Islamic Widget

Selasa, Mac 27, 2012

Oh, sayangnya Dia!

 
Anda tahu tak?
    Tahu apa?
Ada yang sangat-sangat sayang kat anda.
     Ye ke?                                                                            
Iya. Dia sayang anda lebih daripada segalanya di dunia ini menyayangi anda. Lebih daripada ibu bapa, keluarga, BFF anda. apatah lagi 'buah hati' anda sendiri. 
     Ye ke? Siapa?                                                                   
La, anda tak tahu ke?
Dia tidak pernah terlepas pandang melihat anda.
Dia selalu bagi macam-macam hadiah kepada anda.
Dia sentiasa berada dekat dengan anda.
Dia tahu segala perasaan, keadaan anda.
Dia tahu segala-galanya mengenai anda. 
     Iya? Tak percayalah.
Tak percaya ke?
Banyak surat cinta anda dapat kan? Kenapa tak caya ni?
     Surat cinta? Eh, mana ada.
Ada. Tahu tak siapa ni? 

     Eh, macam bagi quiz pulak. Bagitahu jelah!


 


Dialah Allah. Ar-Rahman, Ar-Rahim. Tuhan Yang Esa Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang Maha Melihat, Maha Mengetahui.
Tidakkah anda membaca surat cinta-Nya? Kitab Al-Quran yang diturunkan buat pedoman kita, manusia, makhluk yang amat dikasihi-Nya?
    Hurm..
Dialah Allah yang telah mengurniakan kita segala nikmat yang kita dapat rasai di muka bumi ini. Yang mencipta bumi ini untuk kemudahan kita, manusia.

 “Dan bumi sesudah itu dihamparkan (untuk kemudahan penduduknya). Dia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuh-tumbuhannya dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi) sebagai pancang pasak yang menetapkannya (semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternakan kamu.” (An-Naziaat 79:30-33) 

Nikmat yang Allah beri kita terlampau banyak, tidak terhitung.

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Al-Nahl 16:18)

Nikmat kasih sayang, nikmat rezeki, dan yang paling penting, nikmat Islam dan nikmat iman yang perlu kita berusaha untuk mendapatkannya. Bayangkan betapa banyaknya nikmat tersebut, udara yang kita hirup, kasih sayang manusia yang dikurniakan Allah yang dapat kita rasai, rezeki kita sehari-hari, baju yang kita pakai, makanan yang kita makan, rumah tempat tinggal kita.. banyak lagilah 

Dialah Allah yang berada sangat dekat dengan kita.

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,(Qaaf 50:16) 

Dialah Allah yang mengetahui segala-galanya tentang kita.
Tidak kira di mana kita berada, di ceruk bumi mana, di kawasan sesunyi mana, Allah sentiasa bersama, melihat kita.

Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.(Al-Hadid 57:4) 

Dialah Allah yang sentiasa berada dekat, tahu segala-galanya mengenai kita, yang sentiasa membalas permintaan kita

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah 2:186) 

 

Kita?
Betapa kasihnya kita kepada Dia yang sangat-sangat menyayangi kita?


Jika ada orang memberi hadiah kepada kita, kita sangat-sangat menghargainya.
Jika ada orang menolong kita semasa kita ditimpa kesusahan, kita akan mengingati pertolongannya.
Jika ada orang yang sentiasa mengambil berat tentang kita, kita akan menyenanginya.
Jika orang yang sama sentiasa memberi hadiah, menolong, mengambil berat, kita akan menyayanginya, bahkan mencintainya.


Kenapa tidak kita mencintai ALLAH yang sentiasa mengurniakan kita bermacam nikmat, menolong kita, yang mengetahui tentang kita, yang memakbulkan permohonan kita? Kenapa tidak kita mencintai Allah?


Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam cintanya kepada Allah. 
(Al-Baqarah 2:165)

Selasa, Mac 13, 2012

Reblog: Lukisan Alam

Alam..
saya akui saya pencinta alam.
Alam ini sangat indah, bagi saya.

Lahir dan membesarnya saya di tengah bandar, menyebabkan saya lebih menghargai alam.
Saya sangat suka bila dapat balik kampung, kerana indahnya alam.
dalam perjalanan, saya selalu memandang keluar tingkap, ke arah langit, melihat alam.
waktu malam, lagi saya suka, sebab selalunya ada banyak bintang kelihatan.
Kadang-kadang, bulan dipagari bintang. Itu lebih cantik dan satu bonus..
Jarang orang bandar dapat lihat bintang yang banyak bertaburan.

Saya masih ingat lagi,
di sekolah, saya amat gembira kalau diberi tugas untuk 'menjaga' tempat sunyi, dewan sebelah hutan simpan, parking yang ada pokok besar, padang yang luas, bahagian taman dengan kolam. seronok dapat 'menjaga alam'
rasanya lebih tepat, alam bagai menjaga saya. hilang penat, hilang marah, hilang kekusutan fikiran, bila saya merasai indahnya alam di sekitar tempat saya jaga. kesunyian alam, angin yang sepoi-sepoi, bunyi kocakan air, sangat-sangat menenangkan

Saya masih ingat lagi,
semasa hari pertama di sekolah asrama, saya sangat sedih. First time kan berjauhan dengan keluarga. Ketika itu, alamlah yang memujuk saya. Ketika saya tengah sangat-sangat emo itu, matahari terbenam. Subhanallah! Itu kali pertama saya melihat matahari terbenam dengan jelas. Keindahan itu amat memukau saya. Tangisan bertukar menjadi kegembiraan. Sangat cantik. Lihat dari mula sampai akhir, langit berubah warna setiap detik. Dari putih biru, kepada kuning, jingga, merah, kadang-kadang ungu, kemudian membiru dan akhirnya langit gelap. saya tak dapat merakamkan susasan tersebut, maklumlah, usahkan kamera, telefon bimbit pun tiada!

Saya masih ingat lagi,
di sekolah asrama itulah, saya selalu bangun awal, lebih awal daripada kebanyakan orang. Di masa orang tengah sibuk berebut untuk bersiap ke kelas, saya sudah berada di luar, menikmati terbitnya matahari. Ya, hampir setiap hari! (start bila saya sedar la) Dan terbitnya matahari ini, lebih cantik, kerana ia terbit dari celah-celah gunung yang jauh membiru. Sekali lagi, amat sayang saya tiada gambar untuk dikongsi. Pernah sekali saya meminjam kamera kawan saya, tetapi, gambar tu sama ada saya terlupa nak minta n transfer, mungkin hilang?(mungkin juga saya dah burn dalam cd kot, tapi terlupa.. balik malaysia carilah!)

Itu jugalah sikap saya di kolej dan kini, di universiti. mungkin tak terlihat orang kerna kesibukan, tetapi itulah hakikatnya. Di sini saya ingin berkongsi sedikit keindahan alam yang ciptaan Ilahi. (Tapi klu tgk sendiri memang lagi cantik ar..n saya x guna kamera power2,, byk guna benQ dan hanset SE je)


Dalam perjalanan balik kampung
Masa kat PD
Juga dalam perjalanan pulang ke kampung
Di kolej.. salah satu gambar yang saya suka
Indah kan?
Kredit kepada xroomate saya
Apa yang membuatkan jalan ini indah jika bukan pokok-pokok di sisinya?
Subhanallah, indahnya ciptaan Allah
Indah bukan?
langit krakow
langit warsaw
langit Rome: dari kapal terbang
Lnagit Tivoli
Sungai Vistula, Krakow
keindahan autumn
zakopane

keindahan winter
lihat daun2 ni.. adakah warnanya sama sahaja?
oren, oren sahaja? merah, merah sahaja? kuning, kuning sahaja?
siapa pelukis paling hebat?

sungguh indah jalan ini ^-^
Siapa pelukis dan pencipta yang paling hebat jikalau bukan Ilahi? Alhamdulillah, bersyukur padanya.. ^-^

Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis, kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah. (Al Mulk:3,4)

Re: [Gambar] terasing

Sesungguhnya serigala hanya menyerang kambing yang terasing

Memori Ukhuwah

Minggu lepas, semasa kami bersiap untuk solat
Saya: Fathin, takde sape2 ke nak datang rumah kita ni? Sunyi sepi je..
Fathin: Entahlah..
Saya: Alah, nanti kita kena pindah rumah lagi besar ni, orang dengar rumah kita kecik, mesti diorang malu2 nak datang. Ok set, tahun depan rumah kita mesti besar, macam rumah kat Lodz.

Dua hari kemudian,,
Kak Ainul: Kak B kata nak datang rumah hujung minggu ni..
Saya: Iya? ^-^ Yay, lama dah tak jumpa Kak B, sekali je kot..

Hari Jumaat
SMS dari Kak Shida:kami nak datang krakow esok, boleh?
Saya reply: Eh sekali dengan Kak B ek?

Sabtu..
Tetamu yang dijangka hanya 4orang, Kak B, Kak Ayu, Kak Shida, dan Kak Putry.. datang dengan 'geng'. Kak B bawa Kak Tikah sekali, Kak Shida ajak Kak Mira, Fisza dan Ain sekali.. 8 orang.. habis.. rumah dah la ada sikit je bekalan ikan (ktorg x main eh makan ayam bulan ni).. X pasal2 Fathin kena paksa pegi kedai beli Sledz nak buat laksa kelantan..

Kak Shida n the geng datang untuk usrah..(pandai betul diorg cari masa saya in charge untuk TnT, tak boleh main-main =.='') Kak B n the geng? Tak tahu.. ziarah kot..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Masa SH..
Saya: Laparlah...(cakap kuat2)
Semua kakak yang dengar: lapar? meh, makanlah dulu apa yang ada..
Saya: Tapi makanan yang ada berat sangat, saya nak yang ringan2 je..
Kakak2: Ha, ni ada biskut, ada kuih, ada kek, ada..
Shikin dan Nik: <Geleng2 kepala>

Saya: La, kenyang sangat la Kak Aiman, saya makan nanti je lah boleh?
Kak Aiman: Kenyang?
Saya: yelah.. baru je makan tadi, perut penuh lagi..
Kak Aiman: Boleh, boleh, kalau tak larat tak yah makan ek..
Nik: Ish.. makan je lah.. mengada-ngada
Saya: =Z Baiklah..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kakak2: Kamu ADD
Saya: Apa tu?
Kakak2: Attention Deficit Disorder
Saya: Eh, mane ada, saya EADD
Kakak2: Apa tu?
Saya: Extreme Attention Deficit Disorder
Kakak2: +.+ lagi teruk penyakit dia ni


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kak Shida: Kak Putry risau la tengok kamu..
Saya: Kenapa? saya sihat walafiat je..
Kak Shida: Nakal sangat..
Saya: Kenapa nak risau? (tak faham.. n then akhirnya saya yang risau sebab kak putry risaukan saya)
Saya: Kak Putry risau dengan saya ke?
Kak Putry: Kalau Kak Putry risau kamu nak berubah ke?
Saya: <senyap>(dalam hati: tak boleh nak janji) 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SJ baru-baru ni;

Paginya;
Saya: Mereka telah berlari sangat laju..
Kak Putry: Kejarlah
Saya: Tapi mereka lari berpegangan t



angan
Kak Putry: Capailah tangan mereka
Saya: Macamlah boleh capai selalu kan? (Air mata mula menitis,, cepat2 berlalu)

Petangnya;
Kak Putry: Sat lagi,, saya nk jumpa kamu.
Saya: Eh? Kenapa? cakap jelah..
Kak Putry: Mana boleh,, depan orang ramai ni..
Saya: Eh? (Berdebar)

Rupa-rupanya dia risau dengan kata-kata saya pagi tadi

Kaffah

Sungguh, betapa banyak nikmat telah diberikan oleh Allah kepada kita. Banyaknya tidak terhitung, banyaknya tidak terkira.

Allah telah memberikan kejayaan silih berganti kepada kita sehingga kita berjaya menghadapi pelbagai ujian dan rintangan kehidupan. Dan bila dilihat-lihat kejayaan tersebut, kejayaan itu bukanlah milik kita sebenarnya. Allah lah yang telah memberikan kita kemenangan tersebut, Allah yang memimpin kita ke arah kejayaan tersebut. Allah telah memudahkan jalan agar kita mendapat kemenangan tersebut. 

Dengan betapa banyaknya nikmat yang diberi Allah ini, kita sangat-sangat bersyukur. Bermuhasabah kembali. Betapa banyak nikmat yang telah Dia beri, betapa banyak pula telah kita membalasnya? Betapa banyak kemudahan yang telah Dia aturkan, betapa mudah pula kita menggunakan kemudahan tersebut di jalan-Nya.

Sungguh, kita seharusnya sangat-sangat sedih. Hiba. Jika ditanya apa yang telah kita lakukan untuk Allah, mungkin kita tidak dapat menjawabnya, lantaran betapa sedikitnya usaha kita.
Jika kita dapat senaraikan pun, kita boleh lihat betapa pendeknya senarai kita berbanding nikmat yang Allah beri tidak terhitung banyaknya.

Sekali lagi, apa yang telah kita lakukan untuk Allah, Pencipta, Pemelihara kita?
Allah telah menyeru kepada agar berjuang dijalan-Nya. Agar mengEsakan Allah, bergantung harap hanya pada-Nya. Agar mencintai Dia dan rasul lebih daripada segalanya.

Namun, kita, sebagai seorang yang sentiasa menerima, apa yang telah kita balas?
Apa yang telah kita lakukan? Apa yang telah kita laksanakan?

Masih teragak-agak mahu masuk Islam secara menyeluruh?