Islamic Widget

Rabu, Mac 30, 2011

Ujian

Ujian datang bertimpa-timpa,,
tanpa disuruh, tanpa dipaksa..
Begitulah kitar hidup manusia,,
Tidak pernah sunyi daripadanya,,

namun apa yang membezakan
adalah si dia bernama insan
bagaimana kuat lemah pegangan
dalam menghadapi setiap ujian..

bagi sesetengah
dia lebih tabah
dalam lelah
hadapi mehnah

lagi setengah
hidupnya resah
dia mengalah
lalu rebah

Allah telah berfirman
Kita tak dibebankan dan
mampu lepasi setiap ujian
yang Dia berikan
(2:286)

Allah telah berfirman
kita bersungguh dalam bekerja
untuk menuju kepada-Nya
maka kita akan menemui-Nya
(84:6)

Allah telah berfirman
Dia akan melupakan kita
jika kita melupakan-Nya
tiada yang menolong kita
(45:34)

Maka, tika kita diuji
teguhkanlah hati kita
kerna ada Dia
yang bersama kita

Selasa, Mac 29, 2011

cerita untuk dikongsi

Di suatu masa dahulu, kampung yang indah lagi permai,, penduduknya hidup aman damai..
Tapi tidak tahu mengapa, apa ceritanya, tiba-tiba sebuah pohon yang sangat besar dipuja oleh mereka yang leka dalam kesenangan.

Seorang lelaki yang beriman sangat-sangat marah apabila mengetahui perbuatan penduduk kampung tersebut. Dia perlu lakukan sesuatu, PERLU, perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan. TIDAK. Dia akan cuba membanterasnya. Lalu dia ambil sebilah kapak, dengan penuh keimanan yang tinggi, pergi menuju ke arah pokok tersebut.  Ingin dia hapuskan syirik itu. Ingin dia tebang pokok yang besar itu sehabis daya.

Di pertengahan jalan, lelaki tersebut bertembung dengan seorang lelaki lain. Lelaki ini cuba menghalang lelaki yang beriman tadi untuk pergi menebang pokok tersebut. Oleh kerana lelaki yang beriman itu enggan, maka, mereka pun berlawan. Dan, dengan kuasa yang MAHA KUAT, lelaki yang beriman tadi menang. Tetapi lelaki yang menghalang tadi tidak mahu mengalah. Kali ini dia mengambil pendekatan lain, dia menawarkan harta kepada lelaki yang beriman. Lelaki yang beriman tadi sebenarnya sangat miskin ya kawan2, dan lelaki yang cuba menghalang pula tawar laba yang besar. Tiap pagi satu syiling emas di bawah bantal! Bestkan? Free-free je dapat duit. Lelaki yang beriman pun bersetuju.

Maka, hari-hari selepasnya, seperti yang telah dijanjikan, dapatlah lelaki yang beriman satu syiling setiap pagi. Tak ke gembira? Dari miskin terus jadi kaya! Siapa tidak suka?

Arakian, berlalulah hari-hari baru bagi tersebut, sehinggalah... satu pagi, tidak ada syiling lagi. Tiada. Tiada. TIADA. FUh.. mana dia tak marah. memungkiri janji. Lalu, kali ini lelaki tersebut datanglah lagi, pergi menuju ke pokok pujaan ramai. Dan, macam hari itu juga, perjalanannya dihalang. Lelaki yang sama menghalangnya. Apalagi, bergaduhlah mereka, tetapi kali ini lelaki yang menghalangnya yang menang. Biar berkali-kali berlawan, lelaki yang yang menghalang juga yang menang. 

Lelaki yang menghalang berkata, "Kau sekarang tidak sekali-kali akan dapat menghalangku. Dulu, ya kerna engkau melawanku semata-mata ingin menegakkan agamamu, dan kau mendapat pertolongan-NYA. Kini tidak lagi. Engkau kini datang kerana engkau marah aku tidak lagi menunaikan janjiku. Kini, jadilah kau orang yang kalah"

Ini bukan cerita yang baru ya, kawan-kawan cerita lama dah, sengaja saya nukilkan sekali lagi. 
Fikir-fikirkanlah, adakah selama ini kita berbuat sesuatu kerana Allah atau semata-mata kita marah, mengikut nafsu atau terpengaruh dengan musuh yang nyata yang tidak pernah berhenti untuk mnyesatkan kita dari jalan yang lurus?
Fikir-fikirkanlah, adakah kita meletakkan sesuatu pada tempatnya? Berlaku adil dalam semua perkara(baca: adil yang sebenar-benarnya pada pandangan yang digariskan oleh agama) 
Fikir-fikirkanlah, dalam keadaan yang tenang.

Isnin, Mac 28, 2011

Promote lagi! Promote lagi!


UJIAN PENENTU MARTABAT INSAN

Tamat pengajian 3 tahun di JAD
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya, kesemua 84 orang pelajar Batch 4 Japanese Associate Degree(JAD) berjaya menamatkan tempoh pengajian 3 tahun di Malaysia untuk memperolehi diploma dalam bidang pengajian masing-masing dengan gemilangnya. Dengan masing-masing memperolehi keputusan cemerlang peperiksaan akhir semester 6 pada tanggal 24 Februari 2011 yang lalu, yang membolehkan kesemua pelajar batch 4 JAD menyambung pengajian mereka di Jepun bermula 1 April 2011 nanti, bermakna sudah selesai satu lagi ujian dalam hidup kalian. Syabas dan tahniah penulis ucapkan bagi kesemua  40 orang pelajar yang mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan 44 orang pelajar yang mengambil jurusan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik di atas kejayaan kalian. Penulis pasti, semua pelajar batch 4 sudah tidak sabar-sabar menanti detik 9 Mac 2011, yang bakal menjadi satu lagi detik bersejarah dalam hidup kalian- menerima pengiktirafan tamat pengajian diploma kalian, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) seterusnya berangkat ke bumi sakura Jepun pada 11.35 malam tanggal 19 Mac 2011 bagi kumpulan 1 dan pada pagi tanggal 20 Mac 2011 bagi kumpulan 2. Semoga perjalanan kalian mendapat rahmat dari-Nya. Insya’Allah.
Ujian dunia-Ujian berkala VS Ujian akhirat-Ujian sepanjang hayat
Setiap ujian yang dihadapi oleh setiap daripada kita adalah salah satu bentuk tarbiyah Allah kepada makhluk bergelar manusia. Ujian yang dihadapi pula terbahagi kepada 2, ujian pertama ialah ujian duniawi seperti ujian akhir semester, peperiksaan UPSR,PMR dan SPM, juga ujian memandu kenderaan, manakala ujian kedua ialah ujian akhirat seperti kemewahan, masalah kesihatan, anak-anak, ketakutan, kelaparan dan lain-lain. Alhamdulillah, bagi pelajar JAD batch 4 dan juga junior batch 5, mereka telahpun melepasi satu lagi ujian duniawi dengan cemerlangnya, namun, adakah mereka dan juga kita yang lain mampu untuk melapasi dengan cemerlang ujian akhirat juga? Jika gagal ujian duniawi, kita masih lagi mampu untuk mengulangi semula ujian tersebut ataupun memulakan usaha di bidang yang lain, namun, jika gagal ujian akhirat, tiada jalan pulang selain dihumban ke dalam neraka. Bagaimana pula untuk melepasi ujian akhirat tersebut?
Allah telah berfirman yang bermaksud,
Dan Kami pasti akan menguji kamu(manusia) dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikan khabar gembira bagi orang-orang yang sabar.               ( Al-Baqarah 2:155)
Allah telah berfirman, khabarkanlah berita gembira bagi setiap hamba-Nya yang bersabar. Maknanya, dengan bersabar menghadapi setiap ujian tersebut, Allah menjanjikan syurga yang kekal abadi kepada hamba-Nya. Sabar merupakan salah satu kunci melepasi ujian akhirat Allah. Nampak seperti mudah bukan untuk mendapat syurga Allah, dengan bersabar sahaja, kita akan diganjari syurga, namun untuk mempraktikkan sifat sabar itu amat sukar sebenarnya. Percaya atau tidak?
5 musuh utama bagi manusia yang mengharapkan keredhaan dan syurga Allah
Percaya atau tidak, setiap saat bagi insan yang berusaha mendekatkan diri kepada Pencipta-Nya, kita akan diasak 360 darjah oleh seteru utama iman manusia? Siapa pula 5 sekawan ini? 5 seteru utama iman manusia ialah syaitan, nafsu, golongan kafir, golongan munafik, dan golongan Islam yang hasad.
Syaitan memang telah berikrar kepada Allah Azza Wa Jalla, untuk menyesatkan setiap anak Adam A.S. setiap saat selagi nyawa dikandung badan. Golongan kafir pula takkan pernah merestui usaha kita untuk mendekatkan diri kepada Pencipta kita sehingga kita mengikuti mereka sesat bersama-sama. Golongan munafik takkan pernah suka melihat kejayaan umat Islam yang seagama dengan mereka. Begitu juga dengan golongan Islam yang hasad, mereka juga tidak pernah senang dengan kejayaan yang saudara seagamanya perolehi. Nafsu pula akan sentiasa mendorong kita untuk mengingkari setiap perintah-Nya. Setiap saat dan detik, 5 sekawan ini akan berusaha menjauhkan kita dari pencipta kita. Mereka akan lebih kuat jika kita sendiri merelakan mereka ‘merosakkan’ kita.
Bagaimana persediaan kita menghadapi kedua-dua jenis ujian dan juga konco-konco syaitan itu?
Kita tidak akan mampu untuk menghadapi setiap ujian daripada Allah sendirian, di tambah pula dengan godaan dan halangan yang ditimbulkan oleh 5 sekawan itu. Mohonlah pertolongan daripada Allah, Pencipta kita yang pasti tahu setiap jawapan bagi setiap ujian tersebut kerana ujian itu datang daripada-Nya.
Allah berfirman yang bermaksud,
Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang bersabar. (Al-Baqarah 2:152-153)
Sekali lagi Allah berseru, Dia akan mengingati hambanya ynag ingat kepada-Nya dan Dia akan bersama-sama mereka yang bersabar. Namun, sekali lagi saya ingatkan, bukan mudah untuk mempraktikan sifat sabar tersebut dalam diri kita. Tapi itu bukanlah suatu yang mustahil.
Allah suruh kita bermakna Allah sayang kita
Allah suruh kita bersabar atas setiap dugaan dari-Nya agar nanti Dia akan mengurniakan syurga kepada kita. Allah suruh kita melaksanakan setiap perintah dari-Nya dan meninggalkan setiap larangan-Nya juga agar kita tidak dihumban ke dalam neraka-Nya di akhirat kelak. Tidak cukupkah itu sebagai tanda Allah sayang kepada kita?? Adakah kita masih ragu-ragu atas setiap yang Dia sudah janjikan?? Ramai di antara kita yang tidak melaksanakan ‘amar makruf, nahi munkar’ kerana bimbang apa kata orang lain. Tetapi, kita selalu lupa apa pula kata Dia. Saya mengingatkan diri sendiri yang selalu lupa ini, dan menyeru ikhwan dan akhwat sekalian, biarkan sahaja apa-apa yang manusia ingin katakan, tapi ingatlah apa-apa yang Allah akan katakan. Laksanakan ‘amar makruf, nahi mungkar’ agar kita sama-sama memperolehi keredhaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya di akhirat kelak.
Siapakah yang berani jamin masih ada esok untuk kita untuk mempersiapkan diri kita menghadapi ujian akhirat? Siapakah yang berani jamin masih ada esok untuk kita beramal kepada-Nya?? Siapakah yang berani jamin, kita masih lagi mampu menghirup udara-Nya esok hari??
Untuk lulus peperiksaan akhirat itu mudah, namun masih ramai yang tidak bersungguh-sungguh untuk lulus peperiksaan tersebut kerana mengejar keseronokkan dunia yang sementara ini. Sesungguhnya, ujian akhirat tersebut adalah penentu ketinggian martabat insan di sisi pencipta-Nya.