Walaupun saya sebenarnya ada je e-book sebahagian buku-buku yang saya beli, terutamanya terjemahan indonesia, (siapa-siapa yang nak cakap je eh, nak pinjam buku pun ok) tapi mana nak sama e-book dengan buku betul. Perasaan dia lain :P
Antara banyak-banyak benda bertulis, satu je yang selalu saya bawa merata-rata (selain buku nota) terutama setelah usrah dan tarbiyah..
WISHLIST


JULAI 2011
DaPoS-SUPER

Al-Muntalaq
Ini Sejarah Kita
Pengiriman dari Indonesia.
okay, buku2 saya je dah leh buat library kecil kat rumah.. ^-^
Sakina, bila nak habis baca semua buku2 ni?? =.=

KHAMIS 14 JULAI 2011
SIRAH NABAWIYYAH (RAHIQ MAKHTUM)MANHAJ HIDUP MUSLIM
Isnin 11 Mei 2011
SANTAPAN ROHANI CUTI SUMMER
Tadi saya berpeluang untuk ke Pustaka Mukmin di Jalan TAR setelah hampir 5 hari diberi larangan untuk ke sana kerana BERSIH 2.0. Padahal orang kata ok je, pergi KL waktu tu (bukan hari Sabtu), dah la nak pergi kedai buku tu je, mak corcern sangat, nak buat macam mana? Hajatnya untuk membeli buku-buku tarbiyah bagi mengisi kekosongan jiwa sejak pulang ke Malaysia, terutamanya, buku yang dicadangkan untuk dibaca oleh kakak saya. Namun, saya sedikit kecewa bila hanya ada satu karya Al-Maududi yang ada iaitu asas-asas Islam (dah la buku ni dah baca sebelum balik Malaysia). Amat kecewa la.. nak pergi Wisma Yakin tak larat,
Kitab Tauhid oleh Abdul Majid Aziz Az-Zindani
First time baca buku ni kat FH, Warsaw. Hati yang masih kurang ilmu dan iman serta sedang mencari-cari hakikat ketuhanan terus terpikat untuk membaca buku ni. Mana taknya, bila sebut pasal tauhid, mesti berbicara tentang hakikat Tuhan Masa Esa, tiada Tuhan melainkan Allah. Bila baca berkenaan tauhid, mesti penciptaan langit dan bumi dikaitkan dengan kewujudan Tuhan dan keesaan Allah. Hakikat ketuhanan tidak dapat manusia fikirkan sendiri, ianya perlukan bantuan wahyu. Lihatlah apa terjadi bila manusia dibiarkan berfikir sendiri tentang hakikat ketuhanan. Biarpun semua secara fitrahnya mengakui adanya Tuhan, tetapi ada yang mengatakan Tuhan itu ada banyak, tuhan itu disandarkan kepada makhluk yang ada di bumi, dsb. Itulah yang saya pelajari dalam Asas-Asas Islam oleh al-Maududi.
Oleh sebab itu jugalah saya membeli buku Asas-asas Islam ni walaupun dah baca sebelum pulang hari tu. Pemikiran yang dilontarkan oleh Al-Maududi ini agak berat kerana dia mempersoalkan persoalan kehidupan kita, yang mana sebelum ini agak culas saya fikirkan, dan mungkin juga kerana pemikiran yang tidak terarah. Rasa-rasanya kena hadam betul-betul la buku ni..
Apa Ertinya Saya Menganut Islam oleh Fathi Yakan
Buku ni? Malu nak mengakui saya pernah baca dulu-dulu sebelum fly lagi, tapi tak ingat isinya =.='' Inilah yang terjadi bila kita baca tanpa hati.
Golongan Yang Tercicir di Sepanjang Jalan Da'wah oleh Fathi Yakan
Saya belum baca lagi ek buku ni, sori..
Takdir oleh Hilal Asyraf
Langit Ilahi- Tuhan tak lupakan kita oleh Hilal Asyraf
Rindu bau Pohon Tin oleh Hasrizal Abdul Jamil
Sinergi oleh hilal Asyraf
Yang ni pengaruh Kak Fadh la ni..
Falsafah Hidup oleh Hamka
Saya tak tahu kenapa hati ini terbuka nak membaca karya ulama' tara ini
MEI/JUN 2011

AWAL 2011
Buku PTS!!! Berurusan di Poland, hantar ke Malaysia untuk santapan rohani keluarga ^-^

Lama Dah

