Kini alam yang baru itu sudah tidak baru lagi. Puas sudah menempuh pahit manis perjuangan. Jika dahulu, ada ibu di sisi yang menghulur tangan saat kita rebah, kini sendirian kita hadapi.
Masih ingat lagi zaman sekolah asrama dulu. Hampir tiap bulan balik. Paling lama tak balik 2 bulan, sebab SPM. sama juga di kolej, tiap bulan balik, kekadang 2-3kali sebulan!
Kini, bila jarak itu jadi halangan, apa lagi yang boleh dilakukan? Menanggung rindu sahajalah. Rindu di hati membuak-buak, kalau tidak dikawal, terasa kucar-kacir hidup, kalau tidak diubat (skype/telefon) terasa sakinya hati yang dijangkiti penyakit rindu. Kalau terus dilayan, hilang mood, tak boleh fokus, sukar studi!
Dahsyatkan penangan rindu tersebut?
Rindu pada keluarga
Rindu pada sahabat
Rindu pada yang tersayang
Tetapi...
(tapi lagi =.='')
Sayangnya
ada yang kita kata kita sayang
jarang-jarang kita rindu, apatah lagi teringat
Dia yang tak pernah sekali pun lupa kat kita
Dia yang sayang kat kita, lebih daripada orang lain sayang kat kita
Dia yang sentiasa mahukan yang terbaik buat kita
Dia yang 'undescribable' with few words.
Dia yang ...
Ya, kita selalu terlupa kat Dia
Ya, kita kadang-kadang je ingat kat Dia
YA, kita jarang-jarang atau mungkin tidak pernah rindu kat Dia..
Kita selalu sangat rindu, teringat-ingat kat ibu kita, ayah kita,adik-beradik kita, sahabat-sahabat kita, apa-apa jelah yang kita sayang kat kampung halaman tu..
Selalu sangat, tak terkira!
Terbayang-bayang wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
Wo,ho,ho balik kampung
Wo,ho,ho balik kampung
Wo,ho,ho balik kampung
Hati girang :D
Asyik sangat teringat, sampai kekadang tu, sampai masa solat pun. Astargfirullah
Tetapi berbanding dengan rindu kat orang-orang tersayang tu, berapa kali je kita teringat kat Dia? Dia yang telah menciptakan kita? Dia yang selalu memberi rezeki dan nikmat tak putus-putus kepada kita? Dia yang telah menciptakan orang-orang kesayangan kita? Malah, Dia yang telah menciptakan perasaan kasih sayang antara kita?
Berapa kali je? Berapa kali?
Boleh dikira bukan?
Juga berapa kali je kita rindu dekat kampung hakiki kita?
Bukan PJ/KT/KB/KJ/JB/KL dll
Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan main-main dan senda gurau belaka. dan sungguh, kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu mengerti?(Surah Al-An'am, 6:32)Pun boleh dikira bukan?
Astargfirullah al-'azim
Kita ni memang kan? Memang, insan yang selalu LUPA.
Selalu sangat.
Kita lupa kat Allah
kita lupa kat kampung akhirat
kita lupa kat Rasulullah
kita lupa itu
kita lupa ini
TAPI kita INGAT
kita ingat kat orang yang tersayang
kita ingat kat kampung halaman
kita ingat kat ......
Kita ingat itu
Kita ingat ini
Bezakan antara dengan apa yang kita ingat dan kita lupa?
Kita ni lah hai... memang, memang...
Masalah betul.
Suka cari masalah
Suka buat masalah
ada kena-mengena ke?
Ini tak boleh jadi ni
Kita selalu sangat teringat kat yang lain sampai kita terlupa nak teringat kat Dia
Kita KENA selalu ingat kat Dia ni
Kita kena lebih sayang kat Dia ni
Kita kena belajar rindu kat Dia ni
RINDU KAT DIA BEST!
Bila kita rindu kat Dia, kita akan mendekatkan diri dengan Dia
Bila kita rindu kat Dia, kita akan berusaha kejar janji-janji Dia
Bila kita rindu kat Dia, kita akan lebih kuat hadapi hidup
Bila kita rindu kat Dia, kita dan kehidupan kita akan menjadi lebih baik.
Bila kita rindu kat Dia, kita juga yang dapat manfaatnya.
BEST kan?
Jom kita sama-sama cari keredhaan Dia
Jom kita saling mengingati mengenai Dia
Agar kita dapat SAMA-SAMA pulang ke kampung halaman abadi kita dan berpeluang bersua dengan Dia.
*refer Dia sebagai Tuhan kita, Allah
<Ini adalah surat bertarikh 15/3/2011 daripada seorang sahabat kepada seorang sahabat sempena hari lahirnya yang ke-19 Ahad ini. Semoga bermanfaat baginya dan bagi penulis sendiri. Alhamdulillah Allah telah mencampakkan idea agar hadiah yang diberi biarlah bermakna dan kasih sayang kepada seorang sahabat biarlah berdasarkan kerana Allah. Subhanallah, sahabat yang menerima begitu terkesan hatinya dengan hanya sekeping kad pemberian tak seberapa ini. ^-^ >
Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? (2) Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan. (3) (As-Saff)






