Islamic Widget

Selasa, April 12, 2011

Kadangkala, kita akan diuji. Bukan semata-mata dengan peperiksaan yang dijalankan oleh manusia, tetapi ujian melalui manusia itu sendiri. Patah semangat, putus asa, motivasi jatuh. Sudahlah baru bertatih, jatuh  teramat sakit pula.

Jika pandangan manusialah yang kita cari, carilah sungguh-sungguh, akhirnya, kita akan mengerti tidak semua orang akan berpuas hati dengan apa yang kita lakukan walaupun kita dah buat yang terbaik mengikut pandangan mereka. Masih ingatkah dengan cerita bapa, budak dan keldai? Betapa bapa dan anaknya berusaha mengikut kata-kata orang sehingga akhirnya mereka membuat konklusi mereka tidak akan dapat memuaskan hati semua orang.

Tetapi jika pandangan Allahlah yang kita cari, cari sungguh-sungguh, kita akan merasa bahagia dan semakin kuat dan bersemangat. Jika pandangan Allahlah yang kita cari, pandangan orang terhadap kita, tidak kira baik mahupun buruk tidak akan melalaikan kita mahupun melemahkan kita.

Kata-kata manis, pujian, sanjungan tidak akan melalaikan.
Kata-kata sinis, cemuhan, hinaan, tuduhan yang dilemparkan juga langsung tidak melemahkan.
Bahkan, semuanya kita terima dengan redha, menjadi galakan bagi kita untuk terus kuat berjuang.
Kerana kita tahu, semuanya adalah ujian dalam mencari redha-Nya.
Kerana kita tahu, dunia hanyalah sementara.
Kerana kita tahu, akhirat adalah apa yang kita mahukan.
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (3:185)
Moga-moga bila diuji, kita dapat berkata;
Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal. (9:51) 
Allahlah yang menetapkan segala ujian ini. Redakah kita terhadap ketentuan-Nya? Jika Allahlah kita cari, ujian pasti akan menguatkan iman kita.

Moga-moga bila diuji, kita dapat berkata;
Dan (amatlah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka, sambil mereka berkata: Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah. (9:59) 
Bahkan moga-moga bila kita diuji, kepada Allahlah kita berharap dan memohon.
[Ingatlah] tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo’a: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami [ini]". (18:10)  
Jalan ini luas dan teramat panjang. Dan memang, ia amat melelahkan. Tampak sahaja damai, tetapi kita tidak tahu betapi banyak halangan di hadapan. Mungkin sahaja duri, pohon mati angin kuat menghalang dan mengganggu gugat perjalanan kita. Maka bersedialah untuknya. Bawalah bekal, dan sebaik-baik bekal adalah taqwa(2:197)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan