Islamic Widget

Sabtu, April 16, 2011

Persaudaraan dan Isu Palestin

Alhamdulillah, sekali lagi Allah telah mengumpulkan hati-hati ini untuk saling mengingati-Nya. dan apa lagi nikmat yang kita mahukan selain orang-orang yang akan berpesan-pesan kepada kita kearah kebenaran, kesabaran dengan penuh rasa sabar dan kasih sayang (Al-Asr ayat 3& Al-Balad ayat 17)?

Dan kali ini, kami diberi satu ilmu yang spesial.
Persaudaraan antara muslim kerana Allah

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual/beli barangan atas jualan/belian orang lain. 

Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. 
Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -
Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.

(HR Muslim)

Inilah Hadis 35 daripada kumpulan 42 hadis yang Imam Nawawi golongkan sebagai 40 hadis utama dalam asas-asas Islam

Dan sekali lagi, kami belajar inti pati hadis ini. (Kita pernah belajar eh hadis ni kat sekolah dulu) Dalam hadis ini telah terang, jelas dan nyata apa yang cuba Rasulullah sampaikan. Tanpa selindung, Rasulullah menggariskan 5 perkara yang sesama muslim TIDAK BOLEH buat keatas saudaranya yang lain, kemudian disambung pula dengan jelas bahawa setiap muslim itu bersaudara, dan 4 lagi perkara seorang muslim itu tidak layak buat kepada saudara muslimnya yang lain. Seterusnya, Rasulullah menegaskan tentang taqwa sampai 3 kali baru menyambung buruknya seorang muslim yang menghina saudaranya, juga mengharamkan bagi setiap muslim 3 perkara-darah,harta & kehormatan.

At-Taqwa hahuna -Taqwa jest tutaj- Taqwa itu di sini
Ya, hadis ini mengandungi banyak larangan. 5+4+3=12. Dalam hadis ini juga meletakkan pusat taqwa seseorang, juga menempelak muslim yang menghina saudaranya sendiri. Persoalannya, kenapa mesti perkataan perkataan "At-Taqwa hahuna" mesti ditegaskan? Apa erti taqwa? Taqwa digambarkan sebagai perbuatan kita semasa melalui jalan yang berduri semasa gelap. Terus, apa maknanya? Rasulullah sendiri memahami bahawa apa yang mahu disampaikan dan mahu dipupuk dalam persaudaraan muslim amat sukar, ya 12 larangan tersebut amat sukar, kerana itu di sebut taqwa, agar kita sentiasa ingat supaya berhati-hati tidak terbuat larangan tersebut.


Kemudian, kami masuk isu Palestin. Ya, saudara kita yang tertindas sejak sekian lama, tetapi mereka masih tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada rakan-rakan, saudara-saudara Muslim yang lain.
tidak boleh membiarkan dalam kehinaan
Sudah lupakah kita semua dengan larangan yang ketujuh ini? Sekarang ini bukan sahaja mereka terhina dengan penindasan yang dialami, malah seluruh dunia Islam patut rasa terhina dengan ketidak mampuan kita untuk berbuat apa-apa. Dan kerana kelemahan kita inilah, keadaan mereka semakin hari semakin payah.
 Seorang muslim haram bagi muslim yang lain darahnya, hartanya dan kehormatannya.
Bagaimana pula jika kita membiarkan darah, nyawa, harta, kehormatan saudara kita diinjak-injak, dirobek-robek sesukati hati tanpa adanya usaha kita untuk membela mereka?
Bagaimana?


Apa ada dengan Palestin dan Masjidil Aqsa?
Kenapa kita kena perjuangkan mereka? Apa isunya? 
Kerana hampir semua rakyat palestin adalah saudara muslim kita. 
Jika tidak kerana mereka muslim pun, sebagai seorang manusia, mereka tidak layak diperlakukan seperti itu. Mereka berhak untuk hidup secara aman seperti kita. Mereka berhak tidur dengan lena seperti kita, bukan tidur dalam ketakutan. Mereka berhak untuk tinggal dalam rumah dengan selesa seperti kita, tanpa khuatir rumah akan dibom. Mereka berhak untuk merasa selamat, bukan hidup dengan askar-askar disekeliling dengan kemungkinan mereka ditembak, dipukul, dibunuh sesuka hati.
Kerana Masjidil Aqsa adalah masjid ketiga termulia kita, kiblat pertama kita.
YA, MEREKA MEMANG LAYAK DAN MESTI KITA PERJUANGKAN..



Pertama sekali, sebelum kita memulakan perjuangan untuk membela saudara kita di sana, kita kena mengetahui secara jelas apa yang diperjuangkan.

1) Lokasi Palestin


2) Bendera Palestin


3) Masjidil Aqsa

Yang mana satu?









Yang INI?












Ke Yang INI?
Yang Pertama, bangunan yang cantik tu ke, 
yang kedua, bangunan yang agak lama?

Yang Pertama?
Sebab banyak kali masuk dalam media massa?
Kan?

Salah
Yang Kedua itulah Masjidil Aqsa yang sebenar
Yang pertama itu hanyalah tempat yang dibina sebagai persinggahan mereka yang mengerjakan haji dahulu.
Yang pertama adalah Dome of Rock.

 Ya, kita semua kena tipu. Dome of Rock ditunjukkan dalam media massa berbanding Masjidil Aqsa untuk membasuh pemikiran kita, bahawa Dome of Rock itulah Masjidil Aqsa. Agar, nanti bila apa-apa terjadi kepada Masjidil Aqsa sebenar, kita tidak akan tahu, kerana kita menyangka semuanya masih selamat melihatkan Dome of Rock yang masih tersergam indah dan bertapak kukuh.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? (2) Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan. (3) (As-Saff)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan