Islamic Widget

Selasa, Mei 15, 2012

Karya: Retake

"Sakinah" Professor B, memanggil namaku.
"Yes"
"Ah, here you're. I tried to remember everyone's name.. I think I have remember some of you.. Well then, good luck.ツ Then, Axel.."
Prof B menghulurkan kertas peperiksaan 'make-up' untuk Resp, Renal & Acid Base Physiology kepadaku kemudian terus ke pelajar seterusnya.

Ya, Prof, ya. Terima kasih. Saya tak tahu macam manalah prof nak ingat nama lebih 70 orang dalam satu batch padahal prof sebut nama kitorang waktu exam je. Saya pasti prof ingat nama saya, sebab saya sekali pun tak pernah tinggal exam dan semua exam tu saya kena retake. Dah la aku lain kan..

"Well everyone, you see, the questions are short, and brief. There's only 51 questions. (compared to 90 for the real exam) It should be easy, you know."

Huhu,, pernah ke prof bagi kitorang soalan senang? (~_~メ)
Ke selama ni aku je yang prepare tak cukup?

"1 question about 1 minute, so you should be finished in 1 hour. Hmm.. Yes? 1 hour and 15 minutes? No, it's not possible. I'll give you 1 hour and 10 minutes. Not more."
"You may start now. Good luck"

Bismillahirahmanirrahim..

Aku membuka lembaran tersebut. Allah.. tengok soalan satu dah blur.. Soalan-soalan seterusnya? =.='' Tak tahulah kenapa ramai kata soalan retake lagi senang, aku rasa lagi susah je.. Jantungku yang telah berdegup kencang setengah jam sebelum exam bertambah kencang lagi. Ni orang kata stress-induced tatchycardia.

"J-Receptors..."

What's not the function of the lung?
a) prevent embolus enter heart
b) convert AG1 to AG2
c) ape tah tak ingat
d) remove NE, serotonin, bla,bla,bla
e) remove hormone/chemical ape tah lagi"

Metabolic alkolosis with respiratory compensation will result in...
<pastu semua pilihan jawapan dia lebih kurang je>

Oh tidak.. kenapa semua yang aku tak baca keluar ni,, and in the first place aku kena tahu eh benda2 ni semua? Xde pun sebut dalam lecture! Ke aku je tak sedar?
Macam pernah dengar pasal benda ni..
Aku baru baca pasal ni tadi! tapi tak ingatlah.
Oh, ini kot jawapan dia. Eh tak macam yg satu lagi. La lebih kurang je..
Banyaknya dia tanya the details, bukan mechanism. Exam hari tu, takde la banyak soalan detail camni.

Keyakinan ku hilang. Bagai debu-debu berterbangan.

Takpe, takpe, teruskan jawab soalan2 tu. Just go, just go..
╭(′▽‵)╭(′▽‵)╭(′▽‵)╯ GO!

Habis jawab apa yang aku agak-agak betul, aku kira.
23.
Itu kalau semua betul. Nak pass 60%. Dalam 31/51.
Tapi yang lain tu aku tak tahu, tak pun aku benar2 konpius!
Matilah aku.ˋ﹏ˊ
Mane nak cari lagi >8 markah nih?
Stres.

Dan tengah-tengah exam tu, aku membayangkan..
Kalaulah, kalaulah, kalaulah aku fail paper ni, kira aku gagal the whole course sebab aku dah gagal retake Neurophysio hari tu, tak leh fail retake lain dah. Kalau gagal physiology, kira aku kena retake year sebab ini subject core.

Teringat bulan lepas, aku bertanya kepada groupmateku, apa akan jadi kalau kena retake year. Orang yang retake year tu tanggung sendiri eh?
Dia terkejut. Namanya bawah je namaku dalam list nama batch. Kira kitorang memang satu kelas untuk semua subject, n kira sebenarnya dia tahu je semua result ku walau aku cuma sembunyi. Dan aku tahu je result dia selalu markah tinggi.

"Eh, janganlah fikir macam tu, tak kan retake nyer "
Ni kata-kata orang yang selalu dapat result in flying colours. Dia kalah dengan aku ape je? Computer Science? Itupun sebab dia tak minat..

"Hurm, yela. Apa2 jadi pun siapa nak retake year kan.

Tapi, kalau, kalau,

Sakinah! stop the negative thinking! You're in the middle of exam! Just believe, and go.
Tapi kan, kalau aku benar-benar fail and kena retake year, mungkin aku dah malu nak jumpa dengan semua orang. Tak mahu lagi buat apa-apa. Tak mahu lagi berada di jalan ini. Mungkin aku stop terus. Aku kenal aku! Jadi aku tak boleh fail. Ya, Allah.. betul ni,, tolonglah aku!

"There's about 20 minutes left." Prof B mengingatkan.
Tak lama lepas tu, seorang student bangun dan menyerahkan kertas soalan kepadanya.
"How is the test? Is it easier?" Prof B bertanya kepada yang lain.
"Yes, it is" salah seorang jawab.
"You always say that, but in the end, I have problems you know.."
Ye la, aku yang experience retake tiap2 exam ni pun faham. Prof salah tanya tu prof. Tengah-tengah exam macam ni, orang yang rasa exam tu tak susah sangat je akan jawab.
Orang yang stres jarang nak layan benda yang akan limit masa diorang..

Tepat 1jam 10 minit, aku bangun dan hantar kertas tu. Even prof tak minta lagi. Takpe, sebab prof kata jangan lebih masa. N kalau aku duduk lama-lama pun, takde maknenyer..

Dan aku pulang dalam keadaan yang bercampur-baur.
Risau. Takut. Bimbang.
Relieved jugak dah lepas satu exam. Ye la tu, lepaslah sangat.

Aku tahu semua di tangan Allah. Ingat lagi bait-bait tafsir oleh sayyid qutb tentang rahmat yang aku baca masa usrah minggu lepas. Tapi itulah,, aku selalu je tahu,, buatnya tidak, praktikal tah ke mana. Bila ilmu disimpan, hanya untuk menambah pengetahuan, bukan untuk dilaksanakan, mana mungkin ia dapat mengalir ke hati kita dan memberi kesan kepada hati dan seterusnya kehidupan kita?

Dan segala yang aku rancangkan malam itu semua aku batalkan. Takde mood. Buka buku biochem kejap. Fikiran bukan kat situ. Melayang-layang ke kertas exam tu jugak. Malam tu aku tidak boleh tidur. Hanya lena jam 1.15pagi dan terjaga jam 4.40pagi (Ya Allah, bukan nak qiam minta pertolongan Allah, bangun subuh gajah lagi.. huhu). Konon nak stay sampai subuh kul 2.15, terlelap dulu. Itupun terjaga sebab sejuk+dapat nightmare. Ni memang Allah nak suruh aku bangun ni.

Pagi itu aku mengadu pada Kak Aiman, murobbiyahku yang sentiasa melapangkan masanya untuk melayan aku.

Kemudian aku kacau pula sahabatku yang terpercaya.

Dua-dua berbicara benda yang sama. Doa. Doa. Doa. dan Tawakkal.

Ah, balik-balik doa lagi..
Ingat kalau doa,, tak berusaha, berjaya ke? Aku tahu sebenarnya aku tak baca detail untuk exam tu. Even aku rasa aku dah baca banyak berbanding dulu, tapi aku tak baca sedetail soalan yang diberi. Dah salah aku tak bersungguh. Usaha sikit. Sunnatullahnya tak cukup. Semua boleh berubahkah?

Kemudian sahabatku mengingatkan,
Dont underestimate the power of doa.
Aku terpana.
Ya, benar. Aku selalu memandang sipi2 je doa sejak akhir-akhir ni. Aku tak tahu bila kali terakhir aku berdoa, dengan penuh khusyuk dan pengharapan? Dengan khusyuk, bersungguh-sungguh agar doa dikabulkan? Bila kali terakhir aku benar-benar berasa sangat bergantung kepada Allah?
Rasa macam dah lama sangat. Lama sangat.

(Oh tak, ada la jugak. ingat kejap. tadi. masa exam =.='')

Dan aku terlupa bahawa segalanya milik Allah. Segala-galanya. Segala-galanya Dia yang punya. Dia yang mempunyai kuasa atas segala sesuatu. 
Dia berkuasa ke atas aku. ke atas prof ku. ke atas examku.


Aku terlupa. Walau banyak manapun aku berusaha, bukanlah kerana usaha itu aku akan lulus. Usaha itu hanya untuk memenuhi syarat sunnatullah. Kejayaan itu milik Allah jua. Allah berhak memberi kepada sesiapa yang Dia mahu. Fullstop. 

Aku bertanya pada diri sendiri;
Sakina, nak pilih mana?
Terus-menerus risau sampai ke sudah ke, berdoa dan bertawakal kepada Allah dan yakin je pada Dia?
Choose one!

Lambat lagi nih result nak keluar. Mau makan seminggu. Paling cepat pun, 3-4 hari. Mau hidup tak tenang sampai kuar result nih, padahal banyak lagi exam menanti..


Eh, bukan ke hidup ini sendiri adalah suatu exam? Ni salah satu je chapter dari rangkaian exam hidup. Marks carry forward, tau! *t&c apply


Sampai bila lagi nak jadi macam ni, nih? 

Lalu aku memilih untuk berdoa.
Memilih untuk meyakini Allah
Yakin aku perlu bersangka baik kepadaNya. Yakin Dia akan menolongku. Yakin, walau apapun keputusannya, itulah yang terbaik buatku.
Semuanya telah tertulis. Tak perlu kalaulah, kalaulah. Yang lepas, biar lepas. Yang sekarang dan yang akan datang nilah yang kita boleh ubah melalui pengajaran yang lepas. Oke?.ヽ(^。^)ノ

8.00 pagi, aku ke lecture seperti biasa. Di kelas, aku berbual dengan seorang kawan dari Norway. Dia pun ada semalam.
"I really, really hope I can pass the exam. But it seems impossible. I don't think I could get 31 out of 51" aku berkata kepadanya.
"Yeah, but I don't think the pass mark would be 31. Maybe he would lowers it. Like 27 or 28"

Bam. Terhantuk sebentar.

Tiba-tiba sahaja, harapan bersinar di hadapanku.

Aah kan. Betul. Prof akan turunkan markah lepas kalau ramai dapat rendah. Kenapa tak terfikir benda ni?
And, even aku tak yakin akan dapat 27 pun, tapi, semuanya kan kat tangan Allah?

Dan aku terus berdoa. Dalam solat dhuha. Dalam solat zuhur. Pada masa skype dengan mak, sempat minta mak doakan. Padahal jarang aku nak berdoa betul-betul sebelum ni. Padahal jarang aku nak mengadu dengan mak pasal exam-exam ni. Sebelum ni, aku fikir, salah aku, tak berusaha, kenapa nak libatkan orang lain fikir hal aku?

Rasa hipokrit jugak berdoa bila susah sahaja. Bila senang, malas nak berdoa. Rasa seperti orang dalam kapal yang diceritakan dalam Quran tu. Bila kena bencana, mahu terhegeh-hegeh minta kat Allah. Then, bila Allah tolong, macam takde pape berlaku sebelum tu.
Ceh. ni bukan hipokrit lagi ni. menyampah betul bila baca cerita ni.

Tapi kau pun buat kan? Menyampahlah kat diri sendiri!
Erk! Huhu _(_ _)_

Jauh rupanya aku daripadaMu
Bukanlah halangan tu yang besar. Halangan tu kecik je. Yang besar adalah kerisauan kamu terhadap ujian tersebut. Itu ujian kamu yang sebenarnya.
Mungkin Kau turunkan ujian ini kerana ingin guide aku kembali. Aku main-main jauh sangat. Kejap masuk selekoh tu. Kejap masuk selekoh ni. Aku seronok sangat bermain sampai lupa nak kembali. Seronok sangat, sampai terleka.

Ini hanya satu cuitan daripadaMu. Aku tahu, Kau mahu aku kembali kepadaMu, kerana cintanya Kau kepada hamba yang kerdil ini.

Aku tahu, Kau tidak pernah meninggalkan aku. Aku je yang selalu tinggalkan Engkau.
Aku tahu, jika aku ingin kembali, Kau kan memudahkan jalanku.
Aku tahu, Kau akan sentiasa menerimaku kembali, walau aku asyik je berpaling lepas tu.
Aku tahu, jika aku ingin berubah, Kau akan membantu.

Maka bantulah aku.

Aku mahu berubah. Aku mahu kembali. Aku nak buang bebanan-bebanan dalam beg kembaraku yang melambatkan perjalanan aku ini. Buat semak je.
Sebaik-baik bekal adalah taqwa
Are you sure you want to delete this?
Yes
Please delete it. Remove it from my life forever. So that I can install my love to Allah.


Resp & Renal Retake is uploaded to your Dropbox folder.

Ish, sape la takde kerja sangat taip balik soalan semalam nih. Bukan masuk banyak pun final nanti.

Klik jugak

Huh?
Ape ni?
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............................
Result dah keluar!
Biar betul. Cipta rekod sungguh keluar awal result nih.

Aku terus scroll ke bawah sekali. Ke markah yang paling rendah.
Berapa dah no ID aku? ade no 3 kat belakang tak silap.

XXXXX43                     24m

Eh? Yang ni ke? Takkan la.. biar betul. Naik atas sikit

XXXXX63                     27m
XXXXX73                     27m

Yang mane nih? Bukan aku dah hafal ke no tu? tiba2 konpius jap
Mane dah student kad tuh?
Eh, jap passing mark berapa sebenarnya nih?

Pass mark: 25m

ID: XXXXX73

Ha?

Biar betul?

Subhanallah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Exam week dah bermula! Tabah harungi test-test dan juga retakes sebelum menghampiri final ye kawan-kawan!
Rehat kejap.
Oh, maaf sebab bahasa rojak+pasar. Exam week dah bermula! Tabah harungi test-test juga retakes sebelum menghampiri final.
Rehat kejap.
Oh, maaf sebab bahasa rojak+pasar.
Apa-apapun harap ada manfaatnya.

Last sekali. Nak share anologi Inche Hilal dalam ebuku Simfoni Cinta dia. Ayat dia mestilah leboh bombastik kan. Saya tulis ikut apa yang saya ingat dan faham. Asal mesej sampai, kan?

 Pisau ni, kalau saya acu kat awak apa awak rasa?
Terkejut.
Itu je? Tak takut?
Tak
Kenapa?
Sebab saya tahu awak cintakan saya dan saya cintakan awak. Saya yakin awak tak akan apa-apakan saya.
Ha. Sebab itulah jugak saya tak takut, walau apapun yang menimpa, walau bagaikan berada di hujung nyawa. Kerana saya tahu Allah cintakan saya dan saya cintakan Dia. Mana mungkin Dia akan apa-apakan saya?
Walau berada di hujung nyawa? Awak tak takut mati ke?
Kalau mati kan, kita kembali kepada Dia yang kita cinta..




Don't stop believing..
Start Afresh.

Khamis, April 05, 2012

Ah.. tak lama lagi..

Jantungku berdegup kencang. Baru sahaja bermula sejak akhir-akhir ini. Sebelum ini tahap heart rate ku memang tidak memuaskan. Tapi, ini terlalu kencang. Lantas mengira heart rate sendiri. Lebih seratus. Ah. Kira sekali lagi. Masih seratus lebih. Tachycardia. Mulanya ingat biasa2 xde apa.. Apa lagi exam nak dekat. Namun ia semakin menjadi-jadi. Terasa mahu berhentikan sahaja jantung ini. Penat. Restless. Pening. Akhirnya mengalah. Jumpa doktor. Dan hari ni badanku penuh wayar. Bukan masuk hospital, bukan, hanya ECG 24jam. Hari ini juga aku mula sedar daya ingatanku semakin teruk. Mungkin sebenarnya tidak ada apa-apa pun.. Mungkin aku sihat-sihat sahaja. Namun aku terima ini sebagai tanda peringatan bagiku bahawa hidupku bukanlah lama. Tidak lama lagi. Hidup dunia memang sekejap, nak dibandingkan dengan akhirat yang kekal abadi, pastilah sangat beza! Ya, tidak lama lagi, aku akan berjumpa dengan Allah, Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Sudahkah bersedia untuk ke sana? Sudah cukupkah bekalan? Sudah cukupkah amal kebajikan, hak Allah dan hak manusia yang telah ku lakukan, untuk meraih redha Allah, agar kembaliku kepadaNya ku dapat berjumpa denganNya? Sudah kah aku berjihad, berjuang untuk menegakkan syariatNya, pada diri sendiri, keluarga, orang sekelilingku? Sudahkah aku bersabar, redha, berlapang dada dengan segala ujian dunia, yang mana ujian itu cuma, ya hanya cuma untuk meninggikan darjat ku di sisiNya? Allah, hidup ini sukar ya Allah, teramat sukar. Terutamanya bila hambaMu ini jauh dariMu. Bantulah aku mendekatiMu agar ku dapat menghadapinya dengan redha, agarku tidak berasa lemah, jatuh atau berpaling dariMu kerana sukarnya hidup ini. Agar ku tetap kuat, teguh, istiqamah, bermotivasi dan tetap berada di jalan mencari redhaMu. Aku memandang badanku yang penuh wayar. Ya tidak lama. Sikit je lagi. Bergeraklah menuju Tuhanmu untuk mendapat pengakhiran yang baik.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, Mac 27, 2012

Oh, sayangnya Dia!

 
Anda tahu tak?
    Tahu apa?
Ada yang sangat-sangat sayang kat anda.
     Ye ke?                                                                            
Iya. Dia sayang anda lebih daripada segalanya di dunia ini menyayangi anda. Lebih daripada ibu bapa, keluarga, BFF anda. apatah lagi 'buah hati' anda sendiri. 
     Ye ke? Siapa?                                                                   
La, anda tak tahu ke?
Dia tidak pernah terlepas pandang melihat anda.
Dia selalu bagi macam-macam hadiah kepada anda.
Dia sentiasa berada dekat dengan anda.
Dia tahu segala perasaan, keadaan anda.
Dia tahu segala-galanya mengenai anda. 
     Iya? Tak percayalah.
Tak percaya ke?
Banyak surat cinta anda dapat kan? Kenapa tak caya ni?
     Surat cinta? Eh, mana ada.
Ada. Tahu tak siapa ni? 

     Eh, macam bagi quiz pulak. Bagitahu jelah!


 


Dialah Allah. Ar-Rahman, Ar-Rahim. Tuhan Yang Esa Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang Maha Melihat, Maha Mengetahui.
Tidakkah anda membaca surat cinta-Nya? Kitab Al-Quran yang diturunkan buat pedoman kita, manusia, makhluk yang amat dikasihi-Nya?
    Hurm..
Dialah Allah yang telah mengurniakan kita segala nikmat yang kita dapat rasai di muka bumi ini. Yang mencipta bumi ini untuk kemudahan kita, manusia.

 “Dan bumi sesudah itu dihamparkan (untuk kemudahan penduduknya). Dia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuh-tumbuhannya dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi) sebagai pancang pasak yang menetapkannya (semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternakan kamu.” (An-Naziaat 79:30-33) 

Nikmat yang Allah beri kita terlampau banyak, tidak terhitung.

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Al-Nahl 16:18)

Nikmat kasih sayang, nikmat rezeki, dan yang paling penting, nikmat Islam dan nikmat iman yang perlu kita berusaha untuk mendapatkannya. Bayangkan betapa banyaknya nikmat tersebut, udara yang kita hirup, kasih sayang manusia yang dikurniakan Allah yang dapat kita rasai, rezeki kita sehari-hari, baju yang kita pakai, makanan yang kita makan, rumah tempat tinggal kita.. banyak lagilah 

Dialah Allah yang berada sangat dekat dengan kita.

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,(Qaaf 50:16) 

Dialah Allah yang mengetahui segala-galanya tentang kita.
Tidak kira di mana kita berada, di ceruk bumi mana, di kawasan sesunyi mana, Allah sentiasa bersama, melihat kita.

Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.(Al-Hadid 57:4) 

Dialah Allah yang sentiasa berada dekat, tahu segala-galanya mengenai kita, yang sentiasa membalas permintaan kita

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah 2:186) 

 

Kita?
Betapa kasihnya kita kepada Dia yang sangat-sangat menyayangi kita?


Jika ada orang memberi hadiah kepada kita, kita sangat-sangat menghargainya.
Jika ada orang menolong kita semasa kita ditimpa kesusahan, kita akan mengingati pertolongannya.
Jika ada orang yang sentiasa mengambil berat tentang kita, kita akan menyenanginya.
Jika orang yang sama sentiasa memberi hadiah, menolong, mengambil berat, kita akan menyayanginya, bahkan mencintainya.


Kenapa tidak kita mencintai ALLAH yang sentiasa mengurniakan kita bermacam nikmat, menolong kita, yang mengetahui tentang kita, yang memakbulkan permohonan kita? Kenapa tidak kita mencintai Allah?


Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam cintanya kepada Allah. 
(Al-Baqarah 2:165)