Saat seruan menyertai Perang Badar dilaungkan, Zaid bin Tsabit ra menyahut dengan penuh keberanian. Diambil sebilah pedang yang panjangnya melebihi badannya, kemudian menemui Rasulullah untuk meminta keizinan. Kerana faktor usia, permohonan Zaid yang ketika itu baru 12/13 tahun terpaksa ditolak.Ada antara kita yang bila mendengar seruan dakwah dan jihad terus menyambutnya dengan berani. Dengan semangat yang berkobar-kobar kita meminta agar berada di atas jalan tersebut. Namun atas beberapa faktor, permohonan kita terpaksa ditolak.
Lalu apakah kita perasaan kita?
Zaid pulang dalam keadaan hampa.Ya, kita mungkin akan berasa hampa dan sedih kerana tidak dapat berjuang. Tetapi adakah semangat perjuangan kita tercantas begitu sahaja?
Namun, dia tidak putus asa. Lantas dia berfikir, Jika di tidak dapat menyertai peperangan lantaran usia dan keadaan fizikalnya yang masih kecil, tentu ada jalan lain baginya, jalan yang tidak mengira faktor usia. Itulah jalan ilmu dan hafalan.Tidak, jangan biarkan semangat tadi menghilang begitu sahaja. Ketahuilah, bahawa ada banyak lagi jalan juang untuk menegakkan Islam di muka bumi ini. Sedarilah bahawa ada banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan untuk mencari redha Ilahi. Semuanya bermatlamatkan Allah jua.
Dengan tekun, Zaid menghafaz 17 surah Al-Quran dan memperdengarkan kepada Rasulullah. Rasulullah begitu gembira dengan kefasihan dan ketepatan bacaan Zaid. Lantas Zaid disuruh belajar bahasa Ibrani. Dengan kesungguhan yang ada, bahasa Ibrani dikuasai dalam masa yang singkat, kemudian belajar bahasa Suryani pula. Beliau menjadi jurutulis dan penterjemah Rasulullah.Sebaik mendapat jalan juang menuju Allah, Zaid bergerak dengan pantas, penuh kesungguhan dan ketekunan. Tidak memandang ke belakang, bahkan memacu dengan tangkas.
Zaid kemudian mempelajari Al-Quran daripada Rasulullah. Dia diberi keutamaan untuk menulis wahyu daripada mulut Rasulullah sendiri saat turunnya wahyu. Dia membesar di bawah didikan al-Quran oleh Rasulullah. Selepas kewafatan Rasulullah, dia menjadi tumpuan ilmu al-quran. Zaid bin Tsabit diberi amanah berat untuk mengetuai pengumpulan wahyu di zaman Abu Bakar As-Siddiq r.a. Dia jugalah mengetuai penyusunan mushaf di zaman Usman bin Affan r.a.Semoga kita dapat menjejak sahabat besar ini.
“Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah Kepada Allah dan carilah (wasilah) jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan”.[Al Maaidah 5:35]