Islamic Widget

Ahad, Februari 06, 2011

Inilah Jalan Kami

Inilah jalan kami..
Jalan yang penuh berliku,,
Jalan yang tidak mudah,,
Jalan yang kami jumpa hanya bila sampai ke Poland
atau lebih tepat, setelah ISK dan usrah bermula..

Inilah jalan kami..
Jalan yang diharap akan membawa kami menuju kepada-Nya,,
Jalan yang kami harap membawa kami kearah
keampunan dan keredhaan-Nya
Jalan menuju kearah pelaksanaan tugas kami
sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya

Dan inilah salah satu pelaksanaan-Nya
~~~melalui tulisan~~~
~~~melalui blog~~~




sedia menurut arahan~~
Insya-Allah, paling kurang setiap minggu kami akan update blog usrah kami, berkongsi serba sedikit apa yang kami dapat daripada usrah. Kami  bukanlah penulis yang hebat, dan menulis bukanlah perkara yang kami suka buat, tetapi kami akan cuba untuk berkongsi ilmu yang kami dapat. Segala kekurangan harap dimaafkan.


 Jemput-jemputlah bertandang ke blog usrah kami;
Usrah Auliya'
http://auliyazahrah.blogspot.com/
Usrah Insyirah
http://www.ceritausrahkami.blogspot.com/

Sudi-sudilah membaca tulisan kami yang tidak seberapa..

Usrah kami sebenarnya lebih daripada apa yang kami tulis, usrah kami bukanlah semata-mata di atas blog ini sahaja, tetapi juga telah mempengaruhi kehidupan kami.
Usrah telah membawa kami lebih mengenal siapa diri kami sebenarnya dan juga mengenal rab kami, juga agama kami.
Jazakamullah kepada kakak-kakak usrah kami.


Semoga Allah kuatkan kami untuk terus menulis di sebalik kekurangan hamba-hamba-Nya ini.
Semoga Allah terus tunjukkan jalan yang benar kepada kami

Sabtu, Februari 05, 2011

Kuliah Online: Revolusi Huffaz




Assalamualaikum warahmatullah
Apa khabar iman kita hari ini? Kuat dan teguh tak?
Apa khabar hati kita hari ini? Sihat? Kalau sakit, bawalah berubat ya, dengan zikrullah..


Hari ini saya dengar kuliah di atas setelah berminggu tunda, nak kongsi apa yg saya dapat, semoga bermakna.. 


Untuk menjadi seorang penghafaz Al-Quran, sebenarnya bukanlah terlalu payah. Sekiranya kita membuat perancangan yang rapi, Insya-Allah, Allah akan memudahkan jalan kita. Kita perlu mencuba sedikit demi sedikit, sehingga kita berjaya.

Selasa, Februari 01, 2011

Assalamualaikum...

Bila berada di entah hujung pelosok dunia mana, selalu tertinggal banyak perkara. Kalau tiada alat komunikasi lagilah, entah dunia menuju kehancuran pun tidak tahu. Itulah saya. Baru seminggu dua (atau mungkin sebulan?) sibuk sehingga terlupa hendak membaca berita, dah terlepas perkara penting. Entah sabtu atau ahad lepas baru saya tahu mengenai rusuhan di Mesir. Serius. Tak tahu langsung sebelum ni. Kes Tunisia tu pun, hanya tahu waktu awal-awal rusuhan je, kemudian lupa langsung nak ikuti perkembangan mereka.

Katak di bawah tempurung,, ataupun di bawah bumbung?

Terukkan?