah membina akidah yang mantap pada para sahabat. Kerana mereka mempunyai akidah yang mantap itulah mereka betul-betul percaya, betul-betul yakin. Dan mereka menjadi pati.

Apa soalan seterusnya? Apa yang kita perlu lakukan sekarang? Eh, dah masuk soalan tu eh?

Saya mengakui, saya memang memilih kawan. Kita semua tahu hadis tersebut. Jika kita berkawan dengan tukang besi, kita akan terkena tahi besi/bau busuknya. Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita juga akan terken tempias harumannya. Tapi sahabat saya pernah menyebut, ‘kenapa kita perlu memilih kawan? Bukankah lebih baik kita berkawan dengan semua orang? Kan baik kalau kita yang menjadikan mereka lebih baik?’ 

Samalah macam yang telah dibentangkan semalam. Tugas kita sebagai khalifah, kita perlu menarik orang ke arah kebaikan, sebelum kita ditarik pula ke arah keburukan. Kita perlu menjadi pati, pati yang pekat, yang dapat mempengaruhi orang lain.

Sebelum dapat mempengaruhi seseorang, kita perlu menjadi baik dahulu. Dan apakah pula maksud baik tersebut? Adakah kita hanya baik pada definisi kita sahaja? Sudahkah kita menjadi baik pada definisi Allah dan rasul-Nya? 

Cuba kita lihat subuh kita, saya sendiri akui, ia memang sukar. Beria je set alarm pukul 4pagi,, bunyi-bunyi, tutup alarm tu, siap ada alarm kedua lagi pukul 4.30pagi, tutup jugak Roomate yang bangun. Bukan kita. Azan subuh berkumandang kat handset baru sedar, Ya Allah terlepas lagi nak mengejar rahmat Allah. Pastu bangun-bangun, solat subuh, sambung tidur balik. Bukan nak gerak roommate yang ada kat sebelah tu.. lihatlah kita, tidak berpesan-pesan.. tak saling mengingati. Padahal kita manusia, insan yang selalu lupa.

Ha, tadi ada salah seorang kata kita tidak ada pemimpin macam Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh.
Memanglah kata kita perempuan, tidak dapat buat apa-apa sangat,, tapi kenapa kita tidak melahirkan pemimpin-pemimpin sebegitu? Tangan yang menggoncang buaian itulah yang mengoncang dunia. Memanglah lambat lagi kan, jauh lagi.. tapi ibu Imam Syafie sendiri telah berdoa mendapat anak yang soleh sejak zaman dia remaja. So… adakah masih terlalu awal? Kerana apabila kita dah target mahukan anak yang hebat, kita secara tak langsungnya akan memperbaiki diri sendiri. Kebanyakan orang yang baik lahir daripada kalangan orang yang baik-baik juga..”
Oh, ada orang kata saya cakap banyak sangat

Dengan itu, dia menamatkan perkongsiannya, berkongsi ilmu yang sedikit di dada, lebih banyak berkongsi apa yang hatinya merasa. dan dia berharap hatinya akan terus merasa.. terus ingat apa yang telah diperolehinya sepanjang program.. walaupun ia payah, namun segalanya tidak mustahil... Semuanya bergantung kepada kita jua.




Maaf kerana lambat pos, terlampau sibuk dengan urusan dunia...

Selasa, November 16, 2010

Haji Menuju Allah..





Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji
Artinya menuju Allah yang Esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba



AidilAdha ini, hatiku meronta-ronta untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Niat telah ada sejak tahun lepas, tapi tidak tahu kenapa begitu sayu rasanya kebelakangan ini. Bila Nina post di facebook lagu ini kepada Nik, tanpa sedar, air mataku mengalir. Kusedar setiap dari kita teringin ke sana. Fisza telah beberapa kali sebut mengenainya. Dan tiba-tiba timbul rasa kesal merancang untuk ke Rome, tapi nak buat macammana, tiket dan hostel telah dibook.
Tidak mengapa, masih ada peluang untuk ke sana. Kan ku buat draf, rancangan untuk ke Mekah dan Madinah pula. Sahabat-sahabat, muslimah Poland 10/16, Insya-Allah kita akan kesana. Kan ku usahakan. Tidak akan ku kecewakan harapan kita semua. Kita pasti ke sana, Insya-Allah.


