Islamic Widget

Khamis, April 05, 2012

Ah.. tak lama lagi..

Jantungku berdegup kencang. Baru sahaja bermula sejak akhir-akhir ini. Sebelum ini tahap heart rate ku memang tidak memuaskan. Tapi, ini terlalu kencang. Lantas mengira heart rate sendiri. Lebih seratus. Ah. Kira sekali lagi. Masih seratus lebih. Tachycardia. Mulanya ingat biasa2 xde apa.. Apa lagi exam nak dekat. Namun ia semakin menjadi-jadi. Terasa mahu berhentikan sahaja jantung ini. Penat. Restless. Pening. Akhirnya mengalah. Jumpa doktor. Dan hari ni badanku penuh wayar. Bukan masuk hospital, bukan, hanya ECG 24jam. Hari ini juga aku mula sedar daya ingatanku semakin teruk. Mungkin sebenarnya tidak ada apa-apa pun.. Mungkin aku sihat-sihat sahaja. Namun aku terima ini sebagai tanda peringatan bagiku bahawa hidupku bukanlah lama. Tidak lama lagi. Hidup dunia memang sekejap, nak dibandingkan dengan akhirat yang kekal abadi, pastilah sangat beza! Ya, tidak lama lagi, aku akan berjumpa dengan Allah, Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Sudahkah bersedia untuk ke sana? Sudah cukupkah bekalan? Sudah cukupkah amal kebajikan, hak Allah dan hak manusia yang telah ku lakukan, untuk meraih redha Allah, agar kembaliku kepadaNya ku dapat berjumpa denganNya? Sudah kah aku berjihad, berjuang untuk menegakkan syariatNya, pada diri sendiri, keluarga, orang sekelilingku? Sudahkah aku bersabar, redha, berlapang dada dengan segala ujian dunia, yang mana ujian itu cuma, ya hanya cuma untuk meninggikan darjat ku di sisiNya? Allah, hidup ini sukar ya Allah, teramat sukar. Terutamanya bila hambaMu ini jauh dariMu. Bantulah aku mendekatiMu agar ku dapat menghadapinya dengan redha, agarku tidak berasa lemah, jatuh atau berpaling dariMu kerana sukarnya hidup ini. Agar ku tetap kuat, teguh, istiqamah, bermotivasi dan tetap berada di jalan mencari redhaMu. Aku memandang badanku yang penuh wayar. Ya tidak lama. Sikit je lagi. Bergeraklah menuju Tuhanmu untuk mendapat pengakhiran yang baik.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, Mac 27, 2012

Oh, sayangnya Dia!

 
Anda tahu tak?
    Tahu apa?
Ada yang sangat-sangat sayang kat anda.
     Ye ke?                                                                            
Iya. Dia sayang anda lebih daripada segalanya di dunia ini menyayangi anda. Lebih daripada ibu bapa, keluarga, BFF anda. apatah lagi 'buah hati' anda sendiri. 
     Ye ke? Siapa?                                                                   
La, anda tak tahu ke?
Dia tidak pernah terlepas pandang melihat anda.
Dia selalu bagi macam-macam hadiah kepada anda.
Dia sentiasa berada dekat dengan anda.
Dia tahu segala perasaan, keadaan anda.
Dia tahu segala-galanya mengenai anda. 
     Iya? Tak percayalah.
Tak percaya ke?
Banyak surat cinta anda dapat kan? Kenapa tak caya ni?
     Surat cinta? Eh, mana ada.
Ada. Tahu tak siapa ni? 

     Eh, macam bagi quiz pulak. Bagitahu jelah!


 


Dialah Allah. Ar-Rahman, Ar-Rahim. Tuhan Yang Esa Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang Maha Melihat, Maha Mengetahui.
Tidakkah anda membaca surat cinta-Nya? Kitab Al-Quran yang diturunkan buat pedoman kita, manusia, makhluk yang amat dikasihi-Nya?
    Hurm..
Dialah Allah yang telah mengurniakan kita segala nikmat yang kita dapat rasai di muka bumi ini. Yang mencipta bumi ini untuk kemudahan kita, manusia.

 “Dan bumi sesudah itu dihamparkan (untuk kemudahan penduduknya). Dia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuh-tumbuhannya dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi) sebagai pancang pasak yang menetapkannya (semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternakan kamu.” (An-Naziaat 79:30-33) 

Nikmat yang Allah beri kita terlampau banyak, tidak terhitung.

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Al-Nahl 16:18)

Nikmat kasih sayang, nikmat rezeki, dan yang paling penting, nikmat Islam dan nikmat iman yang perlu kita berusaha untuk mendapatkannya. Bayangkan betapa banyaknya nikmat tersebut, udara yang kita hirup, kasih sayang manusia yang dikurniakan Allah yang dapat kita rasai, rezeki kita sehari-hari, baju yang kita pakai, makanan yang kita makan, rumah tempat tinggal kita.. banyak lagilah 

Dialah Allah yang berada sangat dekat dengan kita.

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,(Qaaf 50:16) 

Dialah Allah yang mengetahui segala-galanya tentang kita.
Tidak kira di mana kita berada, di ceruk bumi mana, di kawasan sesunyi mana, Allah sentiasa bersama, melihat kita.

Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.(Al-Hadid 57:4) 

Dialah Allah yang sentiasa berada dekat, tahu segala-galanya mengenai kita, yang sentiasa membalas permintaan kita

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah 2:186) 

 

Kita?
Betapa kasihnya kita kepada Dia yang sangat-sangat menyayangi kita?


Jika ada orang memberi hadiah kepada kita, kita sangat-sangat menghargainya.
Jika ada orang menolong kita semasa kita ditimpa kesusahan, kita akan mengingati pertolongannya.
Jika ada orang yang sentiasa mengambil berat tentang kita, kita akan menyenanginya.
Jika orang yang sama sentiasa memberi hadiah, menolong, mengambil berat, kita akan menyayanginya, bahkan mencintainya.


Kenapa tidak kita mencintai ALLAH yang sentiasa mengurniakan kita bermacam nikmat, menolong kita, yang mengetahui tentang kita, yang memakbulkan permohonan kita? Kenapa tidak kita mencintai Allah?


Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam cintanya kepada Allah. 
(Al-Baqarah 2:165)

Selasa, Mac 13, 2012

Reblog: Lukisan Alam

Alam..
saya akui saya pencinta alam.
Alam ini sangat indah, bagi saya.

Lahir dan membesarnya saya di tengah bandar, menyebabkan saya lebih menghargai alam.
Saya sangat suka bila dapat balik kampung, kerana indahnya alam.
dalam perjalanan, saya selalu memandang keluar tingkap, ke arah langit, melihat alam.
waktu malam, lagi saya suka, sebab selalunya ada banyak bintang kelihatan.
Kadang-kadang, bulan dipagari bintang. Itu lebih cantik dan satu bonus..
Jarang orang bandar dapat lihat bintang yang banyak bertaburan.

Saya masih ingat lagi,
di sekolah, saya amat gembira kalau diberi tugas untuk 'menjaga' tempat sunyi, dewan sebelah hutan simpan, parking yang ada pokok besar, padang yang luas, bahagian taman dengan kolam. seronok dapat 'menjaga alam'
rasanya lebih tepat, alam bagai menjaga saya. hilang penat, hilang marah, hilang kekusutan fikiran, bila saya merasai indahnya alam di sekitar tempat saya jaga. kesunyian alam, angin yang sepoi-sepoi, bunyi kocakan air, sangat-sangat menenangkan

Saya masih ingat lagi,
semasa hari pertama di sekolah asrama, saya sangat sedih. First time kan berjauhan dengan keluarga. Ketika itu, alamlah yang memujuk saya. Ketika saya tengah sangat-sangat emo itu, matahari terbenam. Subhanallah! Itu kali pertama saya melihat matahari terbenam dengan jelas. Keindahan itu amat memukau saya. Tangisan bertukar menjadi kegembiraan. Sangat cantik. Lihat dari mula sampai akhir, langit berubah warna setiap detik. Dari putih biru, kepada kuning, jingga, merah, kadang-kadang ungu, kemudian membiru dan akhirnya langit gelap. saya tak dapat merakamkan susasan tersebut, maklumlah, usahkan kamera, telefon bimbit pun tiada!

Saya masih ingat lagi,
di sekolah asrama itulah, saya selalu bangun awal, lebih awal daripada kebanyakan orang. Di masa orang tengah sibuk berebut untuk bersiap ke kelas, saya sudah berada di luar, menikmati terbitnya matahari. Ya, hampir setiap hari! (start bila saya sedar la) Dan terbitnya matahari ini, lebih cantik, kerana ia terbit dari celah-celah gunung yang jauh membiru. Sekali lagi, amat sayang saya tiada gambar untuk dikongsi. Pernah sekali saya meminjam kamera kawan saya, tetapi, gambar tu sama ada saya terlupa nak minta n transfer, mungkin hilang?(mungkin juga saya dah burn dalam cd kot, tapi terlupa.. balik malaysia carilah!)

Itu jugalah sikap saya di kolej dan kini, di universiti. mungkin tak terlihat orang kerna kesibukan, tetapi itulah hakikatnya. Di sini saya ingin berkongsi sedikit keindahan alam yang ciptaan Ilahi. (Tapi klu tgk sendiri memang lagi cantik ar..n saya x guna kamera power2,, byk guna benQ dan hanset SE je)


Dalam perjalanan balik kampung
Masa kat PD
Juga dalam perjalanan pulang ke kampung
Di kolej.. salah satu gambar yang saya suka
Indah kan?
Kredit kepada xroomate saya
Apa yang membuatkan jalan ini indah jika bukan pokok-pokok di sisinya?
Subhanallah, indahnya ciptaan Allah
Indah bukan?
langit krakow
langit warsaw
langit Rome: dari kapal terbang
Lnagit Tivoli
Sungai Vistula, Krakow
keindahan autumn
zakopane

keindahan winter
lihat daun2 ni.. adakah warnanya sama sahaja?
oren, oren sahaja? merah, merah sahaja? kuning, kuning sahaja?
siapa pelukis paling hebat?

sungguh indah jalan ini ^-^
Siapa pelukis dan pencipta yang paling hebat jikalau bukan Ilahi? Alhamdulillah, bersyukur padanya.. ^-^

Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis, kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah. (Al Mulk:3,4)