Allah telah memberikan kejayaan silih berganti kepada kita sehingga kita berjaya menghadapi pelbagai ujian dan rintangan kehidupan. Dan bila dilihat-lihat kejayaan tersebut, kejayaan itu bukanlah milik kita sebenarnya. Allah lah yang telah memberikan kita kemenangan tersebut, Allah yang memimpin kita ke arah kejayaan tersebut. Allah telah memudahkan jalan agar kita mendapat kemenangan tersebut.
Dengan betapa banyaknya nikmat yang diberi Allah ini, kita sangat-sangat bersyukur. Bermuhasabah kembali. Betapa banyak nikmat yang telah Dia beri, betapa banyak pula telah kita membalasnya? Betapa banyak kemudahan yang telah Dia aturkan, betapa mudah pula kita menggunakan kemudahan tersebut di jalan-Nya.
Sungguh, kita seharusnya sangat-sangat sedih. Hiba. Jika ditanya apa yang telah kita lakukan untuk Allah, mungkin kita tidak dapat menjawabnya, lantaran betapa sedikitnya usaha kita.
Jika kita dapat senaraikan pun, kita boleh lihat betapa pendeknya senarai kita berbanding nikmat yang Allah beri tidak terhitung banyaknya.
Jika kita dapat senaraikan pun, kita boleh lihat betapa pendeknya senarai kita berbanding nikmat yang Allah beri tidak terhitung banyaknya.
Sekali lagi, apa yang telah kita lakukan untuk Allah, Pencipta, Pemelihara kita?
Allah telah menyeru kepada agar berjuang dijalan-Nya. Agar mengEsakan Allah, bergantung harap hanya pada-Nya. Agar mencintai Dia dan rasul lebih daripada segalanya.
Namun, kita, sebagai seorang yang sentiasa menerima, apa yang telah kita balas?
Apa yang telah kita lakukan? Apa yang telah kita laksanakan?
Masih teragak-agak mahu masuk Islam secara menyeluruh?
Namun, kita, sebagai seorang yang sentiasa menerima, apa yang telah kita balas?
Apa yang telah kita lakukan? Apa yang telah kita laksanakan?
Masih teragak-agak mahu masuk Islam secara menyeluruh?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan