Islamic Widget

Rabu, Mac 30, 2011

Ujian

Ujian datang bertimpa-timpa,,
tanpa disuruh, tanpa dipaksa..
Begitulah kitar hidup manusia,,
Tidak pernah sunyi daripadanya,,

namun apa yang membezakan
adalah si dia bernama insan
bagaimana kuat lemah pegangan
dalam menghadapi setiap ujian..

bagi sesetengah
dia lebih tabah
dalam lelah
hadapi mehnah

lagi setengah
hidupnya resah
dia mengalah
lalu rebah

Allah telah berfirman
Kita tak dibebankan dan
mampu lepasi setiap ujian
yang Dia berikan
(2:286)

Allah telah berfirman
kita bersungguh dalam bekerja
untuk menuju kepada-Nya
maka kita akan menemui-Nya
(84:6)

Allah telah berfirman
Dia akan melupakan kita
jika kita melupakan-Nya
tiada yang menolong kita
(45:34)

Maka, tika kita diuji
teguhkanlah hati kita
kerna ada Dia
yang bersama kita

Selasa, Mac 29, 2011

cerita untuk dikongsi

Di suatu masa dahulu, kampung yang indah lagi permai,, penduduknya hidup aman damai..
Tapi tidak tahu mengapa, apa ceritanya, tiba-tiba sebuah pohon yang sangat besar dipuja oleh mereka yang leka dalam kesenangan.

Seorang lelaki yang beriman sangat-sangat marah apabila mengetahui perbuatan penduduk kampung tersebut. Dia perlu lakukan sesuatu, PERLU, perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan. TIDAK. Dia akan cuba membanterasnya. Lalu dia ambil sebilah kapak, dengan penuh keimanan yang tinggi, pergi menuju ke arah pokok tersebut.  Ingin dia hapuskan syirik itu. Ingin dia tebang pokok yang besar itu sehabis daya.

Di pertengahan jalan, lelaki tersebut bertembung dengan seorang lelaki lain. Lelaki ini cuba menghalang lelaki yang beriman tadi untuk pergi menebang pokok tersebut. Oleh kerana lelaki yang beriman itu enggan, maka, mereka pun berlawan. Dan, dengan kuasa yang MAHA KUAT, lelaki yang beriman tadi menang. Tetapi lelaki yang menghalang tadi tidak mahu mengalah. Kali ini dia mengambil pendekatan lain, dia menawarkan harta kepada lelaki yang beriman. Lelaki yang beriman tadi sebenarnya sangat miskin ya kawan2, dan lelaki yang cuba menghalang pula tawar laba yang besar. Tiap pagi satu syiling emas di bawah bantal! Bestkan? Free-free je dapat duit. Lelaki yang beriman pun bersetuju.

Maka, hari-hari selepasnya, seperti yang telah dijanjikan, dapatlah lelaki yang beriman satu syiling setiap pagi. Tak ke gembira? Dari miskin terus jadi kaya! Siapa tidak suka?

Arakian, berlalulah hari-hari baru bagi tersebut, sehinggalah... satu pagi, tidak ada syiling lagi. Tiada. Tiada. TIADA. FUh.. mana dia tak marah. memungkiri janji. Lalu, kali ini lelaki tersebut datanglah lagi, pergi menuju ke pokok pujaan ramai. Dan, macam hari itu juga, perjalanannya dihalang. Lelaki yang sama menghalangnya. Apalagi, bergaduhlah mereka, tetapi kali ini lelaki yang menghalangnya yang menang. Biar berkali-kali berlawan, lelaki yang yang menghalang juga yang menang. 

Lelaki yang menghalang berkata, "Kau sekarang tidak sekali-kali akan dapat menghalangku. Dulu, ya kerna engkau melawanku semata-mata ingin menegakkan agamamu, dan kau mendapat pertolongan-NYA. Kini tidak lagi. Engkau kini datang kerana engkau marah aku tidak lagi menunaikan janjiku. Kini, jadilah kau orang yang kalah"

Ini bukan cerita yang baru ya, kawan-kawan cerita lama dah, sengaja saya nukilkan sekali lagi. 
Fikir-fikirkanlah, adakah selama ini kita berbuat sesuatu kerana Allah atau semata-mata kita marah, mengikut nafsu atau terpengaruh dengan musuh yang nyata yang tidak pernah berhenti untuk mnyesatkan kita dari jalan yang lurus?
Fikir-fikirkanlah, adakah kita meletakkan sesuatu pada tempatnya? Berlaku adil dalam semua perkara(baca: adil yang sebenar-benarnya pada pandangan yang digariskan oleh agama) 
Fikir-fikirkanlah, dalam keadaan yang tenang.

Isnin, Mac 28, 2011

Promote lagi! Promote lagi!


UJIAN PENENTU MARTABAT INSAN

Tamat pengajian 3 tahun di JAD
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya, kesemua 84 orang pelajar Batch 4 Japanese Associate Degree(JAD) berjaya menamatkan tempoh pengajian 3 tahun di Malaysia untuk memperolehi diploma dalam bidang pengajian masing-masing dengan gemilangnya. Dengan masing-masing memperolehi keputusan cemerlang peperiksaan akhir semester 6 pada tanggal 24 Februari 2011 yang lalu, yang membolehkan kesemua pelajar batch 4 JAD menyambung pengajian mereka di Jepun bermula 1 April 2011 nanti, bermakna sudah selesai satu lagi ujian dalam hidup kalian. Syabas dan tahniah penulis ucapkan bagi kesemua  40 orang pelajar yang mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan 44 orang pelajar yang mengambil jurusan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik di atas kejayaan kalian. Penulis pasti, semua pelajar batch 4 sudah tidak sabar-sabar menanti detik 9 Mac 2011, yang bakal menjadi satu lagi detik bersejarah dalam hidup kalian- menerima pengiktirafan tamat pengajian diploma kalian, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) seterusnya berangkat ke bumi sakura Jepun pada 11.35 malam tanggal 19 Mac 2011 bagi kumpulan 1 dan pada pagi tanggal 20 Mac 2011 bagi kumpulan 2. Semoga perjalanan kalian mendapat rahmat dari-Nya. Insya’Allah.
Ujian dunia-Ujian berkala VS Ujian akhirat-Ujian sepanjang hayat
Setiap ujian yang dihadapi oleh setiap daripada kita adalah salah satu bentuk tarbiyah Allah kepada makhluk bergelar manusia. Ujian yang dihadapi pula terbahagi kepada 2, ujian pertama ialah ujian duniawi seperti ujian akhir semester, peperiksaan UPSR,PMR dan SPM, juga ujian memandu kenderaan, manakala ujian kedua ialah ujian akhirat seperti kemewahan, masalah kesihatan, anak-anak, ketakutan, kelaparan dan lain-lain. Alhamdulillah, bagi pelajar JAD batch 4 dan juga junior batch 5, mereka telahpun melepasi satu lagi ujian duniawi dengan cemerlangnya, namun, adakah mereka dan juga kita yang lain mampu untuk melapasi dengan cemerlang ujian akhirat juga? Jika gagal ujian duniawi, kita masih lagi mampu untuk mengulangi semula ujian tersebut ataupun memulakan usaha di bidang yang lain, namun, jika gagal ujian akhirat, tiada jalan pulang selain dihumban ke dalam neraka. Bagaimana pula untuk melepasi ujian akhirat tersebut?
Allah telah berfirman yang bermaksud,
Dan Kami pasti akan menguji kamu(manusia) dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikan khabar gembira bagi orang-orang yang sabar.               ( Al-Baqarah 2:155)
Allah telah berfirman, khabarkanlah berita gembira bagi setiap hamba-Nya yang bersabar. Maknanya, dengan bersabar menghadapi setiap ujian tersebut, Allah menjanjikan syurga yang kekal abadi kepada hamba-Nya. Sabar merupakan salah satu kunci melepasi ujian akhirat Allah. Nampak seperti mudah bukan untuk mendapat syurga Allah, dengan bersabar sahaja, kita akan diganjari syurga, namun untuk mempraktikkan sifat sabar itu amat sukar sebenarnya. Percaya atau tidak?
5 musuh utama bagi manusia yang mengharapkan keredhaan dan syurga Allah
Percaya atau tidak, setiap saat bagi insan yang berusaha mendekatkan diri kepada Pencipta-Nya, kita akan diasak 360 darjah oleh seteru utama iman manusia? Siapa pula 5 sekawan ini? 5 seteru utama iman manusia ialah syaitan, nafsu, golongan kafir, golongan munafik, dan golongan Islam yang hasad.
Syaitan memang telah berikrar kepada Allah Azza Wa Jalla, untuk menyesatkan setiap anak Adam A.S. setiap saat selagi nyawa dikandung badan. Golongan kafir pula takkan pernah merestui usaha kita untuk mendekatkan diri kepada Pencipta kita sehingga kita mengikuti mereka sesat bersama-sama. Golongan munafik takkan pernah suka melihat kejayaan umat Islam yang seagama dengan mereka. Begitu juga dengan golongan Islam yang hasad, mereka juga tidak pernah senang dengan kejayaan yang saudara seagamanya perolehi. Nafsu pula akan sentiasa mendorong kita untuk mengingkari setiap perintah-Nya. Setiap saat dan detik, 5 sekawan ini akan berusaha menjauhkan kita dari pencipta kita. Mereka akan lebih kuat jika kita sendiri merelakan mereka ‘merosakkan’ kita.
Bagaimana persediaan kita menghadapi kedua-dua jenis ujian dan juga konco-konco syaitan itu?
Kita tidak akan mampu untuk menghadapi setiap ujian daripada Allah sendirian, di tambah pula dengan godaan dan halangan yang ditimbulkan oleh 5 sekawan itu. Mohonlah pertolongan daripada Allah, Pencipta kita yang pasti tahu setiap jawapan bagi setiap ujian tersebut kerana ujian itu datang daripada-Nya.
Allah berfirman yang bermaksud,
Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang bersabar. (Al-Baqarah 2:152-153)
Sekali lagi Allah berseru, Dia akan mengingati hambanya ynag ingat kepada-Nya dan Dia akan bersama-sama mereka yang bersabar. Namun, sekali lagi saya ingatkan, bukan mudah untuk mempraktikan sifat sabar tersebut dalam diri kita. Tapi itu bukanlah suatu yang mustahil.
Allah suruh kita bermakna Allah sayang kita
Allah suruh kita bersabar atas setiap dugaan dari-Nya agar nanti Dia akan mengurniakan syurga kepada kita. Allah suruh kita melaksanakan setiap perintah dari-Nya dan meninggalkan setiap larangan-Nya juga agar kita tidak dihumban ke dalam neraka-Nya di akhirat kelak. Tidak cukupkah itu sebagai tanda Allah sayang kepada kita?? Adakah kita masih ragu-ragu atas setiap yang Dia sudah janjikan?? Ramai di antara kita yang tidak melaksanakan ‘amar makruf, nahi munkar’ kerana bimbang apa kata orang lain. Tetapi, kita selalu lupa apa pula kata Dia. Saya mengingatkan diri sendiri yang selalu lupa ini, dan menyeru ikhwan dan akhwat sekalian, biarkan sahaja apa-apa yang manusia ingin katakan, tapi ingatlah apa-apa yang Allah akan katakan. Laksanakan ‘amar makruf, nahi mungkar’ agar kita sama-sama memperolehi keredhaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya di akhirat kelak.
Siapakah yang berani jamin masih ada esok untuk kita untuk mempersiapkan diri kita menghadapi ujian akhirat? Siapakah yang berani jamin masih ada esok untuk kita beramal kepada-Nya?? Siapakah yang berani jamin, kita masih lagi mampu menghirup udara-Nya esok hari??
Untuk lulus peperiksaan akhirat itu mudah, namun masih ramai yang tidak bersungguh-sungguh untuk lulus peperiksaan tersebut kerana mengejar keseronokkan dunia yang sementara ini. Sesungguhnya, ujian akhirat tersebut adalah penentu ketinggian martabat insan di sisi pencipta-Nya.

Ahad, Mac 27, 2011



Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillahirobbil 'alamin, wassolatiwassalamuala asrofilanbiya iwalmursalin, wa'ala alii wasohbihi ajmain

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam bagi junjungan, Rasulullah saw.

Ya Allah, ampunilah dosaku, ya Allah, Kau lihatlah hamba-Mu ini ya Allah,
hamba-Mu ini lemah, Ya Allah, hamba-Mu ini tak kuat ya Allah, hamba-Mu ini semakin jauh daripada-Mu ya Allah..

Ya Rahman, lihatlah hatiku ini, hitam pekat dia, kotor dia, kabur dia dengan dunia. Sejak akhir-akhir ini, sukar dia menerima kebenaran, sukar dia merasai kehambaan pada-Mu, payah dia mahu tunduk pada-Mu. Hati ini sakit, Ya Rahim, hati ini tenat, Ya 'Alim, hati ini kritikal, Ya Malik, hati ini mati, Ya Khaliq.

Ya Ghaffur, hati ini semakin tiada perasan, hati ini semakin kurang sensitif terhadap-Mu. Hati ini selalu lari ketika aku beribadah kepada-Mu. Tinggallah jasad yang sememangnya taat padaMu hadir semasa solat. Hati itu lari, hanya jasad yang bertindak. Hati itu lari, menghilangkan kekhusyukan dalam solat. Hati itu lari, sehinggakan ku terpaksa berisgtifar banyak-banyak agar dia kembali.

Ya Aziz, sukar benar hati ini membuka Al-Quran, sukar benar hati ini meresap kata-kata-Mu, sukar benar hati ini gembira dengan janji-janji-Mu, apatah lagi takut dengan amaran-Mu! Telah ku habiskan TnT surah Al-Mulk, juga 7 surah terakhir dalam AL-Quran tetapi setiap kali surah2 tersebut ku ulang, perasaan cinta, takut, mengharap, bersyukur, tidak hadir dalam hati ini. ya, hati ini benar-benar telah mati Ya Allah, kupohon hidupkanlah semula hati ini, bersihkan semula hati ini.

Ya Halim, semakin jauh aku dengan mu, semakin jauh aku mengikuti syariatmu, semakin jauh aku dari sunnah rasulmu. ku tahu itu, ku sedar itu, tapi betapa banyakpun ilmu yang ku ada, tanpa hati untuk merasainya, segalanya tidak berguna.

Hati ini juga semakin dijangkiti dengan sifat riya'. Hati ini semakin sukar berbuat sesuatu ikhlas kerana-Mu. Ku tidak tahu ya Allah, adakah doa yang kupohon ini, air mataku yang mengalir sedari tadi, benar-benar kerana-Mu, ataupun ku sengaja? Ku juga semakin tidak takut pada amaranmu agar tidak menyuruh orang lain berbuat apa yang aku sendiri tidak buat. Ku semakin lupa pada amaranmu bahawa syaitan adalah musuh yang nyata bagiku. Ku semakin tidak mengendahkan berita baik bagi mereka yang mukhlis dan muttaqin. Benar, hati ini semakin tidak sensitif pada mu. Ku pohon padaMu, bersihkanlah hati ku.

Ya, Allah ku tahu kau tidak akan membebankan dan menguji seseorang melainkan dia mampu untuk melepasinya, tetapi ya Allah, lihatlah daku,, aku semakin jauh bila diuji. Kuatkanlah diriku, Ya Jabbar.

Ampunilah daku, ampunilah daku, ampunilah daku, ya Allah

Selasa, Mac 15, 2011

Hikmah

" KEMENANGAN & KEJAYAAN ITU SEDANG MENANTI DI HADAPAN KITA. WALAUPUN TEKANAN SEMAKIN DAHSYAT DAN KERAS MENGHIMPIT KITA, TETAPI INGATLAH BAHAWA SESUNGGUHNYA FAJAR MENTARI PASTIKAN TERBIT WALAUPUN KEGELAPAN MASIH BERPANJANGAN "
--AL IMAM HASSAN AL BANNA--



UKHUWAH ITU BUKAN TERLETAK PADA PERTEMUAN.... 
BUKAN PADA MANISNYA UCAPAN DI BIBIR... 
TETAPI PADA INGATAN SESEORANG TERHADAP SAUDARANYA DI DALAM DOANYA.... 
-IMAM AL GHAZALI-



Jangan anda hiraukan segala sesuatu yang tidak mampu anda selesaikan, sebagai penggantinya, curahkanlah waktu anda untuk berusaha memperbaiki segala sesuatu yang mampu anda perbaiki.-Dr.'Aidh Al-Qarni.


Hitunglah Nikmat Allah yang Dianugerahkan Kepadamu Sebagai Ganti Dari Menghitung Penderitaanmu.


jangan letakkan garam di dalam air yg sedikit, masinnya akan terasa 
tetapi letakkan ia di dalam tasik yang besar, agar hilang masinnya 

begitulah dgn masalah yang kita hadapi, jgn terlalu menumpukan pd masalah tersebut sehingga membebankan diri sendiri... 
tp berlapang dada lah, krn dengan nya mudah bg kita menerima hidayah dan pasti ada hikmah disebaliknya.....

Dakwah is Fun (فن)

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Allah masih beri kita kesempatan untuk terus berbakti di dunia ini, menunaikan tanggung jawab kita sebagai hamba Allah dan khalifah.

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit kisah mengenai dakwah, yang saya dapat daripada program SH, usrah dan juga melalui pengalaman serta pembacaan. Siapa yang masih kurang jelas mengenai tanggung jawab ini, saya sarankan baca dahulu mengenai tujuan hidup manusia, apa erti syahadah kita, dan sedikit mengenai dakwah.

Baiklah, setelah kita faham betul-betul tanggung jawab yang besar ini, barulah boleh kita memulakan langkah seterusnya, iaitu cara untuk berdakwah.

Untuk memulakan langkah dan amanah ini, kita kena ada contoh yang terbaik. Qudwah kita adalah Rasulullah. Kita lihat cara baginda. Bagaimana baginda berdakwah? Apa kaedah yang digunakan?

Lihat dan hayati lagu ini.

Ya, langkah dakwah Rasulullah adalah sangat simple! Baginda hanya menunjukkan akhlak yang sangat mulia, sehingga orang yang membencinya, boleh terbuka hati untuk terus memeluk Islam pada saat itu juga!
Apa yang baginda lakukan? Hanya berbuat baik kepada manusia seperti biasa, iaitu menolong perempuan tua ini mengangkat barang, kemudian, hanya bersabar dan mendiamkan diri bila dirinya dicemuh oleh perempuan tua yang tidak mengenalinya. Dan langkah yang diambil itulah yang menyebabkan perempuan tua itu tertarik dengan baginda dan dengan ajaran yang dibawa baginda, lantas mengucapkan syahadah kala itu juga.

Rasulullah orang muda,  boleh je kan baginda naik berang dan melakukan sesuatu kepada perempuan tua yang lemah ini. Dahlah penat-penat dia tolong, kena cemuh depan-depan lagi! Tapi, baginda tidak begitu, di situlah istimewanya baginda. Di situlah, kita kena mencontohi baginda. Akhlak yang mulia itu penting. Jika tidak, masakan Rasulullah bersabda;
"Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia"

Dan Allah sendiri telah berfirman;
Dan bahawa sesungguhnya engkau(Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (QS 68:4)
Sesungguhnya telah ada pada [diri] Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu [yaitu] bagi orang yang mengharap [rahmat] Allah dan [kedatangan] hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS 33:21)



Lihat video ini pula. Ya, ini memang adalah salah-satu cara dakwah moden. Manusia lebih mudah memahami dan menerima sesuatu yang dia dapat lihat dan dengar serta berfikir. Jadi pelakon, penulis skrip, pengarah, penerbit, penyunting filem, jurukamera, jurusolek dan semua yang telah terlibat dalam penggambaran ini semuanya telah berdakwah! Lihat, mudahkan? Dan sungguh menyeronokkan.

DAKWAH IS FUN (فن)
Apa yang anda faham apabila mendengar istilah ini?
Ya, dakwah adalah menyeronokkan.
Tapi, itu bukan maksud utama yang hendak saya sampaikan, tapi..
فن adalah bahasa Arab yang bermaksud seni.
Ya, dakwah itu adalah seni.

Ahad, Mac 13, 2011

Apa Cita-Cita Anda?

Seorang guru bertanya anak-anak muridnya tentang cita-cita mereka. Pelbagai jawapan diberi. Doktor, jurutera, ahli perniagaan, saintis. Dan bila ditanya mengapa, kebanyakannya adalah kerana satu sebab sahaja. Satu je, iaitu nak jadi KAYA. Bergaji besar, duduk rumah besar, bersama kereta besar di halaman.

Bila ditanya siapa idola, pasti ada sahaja yang akan jawab Bill Gates, Donald Trumph, J.K. Rowling, mungkin juga Syed Mokhtar Al-Bukhary termasuk dalam senarai. Kerana apa? Mereka berjaya. Mereka KAYA. Mereka ada harta dunia.

Semua orang ingin menjadi kaya. Kaya dengan harta, memiliki segala-galanya. Sehingga hidup kadang-kala dihabiskan hanya kerana ingin mengejar kekayaan. Bekerja bersungguh-sungguh, hingga sanggup mengorbankan masa untuk diri sendiri, apatah lagi keluarga. Tidak dipeduli lagi keadaan kesihatan diri, penah lelah akan ada hasilnya. Wang. Satu Obsessi!

KAYA seperti ini?

Perasaan ingin kaya itu fitrah. Lumrah manusia inginkan kesenangan, kemewahan. Apatah lagi di dunia moden ini. Berwang itu satu keperluan. Duit adalah segala-galanya. Harta boleh menguasai semua! Poket kosong, perut tak terisilah, kawan! Betul?

Dijadikan indah pada [pandangan] manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak [2] dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik [syurga]. (14) (Surah Ali Imran 3:14)

 Lihat, pencipta kita, Yang Maha Mengetahui telah menyatakannya.

Manusia memang cintakan dunia. Manusia memang cintakan harta. Tetapi Allah telah menegaskan pada akhir ayat tersebut bahawa syurga lebih baik.

Namun, jika kita selusuri semula sirah nabi dan para sahabat, mengapa kita dapat lihat bahawa Abdul Rahman bin Auf sangat kaya? Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman juga? Imam Abu Hanifah peniaga yang kaya? Walhal, Allah telah menyatakan syurga jauh lebih baik daripada dunia. Juga bermakna, kejarlah akhirat, jangan cinta dunia, pada harta kekayaan. Tetapi kenapa mereka kaya dan mencari harta juga?

Jadi ada apa dengan KAYA?

Namun, ayat di atas ada sambungannya.

Katakanlah: "Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?" Untuk orang-orang yang bertakwa [kepada Allah], pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan [mereka dikaruniai] isteri-isteri yang disucikan serta keridhaan Allah: Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (15) [Yaitu] orang-orang yang berdo’a: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka," (16) [yaitu] orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap ta’at, yang menafkahkan hartanya [di jalan Allah], dan yang memohon ampun di waktu sahur. (Surah Ali Imran 3:15-17)

Selepas menyebut tentang kecintaan pada dunia, Allah telah menyatakan bahawa syurga-Nya lebih baik daripada dunia. Dan antara orang yang bakal ke sana adalah orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah.

Nah, bagaimana mahu menafkahkan harta jika kita tidak berharta, atau lebih tepat, bagaimana mahu menafkahkan harta jika kita tidak KAYA? Bagaimana mahu mengejar syurga Allah yang dijanjikan juga pada orang yang menafkahkan harta pada jalan Allah jika kita miskin papa kedana. Bagaimana? Tentunya dengan menjadi KAYA.

Alif laam miim. (1) Kitab [Al Qur’an] ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (2) [yaitu] mereka yang beriman kepada yang ghaib yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka, (3) dan mereka yang beriman kepada Kitab [Al Qur’an] yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu serta mereka yakin akan adanya [kehidupan] akhirat. (4) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung(5) (Al Baqarah 2:1-5) 

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (2:261)

Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah [di jalan Allah] sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untukmu...(Al-Baqarah 2:267)


Allah telah menyebut, berkali-kali dalam Al-Quran, tentang kewajiban membayar zakat bagi orang-orang yang beriman. Juga kebaikan bersedekah. Bagaimana kita boleh menjadi pembayar zakat jika kita tidak kaya? Bagaimana kita mahu bersedekah jika kita sendiri tidak ada apa-apa? Ataupun kita lebih selesa menjadi penerima zakat dan sedekah sahaja? Tidak, tidak sekali-kali. Rasulullah sendiri tidak menerima sedekah, apatah lagi zakat. Rasulullah sendiri bekerja untuk menyara keluarga baginda. Semasa kecil baginda mengembala, kemudian baginda berdagang pula. Walhal, sebagai seorang yang mempunyai ramai pengikut, baginda boleh meminta sahaja.

Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: "Demi Allah, jika seseorang di antara kamu membawa tali dan pergi ke bukit untuk mencari kayu bakar, kemudian dipikul ke pasar untuk dijual, dengan bekerja itu Allah mencukupi keperluanmu itu lebih baik daripada ia meminta-minta kepada orang lain." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Lihat, Rasulullah telah menggalakkan umatnya untuk bekerja. Jadi bekerja itu suatu sunnah bukan? Mencari harta dan tidak meminta-minta adalah satu sunnah bukan?

Bekerja dan mencari harta satu jihad?

"Barang siapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah." (Hadis riwayat Bukhari)

Ya, umat Islam mesti berusaha, bekerja bersungguh-sungguh. Bagaimana Islam akan naik semula jika umatnya berada di jalanan sebagai peminta sedekah, penagih arak? Bagaimana Islam akan naik semula jika umatnya lemah, malas dan miskin? Bagaimana perjuangan akan berjalan lancar jika tiada harta disumbangkan untuk menggerakkan sesuatu program? Bagaimana?

Satu sahaja. Umat Islam mesti bekerja, umat Islam mesti kaya, dan umat Islam yang kaya ini pula berlu menafkahkan sebahagian hartanya ke jalan Allah.

Marilah kita berusaha bersungguh-sungguh, bekerja, mencari harta, dengan niat ikhlas kerana Allah.

“Setiap amalan itu bergantung pada niat. Amalan seseorang itu bergantung pada apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin dicapainya atau wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang diniatkannya. ” (Hadis 1)

Khamis, Mac 10, 2011

Purpose of?

I felt so tired of everything..

Tired of the non-stop exam.. Last week Histo, this week Anat, a week break, then Embryo, Polish and Anat haunt me again. Then only I get my Spring Break. Not really though, as after the break, final exams would be just around the corner..

Tired of the people around me. Well, can't I? Just as mush as I'm tired of myself, I'm tired of everyone. Sometimes, I just don't wanna meet with the people here. No, no, I just wanna go back home, and be with my loved ones, not with someone I barely known and I barely like. 
Sometimes, or it may be most of the time, when I am with my loved ones, I tired of them. A simple, little things can initiate a fight. Can't they accept that everyone make mistakes and there's no one perfect? Can't we live together peacefully and most important, lovingly? 

Tired of blogging.. Just wanna quit, this thing now is like part of my life,, not very though, but the time I spent for it is to enormous, sometimes my three hours passed just like that.

Tired of everything..

Then, I thought, why am I doing all of this? 
Why I need to study? Medicine is really-really tough. Extremely tough. The toughest of all studies. (failure is common for the MD students)
Why I need the people around me?
Why I need to write? Even this entry?
Why I even need to do anything?
Why, I even lived?



If I studied and do everything for the comfort of my own life, I didn't do anything, just being a beggar will do. (some said beggar is a really well-paid job). What the purpose of being really rich after all? So that we can buy anything we wanted? So we can have the biggest and high class house, car, suits, clothes? So we can lead high-class life, be with high-class people? It just our lust really. We don't even need the most expensive stuff in our life. Simple, well-priced things will do. 

If it for fame? For pride? For a high view of the society? For...

It is? Then, our life is just for the people view on us? How ridiculous! This is our life is it?

Then, what's the purpose of all this?



Look around. Are all the things is just made unpurposely? No, there are made for our comfort.
Then, are we ourselves is just made unpurposely? No, of course not. 

BANG:
If you don't like it, just quit
If what we do is without any purpose => Just quit everything
If we studying without any purpose => Just quit studying
If there's no purpose meeting with people => Just quit meeting with people
If blogging and blogwalking we do without any purpose => Just quit blogging and blogwalking
And if we live without any purpose
quit LIFE as well..

Why do we have to do all this? Why? WHY?
I want an answer, why?

Why do we even live?

WHY?

If we don't have a purpose of doing anything, just don't do it, it's just a waste of time..
Then, if we don't have a purpose of life, why do we live? just quit life,, it just a waste of time?
Don't you agree?

Sabtu, Mac 05, 2011

An-Nasr: Pertolongan

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, kali ini kami usrah lagi. Nak kongsi sedikit. Nak post dalam blog usrah, tak boleh, sebab bukan saya duty hari ini, takut-takut orang yang on duty nak tulis benda yang sama. Takut dia terasa..


"Tolong baca surah An-Nasr," tiba-tiba kakak usrah saya berkata. Tersentak saya, terus mengalihkan pandangan daripada buku nota kepada komputer. Matanya kurenung melalui Skype yang kami guna untuk usrah mingguan. Jarak 292km Krakow-Warsaw tidak memungkinkan kami usrah bersama selalu, terutama waktu exam ni. Pelajar Muslim Malaysia kat Krakow pun 4 orang je, xdelah usrah sendiri kat sini. Skype la alternatif yang ada.


"Baca surah An-Nasr, Fathin baca terjemahan ok?," ulangnya lagi, lebih lembut.
Eh? Bukan hari tu dah buat tafsir surah An-Nas ke? Takkan nak ulang sekali lagi?
Baca je lah..


Bismillah

A001





"Eh, bukan yang tu lah, surah ke 110, An-Nasr-u"
Oh, patutlah, ada salah faham di situ..


Bismillah

A001

A002

A003




Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. (1) 
Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, (2) 
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat. (3)


Familiar kan surah ni? Sangat, kan? Selalu kita baca, selalu kita dengar orang baca, pernah tak kita cuba memahami surah ini.. 
Saya rasa-rasa dulu ya, maksudnya jelas kan? tapi bila usrah ni, saya rasa dapat sesuatu yang baru..
(itulah best ada usrah ^-^)

bila berjaya, jangan lupakan Allah