Berkali-kali dia meminta, tersurat atau tersirat.
Berkali-kali jugalah saya mencari alasan dan mengelak.
Akhirnya..saya tulis juga.
Itupun selepas 2 bulan hari lahirnya.
Moga bermanfaat bagi dia
| Al-Quran depan mata |
Soal hati, terlalu berat untuk difahami..
Allah telah menciptakan kita dengan sempurna.
Dia telah meletakkan hati di tengah-tengah.
Qalb kita dilindungi dengan baik dari sudut anatomi.
Dengan tulang belakang, tulang rusuk(rib cage?) dan paru-paru melindunginya.
Itu tak kira entah berapa lapis otot dan 'pleura' menyelaputi dada(thorax) kita.
dalam surah an-nas pun, Allah dah kata syaitan hanya mampu membisikkan kejahatan sampai ke dada sahaja, tidak sampai ke qalb,hati kita.
Allah dah cipta elok dah, bagi menjaga hati kita.
Kita?
Kita sendiri usaha tak jaga hati kita?
Sedar tak ramai orang mati sebab sakit jantung.
Bukan mati sebab jantung ditikam/ditembak.
Bukan sebab luaran, tapi sebab dalaman.
Sedar tak?
Jagalah hati kita
~~Berhati-hatilah menjaga hati~~




Tiada ulasan:
Catat Ulasan