Islamic Widget

Selasa, Mei 10, 2011

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, sudah 8.5 bulan saya menghirup udara di bumi Poland ini.
Empat musim hampir telah dilalui.
Pertukaran musim yang drastik tidak lagi jadi persoalan.
Semuanya lumrah alam.


Seperti mana saya mengambil tahu perubahan musim-musim di sini,
seperti itu jualah saya mengambil tahu perubahan para sahabat.
Tidak kira di mana mereka. yang jauh, mahupun yang dekat.
Ada yang berubah ke arah yang lebih baik.
Ada juga yang tersalah arah.
Ada yang berubah secara konsisten.
Ada yang konsisten berada di tahap yang sama.

Saya yang melihat,
tersenyum
juga sedih.

berfikir-fikir,
bagaimana mereka ini boleh berubah?
dan yang paling penting,
adakah saya menyumbang dalam perubahan tersebut?

melihat diri
mengamati
menilai

sekali lagi,
adakah saya menyumbang dalam perubahan tersebut?
apabila saya melihat seseorang berubah,
adakah saya ada sekurang-kurangnya berdoa,
agar Allah menunjukkannya jalan yang lurus?
adakah saya sekurang-kurangnya memberi
kata-kata semangat agar dia terus kekal berada pada jalan yang benar?
mahupun menegur jika dia tersesat ke jalan yang salah?
adakah saya sekurang-kurangnya cuba
membantu dia dengan menunjukkan jalan yang benar?
Ada?

Tiada? 
Takkan sekadar melihat sahaja?
Tanpa melakukan apa-apa?
Lupakan kita akan seruan Allah kepada kita?

"Serulah (manusia) kepada jalan Rabb-Mu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik."(An-Nahl:125)

Picture: Bermasam Muka