Islamic Widget

Ahad, Jun 10, 2012

Tram oh tram



Di Poland nan indah ni, ada 3 jenis pengangkutan awam. Metro, Tram dan bas. Metro hanya untuk bandar besar. Untuk penduduk kota macam saya ni, ada tram dan bas. Tapi bas lebih kepada penduduk luar kota. 
tram: lama & baru
Yang bestnya kat sini, setiap stop, sekurang-kurangnya ada 2 tram yang lalu stop tu. dan frekuensi tram adalah 10-30minit mengikut masa dan hari. Stop rumah saya ada 7 tram dan 2 bas. Bayangkan, pada waktu pagi hari bekerja, sebuah tram lalu stesen dekat rumah saya setiap 1-2minit.. Itu tak kira stesen pertukaran laluan bas dengan tram. Mahu berbelas-belas tram dan bas lalu! Oh, bila tanah airku dapat system pengangkutan awam yang bagus macam ni.

Bagi pelajar,kami dapat  diskaun 50% untuk tiket pengangkutan ni, menjadikan harga tiket lebih murah daripada tanah air sendiri. Dan tidak perlu pakai baju sekolah untuk dapat diskaun! Satu kota, semua tram dan bas bawah syarikat yang sama. Tak perlula beli tiket Metrobus lain, tiket lrt lain, tiket ktm lain, tiket rapidkl lain.. Bayangkan anda boleh turun naik tram atau bas, untuk satu jam hanya bayar  rm2. Jangan compare dengan KL-Selangor  yang jem tuh.. Jauh kot anda boleh pergi dalam 1 jam! Apa lagi tram tak terikat dengan jem nih.

Sehinggakan, sebulan saya hanya menggunakan dalam 10-15rm untuk pengangkutan awam di sini. Kad untuk unlimited travel in one month pun 30rm je. Banding dengan Malaysia.. 50rm dalam kad TnG tu mengalir laju je..

Benda ni, kat metro je ada
Satu yang menarik dekat Poland ni. Service provider percaya kepada consumer.(Bolehlah kira begitu kan) Tak seperti metro yang mana kita wajib lalu laluan untuk validate tiket kita, tram dan bas tiada laluan tu. Tiada hanya satu pintu masuk macam Rapid KL, atau konduktor bas macam Metrobus. Anda naik tram, menjadi tanggungjawab anda untuk beli & validate tiket. Selalu ada mesin tiket dekat stesen atau dalam tram. Kadang-kadang adalah orang yang akan cek tiket. Kadang-kadang je. Tapi awas! Tiada tiket=100rm denda!

Dan kerana itulah berlaku situasi sebegini

Situasi satu
A: Berapa lama aa baru sampai?
Please validate the right ticket!
B: 17 minit kot.
A: Oh ok.
B: Meh sini tiket kau, aku nak validatekan
A: Eh, buat ape nak validate awal-awal. Tunggu lagi 2 minit, pastu kita validate tiket 15minit tu.

Situasi dua.
B: Kau ada tiket tak nih?
A: Tak
B: La, kenapa tak beli masa tunggu tadi? Meh aku belikan sekali tiket tu.
A: Tak payahlah beli, tengah-tengah malam macam ni mane ade orang nak check pun.

Situasi 3:
B: Eh, baik pulak kau beli tiket sekarang ni.
A:Hari tu kena denda 100rm sebab tak ade tiket. Sejak tu dah tak pernah tak beli.

Situasi-situasi ni kisah benar ya kawan-kawan. Saya dulu pun pernah jadi si A dalam situasi 1&2 ni. Astargfirullah.

First thing first. Kenapa ya kita perlu bayar bila naik pengangkutan awam ni?
Sila cari sebab yang kukuh kenapa anda beli tiket untuk naik tren. Metro. Teksi. Bas. Tram.
Kenapa? 
Soalannya senang. Jawapan pun senang.
Hakikatnya, kita sedang melakukan jual beli semasa kita naik pengangkutan awam tu.Ya, kita membeli servis dia untuk ke destinasi kita. Sebagai seorang yang mengaku muslim, pastilah kita nak ikut ajaran kita dalam situasi jual beli kan? ^^ 

Jadi,
Apa yang salahnya pada situasi 1? 
Ada yang akan kata, alah 2 minit je pun.
Dan saya akan kata, Alah 40sen je pun beza tiket tu.

 Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang, (yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi. 

(QS. Al-Muthaffifin: 1-3)


Kita minta tram tu hantar kita sehingga kita sampai 17 minit destinasi kita tu, dan tram tu penuhi permintaan kita, tapi kita tidak mahu penuhi hak tiket tram tu yang harganya lebih 40sen. Bukankah kita di sini curang? Mengurangi hak? Mengurangi timbangan?
Mentang-mentanglah tram tu tak boleh nak mengamuk kalau kita tak bayar penuh, kita rilek je. Walhal, di sinilah kita diuji.
Saya bertanya, adakah kerana 40sen tu, yang mana hanya ~0.02% biasiswa saya, saya sanggup gadaikan dan menerima balasan dosa di akhirat nanti? Astagfirullah ‘Azim. Dosa saya sudah cukup banyak, tak perlulah tambah lagi. Lebih baik saya jalan je 2 minit yang saya kedekut tu!

Apa yang salahnya situasi 2 dan 3?


Salahnya, kerana tidak jujur dalam jual beli. Dan yang lebih salahnya, kerana kita takut BUKAN kepada Allah yang MAHA MENGETAHUI, MAHA MELIHAT, tapi kita takut dengan pakcik yang cek tiket tu, kita takut kena denda. 100 tu! 100 kali ganda harga tiket. (ni kira balasan dah la ni) 
Hanya beli tiket waktu siang bila masa pak cik tu mungkin akan cek. Hanya beli kerana takut kena denda lagi sekali. Takut kepada perkara yang MUNGKIN, walhal Allah yang MEMANG tahu apa kita buat kita tak takut pula. Allah yang memang tahu. Allah yang sentiasa cek kita setiap masa, tak kira pagi ke petang. Tak pernah lalai, tak pernah tidur. Tak takut pula kita?Astargfirullah ‘al-Azim.

Di sinilah saya kata saya diuji, kita diuji. 

Mungkin ada akan kata, ini isu kecik je pun. Ya, mungkin ini isu kecil. Tapi kita tidak tahu apa pandangan Allah pada isu kecil ini. Dan, jika isu sekecil ini pun kita tidak jujur, bagaimana pada isu yang lebih besar?
Apa lagi, kita hidup mencari redha Allah. Dan redha Allah yang di cari itu, bukan pada perkara-perkara besar saja. Kita mencari redha Allah pada setiap perkara yang kita lakukan, tidak kira kecil atau besar. Sebab semuanya akan ditimbang kira nanti.

Orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan