Islamic Widget

Ahad, September 04, 2011

Homesick :P

Salam Aidilfiri Semua



dlm dingin subuh
hatiku terusik
kenang nasib diri di rantauan
bergema takbir raya
menitis air mata
terbayang suasana damai syurga

rindu hati ini inginku kembali
kepada Tuhan yang Maha Esa
Tetapi aku harus terus mencari rahmat-Nya
membela nasib diri di sana

Hanya ku panjatkan doa dan amal tulus ikhlas
dari jauh ku pohonkan ampun maaf
jangan di sana nanti x dapat aku bersama
dengan para hambaMu yang mulia

Redha Allah jua ku harap selalu
hingga aku pulang kepadaMu

edited: 10:58 3 Syawal 1432
Daku homesick ingin pulang ke syurga-Mu, ya Allah. Izinkanlah 

Ahad, Julai 31, 2011

Skytrek!!! Meh ambil pengajaran


Alhamdulillah, Selasa lepas berpeluang berjalan di 'trek langit'. Lokasinya, Taman Pertanian Bukit Cahaya atau lebih dikenali dengan Bukit Cherakah. Ok, skema. Tak perlu cakap panjang-panjang, meh baca.  


=Mula-mula nak pergi ada yang rasa sangat seronok, ada juga yang takut, ada yang pergi setelah dipujuk= 
=Apapun, dah sampai tetap sampai. Pergi jelah=
Hehe.. sejak bila ada choice kan kehidupan kita ni? Hendak atau tidak, ia perlu diteruskan. Juga, jalan dakwah ini, hendak atau tidak perlu kita teruskan juga.

Imej
=Sampai je tengok ‘perhentian’ tinggi giler. Paling tinggi 22m. Oppss.. erm,, takpe lah, nak balik boleh?=
Rupa-rupanya ‘gunung’ yang tinggi menanti untuk ditawan. Aish, start pun belum dah mengalah?
=masa orang tu ‘briefing’, punyalah beria nak dengar dan tengok. Bergerak, tukar posisi, cari sudut yang terbaik. Takut kottt… =
Ada tak yang berani kata dia takde la beria sangat nak dengar briefing tu. Ada? Takde kan? Dah la tak pernah buat, first time. Kenapa? Sebab kita tahu atas tu bahaya. Kita boleh mati kalau jatuh, oh radikal Kita boleh jatuh, tercedera. Apa lagi kita tidak tahu apa-apa mengenainya. Jadi, rujuklah orang yang berilmu dalam bidang tersebut.
=Paling penting. Dua benda ni=
ImejMasih ingat benda ni kawan-kawan? Ingat tak orang yang briefing tu kata, keselamatan kita bergantung pada dua benda ni (lupa la nama dia, sorry =.=''). Salah satu kena sentiasa dekat tali. Benda ni lah yang akan menghubungkan kita dengan tali. Uhuh. Agak-agak ada tak yang berani-berani tak ikut arahan masa nun tinggi  atas platform? Ada?


Hehe. Masa tengah berada di satu platform yang sangat tinggi dan sangat kecil (ala yang masa awal-awal tu) sementara menunggu orang di hadapan, ada juga saya terfikir,


"Agak-agak la kan, kalau lepaskan dua benda ni pastu jatuh apa akan jadi?" Sambil-sambil acah-acah sebelah kaki, "Agak-agak la kan kalau dua benda ni, atau at least macam orang tu kata satu mesti dekat tali pastu kita jatuh apa akan jadi?"   


Dapat tak point saya? Dapat tak?
Okay,, semua budak pandai, tahniah :P


Sama la macam perjalanan hidup kita ni. Ada dua perkara yang akan menghubungkan kita dengan Allah. Ada dua perkara yang jika kita berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kita tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan As-Sunnah. Jika kedua-dua perkara ini masih berada dekat tali, n then kita terjatuh, Insya-Allah kita boleh naik semula. Kita selamat. kita tidak apa-apa. TETAPI jika kedua-duanya kita lepaskan n then kita jatuh, kita akan............ gedebuk! 


Heheh, takut tak? takut tak? Sepatutnya seperti mana kita takut jatuh sepanjang trek langit tersebut, seperti itulah kita takut jatuh sepanjang perjalanan kehidupan kita. Seharusnya seperti mana kita sentiasa menghubungkan dua benda itu dengan tali, sungguh-sungguh merasakan pergantungan kita, seperti itulah kita perlu sentiasa merasa dengan sangat yakin dengan 2 perkara yang ditinggalkan Rasulullah, sentiasa berpegang teguh kepada kedua-duanya, juga merasai pergantungan kita kepada ALLAH. 

Pegang baik-baik tau. Nanti naya, tak tahu. 
=Cabaran begitu banyak. Ada juga yang sama macam flying fox tapi panjang berbeza=
Perjalanan kehidupan kita memang begitu kan? kadang-kadang kita asyik je berhadapan dengan perkara yang sama. Kadang-kadang kita menghadapi perkara yang berbeza-beza. Ingatlah, Allah sangat-sangatlah sayang kat kita. Allah hanya beri ujian yang mampu kita atasi. Bila kita tak mampu atasi ujian tu, Dia akan uji berkali-kali sehingga kita mampu atasi. (So, nampak sangat sebenarnya kita mampu je atasi). 


=Masa dalam perjalanan tu ada je orang yang mengingatkan kita bila kita tersalah. Ada je orang yang berjaga di platform=
=Route jalan bukan satu. ada je simpang tapi bertulis 'Jangan...' =
Eheh, waktu ni dengan bijaksananya kita mengambil jalan yang betul. Tidak pula kita ambil jalan yang bertanda itu. Juga, kita dengan baiknya dengar orang yang menegur kesilapan dan kesalahan kita. 
=Perjalanan yang pada mulanya sangat sukar bagi kita, akhirnya sudah tidak sesukar mulanya. Perasaan takut berganti gembira apabila halangan dapat dilepasi satu persatu=
Masih ingat betapa takutnya kita mula-mula tu? Tangga yang tinggi sangat2 tu ingat lagi tak? Agak-agak penat tak nak naik? Penat tak? Gayat tak? Takut tak? Masa rasa penat, gayat, takut tu, ada tak rasa-rasa nak give up, surrender? Aa? Ada? Eh, eh, tapi takde pun orang turun/jatuh? Semua menggagahkan diri untuk teruskan perjuangan sebuah perjalanan kan? kan? *sengih* Kemudian bila dah lama-lama sikit, bila dah beberapa dugaan dan cabaran dapat kita atasi dengan jayanya, perasaan yang tah apa-apa tah kita tu (banyak sangat) hilang. luntur. Kita dah boleh lihat sekitar. Mula amati alam yang sungguh indah. Sempat tangkap-tangkap gambar. Tadabur alam. Ada masa terluang untuk berfikir dan mengambil ibrah daripada perjalanan trek langit ini. Dan akhirnya, kita enjOyy (takkan at least takde perasaan suka dalam hati korang kan) buat perkara ini. Di flying fox yang akhir, kita boleh tersenyum dan melambai-lambai orang yang menunggu kita di bawah.


Hah cepat relate dengan kehidupan, cepat. 
*SENYUM*
*PEACE*
=Alhamdulillah kita sudah sampai ke destinasi=
Moga-moga kita benar-benar sampai ke destinasi hakiki kita nanti. Insya-Allah




*Serius dapat banyak ibrah daripada skytrek ni. Pergi lagi jom ^_____^*



Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.(Khutbah terakhir Rasulullah)
<<<Perjalanan skytrek lagi sekejap berbanding perjalanan tulis ibrah skytrek>>>
<<<semua gambar ambil dari laman web taman pertanian bukit cahaya>>>

Burung Hantu

„Oho, malam ni ada aktiviti burung hantu.”

“Oh, eh? Apa yang menarik sangat dengan burung hantu?”

Ada apa dengan burung hantu? Sekadar menguji alias membina keberanian? Dalam masa yang sama menguji ketahanan?

Tah. Saya secuba-cubanya cari ibrah dari mukhayyam yang satu ini, tapi hati ini tidak merasa serasa masa skytrex 2-3 hari lepas. Makanya saya pulang dengan tangan kosong? Hrmm…

Maghrib tadi, semasa membaca Dasar-Dasar Islam oleh Al-Maududi,
“Perumpamaan orang yang sama sekali tidak tahu perbezaan antara Islam dan kufr serta perbezaan Islam dan syirik adalah ibarat seseorang yang berjalan pada sebuah jalur jalan yang gelap. Mungkin sekali, ketika ia sedang mengikuti sebuah jalur yang lurus, langkahnya menyeleweng ke arah yang lain dan ia tidak sedar bahwa ia telah menyeleweng dari arah yang lurus yang harus ditempuhnya. Dan mungkin sekali, di tengah jalan ia akan menemui dengan seorang dajjal yang akan mengatakan kepadanya, “Hai Nak! Kamu telah tersesat dalam kegelapan. Mari, kupimpin engkau pada tujuanmu.” Pejalan yang malang itu, kerana gelap tidak bisa melihat dengan matanya sendiri mana arah yang lurus. Kerana itu, tanpa curiga apa-apa, ia akan segera menyambar tangan si dajjal dan terus berpegang kepadanya, dan si dajjal akan membawanya ke jalan yang sesat.”
Ahah. Mungkin inilah ibrah yang sepatutnya diterima. Di malam yang gelap tanpa cahaya bulan menerangi. Tiada juga lampu jalan dan lampu suluh. Di jalan yang berliku-liku, banyak cabang dan rintangan. Dalam hutan yang gelap, hanya Allah sahaja mengetahui. Hanya ada tali rafia yang terikat di pepohon, juga sahabat-sahabat dalam kumpulan(dalam kes saya).

Tanpa ada penunjuk arah, tanpa tali raffia, tanpa lampu, mungkin sahaja kita tersasar dari jalan yang kita lalui. Bahkan tanpa kita sedar pun. Jika kita sedar, tanpa petunjuk, mampukah kita kembali ke jalan yang lurus semula? Mampu? Tidak? Dengan izin Allah, kita mungkin mampu, tetapi dalam keadaan yang sangat payah kerana berjalan tiada petunjuk. Apatah lagi dalam hutan yang gelap itu, kita bukan sahaja mungkin tersesat jalan, malah mungkin terjatuh. Itu tidak dikira dengan ancaman lain di hutan. Siapa mungkin menjamin keselamatan kita pada waktu ini?   

Juga, adakah sesiapa yang berani dan memandai-mandai tidak mengikut tali rafia yang telah diikat untuk memimpin kita pada jalan yang lurus? Ada?
"Bahaya ini mungkin sekali akan menimpa pejalan tersebut kerana ia tidak memiliki obor apapun dan kerananya ia tidak dapat melihat rambu-rambu sepanjang jalan yang ditempuhnya. Apabila ia mempunyai obor, tentulah ia tidak akan tersesat atau disesatkan oleh orang lain. Dari contoh ini anda bisa memahami bahawa, bahaya terbesar bagi seorang muslim adalah ketidak tahuannya sendiri tehadap ajaran Islam... Kerana tidak punya pengetahuan ia pasti akan meraba-raba sepanjang jalan dan akan disesatkan... Tetapi bila ia mempunyai obor pengetahuan, maka ia akan mampu melihat ke jalan Islam yang lurus..."
Tidak. Fitrahnya, kita akan mengikut tali rafia untuk sampai ke destinasi. Samalah seperti hidup kita. Tanpa pedoman, kita yang lahir sebagai muslim, yang pada asalnya berada di jalan yang benar, mungkin akan tersasar tanpa kita sedar, kerana kurangnya pengetahuan kita, kerana degilnya kita untuk mengikut pedoman yang telah diberi. Kita sudah tahu, kita sudah kenal kita sudah yakin dengan pedoman untuk menjalani hidup ini, seperti mana kenal dan yakinnya kita akan tali rafia yang telah diikat untuk keluar dari hutan semasa aktiviti burung hantu ini, tetapi kenapa kita sukar sekali mengikut pedoman hidup kita seperti mana kita mengikut tali rafia tersebut?

Fikir-fikirkanlah