Islamic Widget

Sabtu, Mei 21, 2011

Filem wajib tonton

Assalamualaikum warahmatullah.
Hari ini saya berkesempatan menonton sebuah filem.
Ya, sebuah filem.
Seorang senior menyarankan untuk menontonnya.
Sudah lama, namun baru hari ini saya tergerak hati untuk membuka pautan tersebut.
Bak kata seorang sahabat, video yang disarankan oleh seseorang untuk ditonton, adalah video yang terbaik yang dia lihat pada hari itu.
Amat menarik.
Filem ini mengisahkan PERJUANGAN seorang PEMUDA.
Selamat menonton.

Sudah selesai? Jadi apa pengajarannya buat kita?
Dia pemuda. Kita juga pemuda.
Dia menerima pendidikan. Kita juga menerima pendidikan.
Senarionya sama. 
Dia berdepan dengan generasi yang memberatkan agama, 
juga generasi yang islam hanya atas dasar keturunan.
Dia memerhati, mengamati, masalah umat.
Dan dia bertindak. Kita?
Berapa kali dia di pandang serong kerana perjuangannya?
Berapa kali dia rasa lemah, sehingga tidak pasti akan perjuangannya sendiri?
Masjidnya diroboh.
Dia digelar kafir.
Dihina, dipulau.
Bahkan ahli keluarganya sendiri tidak menyenangi tindakannya.
Anak muridnya sendiri ragu-ragu akan hala tujunya.
dan pelbagai lagi.

Kita?
Apa yang kita telah lakukan untuk menegakkan yang haq?
Apa yang telah kita laksanakan untuk amar ma'ruf nahi mungkar?
Ada? Walaupun sedikit?

Situasinya lebih kurang sama.
Umurnya lebih kurang sama.
Kita tak cukup luar biasakah untuk membawa arus perubahan?


Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? (2) Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan. (3) (As-Saff)

Selasa, Mei 17, 2011

Set your priorities right!

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati [amanah] Allah dan Rasul [Muhammad] dan [juga] janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar. Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan [kemampuan untuk membezakan haq dan batil]  dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni [dosa-dosa] mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar. (8:27-29)
Sudah sampai masanya. Peperiksaan akhir. Tiada masa lagi untuk disia-siakan.
Bahu ini sudah cukup terbeban dengan amanah hamba dan khalifah yang telah diberi oleh Allah.
Amanah yang diberi oleh manusia juga tidak boleh alpa.
Final. Tidak lama lagi.
Sebagaimana Allah telah menyuruh supaya tidak mengkhianati Dia dan rasul-Nya, amanah juga perlu dijaga.
Amanah untuk belajar perubatan oleh penaja perlu dijaga, dan peperiksaan ini penting untuk menjaga amanah tersebut.
Dan harta yang telah diberi Allah adalah satu ujian dalam menjaga amanah tersebut.
Bila ingat harta, ingat shopping, internet, komputer, telefon bimbit dsb.
Berengganglah, jika merasakan semua harta tersebut boleh melalaikan.
Bertaqwalah, berhati-hatilah dalam menjaga suruhan dan larangan Allah, nescaya dapat membezakan antara yang haq dan yang batil serta dosa diampunkan.
Sukar? Susah? kerana itu Allah menyeru mereka yang yakin akan Dia. kerana itu Dia mengingatkan kita bahawa pahala dan kurnia yang besar milik-Nya.



Selamat menghadapi peperiksaan akhir. Moga Allah mempermudahkan segalanya buat kita. Moga Allah mudahkan kita menghadapi segalanya.

Sabtu, Mei 14, 2011

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih diberi nikmat untuk terus bernafas di bumi ini.
Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala-galanya buat kita.
Alhamdulillah.

Sudah tiba bulan Mei
Ada di antara kita yang sedang dan akan menghadapi peperiksaan akhir.
FINAL yang akan menentukan setahun pelajaran kita.
Exam yang penting, dan tempoh ini dikira sangat genting.
Maka, waktu inilah banyak ujian datang bertandang.
Waktu inilah kita rasa amat teruji.
Perkara yang kita boleh bertoleransi selama ini,
mungkin pada waktu inilah kita kata kesabaran kita sudah sampai kemuncaknya.
Amalan harian kita, ada yang kita tinggalkan kerana rasa exam ini begitu penting.
Kuman juga boleh jadi gajah.
Emosi kita pada waktu ini benar-benar mudah terganggu.
Dan bolehlah saya katakan iman kita juga mudah tergugat.
Sungguh, Final bukan sahaja exam pelajaran kita, juga exam iman kita!

Di kala ini, melihat jadual exam yang sangat padat, otak kita tiba-tiba blank.
Melihat subjek yang sukar dekat-dekat, dada kita rasa sesak.
Tambah lagi dengan perkara-perkara yang tidak diingini dan tidak dijangka berlaku,
ah, sudah
habis, habis, habis!
Sakit kepala memikirkannya!

Sukar, sukar, sukar..
Susah, susah, susah..
Payah, payah, payah..

Nanti!
Sekejap, sekejap,,
Kenapa segala ini masih berlaku?
Kenapa masih wujud perasaan-perasaan, fkiran-fikiran ini?
Walhal kita sudah sedia maklum bahawa ujian dan kehidupan tidak pernah berpisah.
Walhal kita, sebagai orang yang beriman memahami bahawa Allah akan menguji kita, untuk melihat tahap keimanan kita.
Kita juga tahu bukan, Allah akan menguji kita kepada perkara yang amat dekat dengan kita?
Dan Allah juga mengingatkan kita bahawa pertolongan-Nya amat dekat?
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-'Ankabuut 29:2) 
...Ketahuilah sesungguhnyapertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah 2:214)  
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya....(Al-Baqarah 2:286) 
Kita juga tahu bahawa Allah tidak akan menguji kita dengan apa yang kita tidak mampu hadapi?
Jadi kenapa kita berasa lemah?
Kenapa terlalu risau?
Tidak yakinkah?
Kenapa adanya ketidak yakinan kepada diri kita?
Kenapa rasa gundah gundala?

Walhal ujian itu satu lumrah.
Walhal Allah yakin akan kita.
Walhal Allah kata pertolongan-Nya dekat.

Yakinlah. Yakinlah. Yakinlah.

Sekarang bukan masa untuk berasa lemah dan risau.
Sekarang adalah masa untuk berusaha dan bertindak.

Yakinlah. Yakinlah. Yakinlah.

Allah tidak menjadikan sesuatu sia-sia.
Segala yang terjadi ada hikmahnya.
Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Yakinlah. Yakinlah, Yakinlah.