Ya Allah, tunjukkanlah jalan kepada kami menuju ke rumah-Mu, permudahkanlah usaha kami ke sana, terimalah kami sebagai tetamu-Mu nanti. Terimalah doa kami, wahai Tuhan Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Kuasa. 

Ku jumpa Aidil Adha di sini...

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Allah masih berikan kita peluang untuk masih hidup sehingga Aidil Adha ini, yang telah kita sambut buat sekian kalinya. Allah masih beri kita peluang untuk terus membuat kebaikan, terus mengejar cita-cita yang satu, iaitu rahmat dan keredhaan-Nya, serta ditempatkan kita ke dalam syurgaNya.

Entah kali keberapa sambut Aidil Adha. 19? Mungkin 20? 21? Entahlah,,
Namun tahun ini baru kukenal Aidil Adha. Hari Raya Korban yang kita sambut tak seberapa meriah di Malaysia seperti Aidil Fitri.

Aidil Adha menandakan sempurnanya umat Islam mengerjakan rukun Islam kelima, sebagaimana Aidil Fitri menandakan sempurnanya umat Islam mengerjakan rukun Islam ketiga.


Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." 
(Hadis Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai)

Tanpa adanya segala hiburan, rancangan televisyen, lagu-lagu raya yang berkumandang..
Tanpa adanya rasa untuk membeli baju baru, memperagakan fesyen terkini..
Tanpa pelbagai juadah yang biasa terhidang..
Tanpa adanya segala kemewahan dan tarikan dunia dalam menyambut AidilAdha tahun ini..

Ku mengenal erti sebuah AidilAdha..
Ku soroti sejarah Nabi Ibrahin a.s. dan Nabi Ismail a.s.
Ku hayati pengorbanan dan kesabaran mereka dalam mentaati perintah Ilahi..
Ku renungi hakikat jemaah haji yang telah menyempurnakan rukun Islam kelima pada hari ini..
Ku pelajari amalan Rasulullah junjungan dalam menyambut AidilAdha..
Ku basahkan lidah dengan takbir raya yang tidak pernah kulakukan sebelum ini..
Ku jalani hari ini, cuba mentaati perintah Ilahi sesempurna mungkin..
Ku merindui untuk menjejakkan kaki ke tanah suci..kan ku berusaha ke sana sedikit masa lagi

Kabus tebal di pagi AidilAdha

walau tak serba baru, serba bersih pun jadilah, Alhamdulillah
Namun, ku menyedari hakikat, hidup ini tak selalu berjalan mengikut kehendak kita..
Dan inilah AidilAdha ku disini.
Menyambut kedatangan AidilAdha dalam kelas Aerobik,, berbuka pun hanya dengan seteguk air.
Solat Maghrib diambang luputnya waktu, kerana perjalanan jauh.
Tiba di rumah,, tanpa kemeriahan sambutan AidilAdha, kuhabiskan malam dengan takbir.
Bangun seawal pukul 4pagi, kemudian solat Subuh berjemaah sebelum mandi sunat hari raya.
Tanpa dijangka, mengimamkan solat sunat AidilAdha di rumah sebelum ke kelas.
Menggagahkan diri ke kelas walaupun nafsu terus memujuk untuk ponteng.
Bertakbir sepanjang 20 minit perjalanan ke kelas, dengan kertas ditangan, gara-gara tidak pernah bertakbir raya sebelum ini.
8.00pg anatomi. 12.00tghhari kimia. 2.15 Polish.
Dan tamatlah 10 Zulhijjahku.