Islamic Widget

Sabtu, Mei 14, 2011

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih diberi nikmat untuk terus bernafas di bumi ini.
Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala-galanya buat kita.
Alhamdulillah.

Sudah tiba bulan Mei
Ada di antara kita yang sedang dan akan menghadapi peperiksaan akhir.
FINAL yang akan menentukan setahun pelajaran kita.
Exam yang penting, dan tempoh ini dikira sangat genting.
Maka, waktu inilah banyak ujian datang bertandang.
Waktu inilah kita rasa amat teruji.
Perkara yang kita boleh bertoleransi selama ini,
mungkin pada waktu inilah kita kata kesabaran kita sudah sampai kemuncaknya.
Amalan harian kita, ada yang kita tinggalkan kerana rasa exam ini begitu penting.
Kuman juga boleh jadi gajah.
Emosi kita pada waktu ini benar-benar mudah terganggu.
Dan bolehlah saya katakan iman kita juga mudah tergugat.
Sungguh, Final bukan sahaja exam pelajaran kita, juga exam iman kita!

Di kala ini, melihat jadual exam yang sangat padat, otak kita tiba-tiba blank.
Melihat subjek yang sukar dekat-dekat, dada kita rasa sesak.
Tambah lagi dengan perkara-perkara yang tidak diingini dan tidak dijangka berlaku,
ah, sudah
habis, habis, habis!
Sakit kepala memikirkannya!

Sukar, sukar, sukar..
Susah, susah, susah..
Payah, payah, payah..

Nanti!
Sekejap, sekejap,,
Kenapa segala ini masih berlaku?
Kenapa masih wujud perasaan-perasaan, fkiran-fikiran ini?
Walhal kita sudah sedia maklum bahawa ujian dan kehidupan tidak pernah berpisah.
Walhal kita, sebagai orang yang beriman memahami bahawa Allah akan menguji kita, untuk melihat tahap keimanan kita.
Kita juga tahu bukan, Allah akan menguji kita kepada perkara yang amat dekat dengan kita?
Dan Allah juga mengingatkan kita bahawa pertolongan-Nya amat dekat?
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-'Ankabuut 29:2) 
...Ketahuilah sesungguhnyapertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah 2:214)  
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya....(Al-Baqarah 2:286) 
Kita juga tahu bahawa Allah tidak akan menguji kita dengan apa yang kita tidak mampu hadapi?
Jadi kenapa kita berasa lemah?
Kenapa terlalu risau?
Tidak yakinkah?
Kenapa adanya ketidak yakinan kepada diri kita?
Kenapa rasa gundah gundala?

Walhal ujian itu satu lumrah.
Walhal Allah yakin akan kita.
Walhal Allah kata pertolongan-Nya dekat.

Yakinlah. Yakinlah. Yakinlah.

Sekarang bukan masa untuk berasa lemah dan risau.
Sekarang adalah masa untuk berusaha dan bertindak.

Yakinlah. Yakinlah. Yakinlah.

Allah tidak menjadikan sesuatu sia-sia.
Segala yang terjadi ada hikmahnya.
Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Yakinlah. Yakinlah, Yakinlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan