“ Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku. Kuhulurkan tangan untuk berkenalan kerana aku rasa senang, makin ramai sahabat aku semakin percaya diri.aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka. Jika kutemui, aku akan setia padanya…-Imam Syafie.
Islamic Widget
Selasa, Jun 12, 2012
Ahad, Jun 10, 2012
Tram oh tram
Di Poland nan indah ni, ada 3 jenis pengangkutan awam. Metro, Tram dan bas. Metro
hanya untuk bandar besar. Untuk penduduk kota macam saya ni, ada tram dan bas. Tapi
bas lebih kepada penduduk luar kota.
| tram: lama & baru |
Yang bestnya kat sini, setiap stop, sekurang-kurangnya ada 2 tram yang lalu
stop tu. dan frekuensi tram adalah 10-30minit mengikut masa dan hari. Stop
rumah saya ada 7 tram dan 2 bas. Bayangkan, pada waktu pagi hari bekerja,
sebuah tram lalu stesen dekat rumah saya setiap 1-2minit.. Itu tak kira
stesen pertukaran laluan bas dengan tram. Mahu berbelas-belas tram dan bas
lalu! Oh, bila tanah airku dapat system pengangkutan awam yang bagus macam ni.
Bagi pelajar,kami dapat diskaun 50% untuk tiket pengangkutan ni,
menjadikan harga tiket lebih murah daripada tanah air sendiri. Dan tidak perlu
pakai baju sekolah untuk dapat diskaun! Satu kota, semua tram dan bas bawah syarikat yang sama. Tak perlula
beli tiket Metrobus lain, tiket lrt lain, tiket ktm lain, tiket rapidkl lain.. Bayangkan
anda boleh turun naik tram atau bas, untuk satu jam hanya bayar rm2. Jangan compare dengan KL-Selangor yang jem tuh.. Jauh kot anda boleh pergi dalam
1 jam! Apa lagi tram tak terikat dengan jem nih.
Sehinggakan, sebulan saya hanya menggunakan dalam 10-15rm untuk
pengangkutan awam di sini. Kad untuk unlimited travel in one month pun 30rm je.
Banding dengan Malaysia.. 50rm dalam kad TnG tu mengalir laju je..
| Benda ni, kat metro je ada |
Satu yang menarik dekat Poland ni. Service provider percaya kepada consumer.(Bolehlah kira begitu kan) Tak
seperti metro yang mana kita wajib lalu laluan untuk validate tiket kita, tram
dan bas tiada laluan tu. Tiada hanya
satu pintu masuk macam Rapid KL, atau konduktor bas macam Metrobus. Anda
naik tram, menjadi tanggungjawab anda untuk beli & validate tiket. Selalu ada
mesin tiket dekat stesen atau dalam tram. Kadang-kadang adalah orang yang akan
cek tiket. Kadang-kadang je. Tapi awas! Tiada tiket=100rm denda!
Dan kerana itulah
berlaku situasi sebegini
Situasi satu
A: Berapa lama aa baru sampai?
![]() |
| Please validate the right ticket! |
B: 17 minit kot.
A: Oh ok.
B: Meh sini tiket kau, aku nak validatekan
A: Eh, buat ape nak validate awal-awal. Tunggu lagi 2 minit, pastu kita validate tiket 15minit tu.
Situasi dua.
B: Kau ada tiket tak nih?
A: Tak
B: La, kenapa tak beli masa tunggu tadi? Meh aku belikan sekali tiket tu.
A: Tak payahlah beli, tengah-tengah malam macam ni mane ade orang nak check pun.
Situasi 3:
B: Eh, baik pulak
kau beli tiket sekarang ni.
A:Hari tu kena
denda 100rm sebab tak ade tiket. Sejak tu dah tak pernah tak beli.
Situasi-situasi
ni kisah benar ya kawan-kawan. Saya dulu pun pernah jadi si A dalam situasi
1&2 ni. Astargfirullah.
First thing first. Kenapa ya kita perlu bayar bila naik
pengangkutan awam ni?
Sila cari sebab yang kukuh kenapa anda beli tiket untuk naik
tren. Metro. Teksi. Bas. Tram.
Kenapa?
Soalannya
senang. Jawapan pun senang.
Hakikatnya, kita
sedang melakukan jual beli semasa kita naik pengangkutan awam tu.Ya, kita
membeli servis dia untuk ke destinasi kita. Sebagai seorang yang mengaku muslim, pastilah kita nak ikut ajaran kita dalam situasi jual beli kan? ^^
Jadi,
Apa yang salahnya
pada situasi 1?
Ada yang akan kata, alah 2 minit je pun.
Dan saya akan kata, Alah 40sen je pun beza tiket tu.
Dan saya akan kata, Alah 40sen je pun beza tiket tu.
Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang, (yaitu) orang-orang yang
apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila
mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi.
(QS. Al-Muthaffifin: 1-3)
Kita minta tram tu hantar kita sehingga kita sampai 17 minit
destinasi kita tu, dan tram tu penuhi permintaan kita, tapi kita tidak mahu
penuhi hak tiket tram tu yang harganya lebih 40sen. Bukankah kita di sini curang?
Mengurangi hak? Mengurangi timbangan?
Mentang-mentanglah tram tu tak boleh nak mengamuk kalau kita tak bayar penuh, kita rilek je. Walhal, di sinilah kita diuji.
Mentang-mentanglah tram tu tak boleh nak mengamuk kalau kita tak bayar penuh, kita rilek je. Walhal, di sinilah kita diuji.
Saya bertanya, adakah kerana 40sen tu, yang mana
hanya ~0.02% biasiswa saya, saya sanggup gadaikan dan menerima balasan dosa di
akhirat nanti? Astagfirullah ‘Azim. Dosa saya sudah cukup banyak, tak perlulah
tambah lagi. Lebih baik saya jalan je 2 minit yang saya kedekut tu!
Apa yang salahnya situasi 2 dan 3?
Salahnya, kerana tidak jujur dalam jual beli. Dan yang lebih salahnya, kerana kita takut BUKAN kepada Allah yang MAHA MENGETAHUI, MAHA MELIHAT, tapi kita takut dengan pakcik yang cek tiket tu, kita takut kena denda. 100 tu! 100 kali ganda harga tiket. (ni kira balasan dah la ni)
Hanya beli tiket waktu siang bila masa pak cik tu mungkin akan cek. Hanya beli kerana takut kena denda lagi sekali. Takut kepada perkara yang MUNGKIN, walhal Allah yang MEMANG tahu apa kita buat kita tak takut pula. Allah yang memang tahu. Allah yang sentiasa cek kita setiap masa, tak kira pagi ke petang. Tak pernah lalai, tak pernah tidur. Tak takut pula kita?Astargfirullah ‘al-Azim.
Di sinilah saya kata saya diuji, kita diuji.
Mungkin ada akan
kata, ini isu kecik je pun. Ya, mungkin ini isu kecil. Tapi kita tidak
tahu apa pandangan Allah pada isu kecil ini. Dan, jika isu sekecil ini pun kita
tidak jujur, bagaimana pada isu yang lebih besar?
Apa lagi, kita hidup mencari redha Allah. Dan redha Allah
yang di cari itu, bukan pada perkara-perkara besar saja. Kita mencari redha
Allah pada setiap perkara yang kita lakukan, tidak kira kecil atau besar. Sebab
semuanya akan ditimbang kira nanti.
Orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
Jumaat, Jun 01, 2012
Luruskan semula arah tujumu!
Tazkirah untuk Diri:
Sila jangan terikat dengan dunia, sila taksub akhirat
peringatan utk diri sendiri
yang terlalu terikat dengan dunia..
diri yg amat suka akan dunia
harta, pangkat, pasangan, dsb
jika suka tidak mengapa, itu fitrah manusia
tapi cinta lebih2, sehingga melalaikan?
sehingga melebihi cinta kepada Allah?
astargfirullah :'(
wahai diri,
ketahuilah dan yakinilah
bahawa dunia ini sementara
apa yang ada tidak akan kekal
hatta dirimu sendiri pun hidup sekejap cuma
wahai diri,
simpanlah fanatik kamu terhadap dunia ini
untuk kebaikan kamu sendiri di akhirat
masa-masa yg dihabiskan, usaha yg kamu curahkan
terbazir begitu sahaja.. tiada nilaiannya.
apa yang mahu kamu jawab kepada Allah nanti,
bila ditanya untuk apa masa mudamu dihabiskan?
Tidakkah kamu malu mengatakan;
Aku telah menghabiskan masa mengejar dunia
bekerja mencari kedudukan di mata manusia
memenuhikan tuntutan nafsu yg tidak pernah puas
mahu harta menawan mata
tanah, rumah, gajet terbaik
mahu pakaian, makanan mahal2
mahu jalan2 ke segenap inci dunia,
mahu tonton macam2
mahu main macam2
yang meLALAIkan,
ermm.. bukan untuk-Mu?
Wahai diri,
kau sendiri tahu
kefanatikan kamu terhadap perkara2 duniawi sering kali
menyebabkan hubunganmu dengan Allah menjauh
menyebabkan kamu lalai mengingati-Nya
menyebabkan kamu alpa dalam menurut perintah-Nya
sehingga kamu sendiri mempersoalkan keimanan kamu?
Wahai diri,
jika kamu masih lagi fanatik dengan perkara2 duniawi
ketahuilah, yakinilah dan ingatilah sentiasa
bahawa
di syurga nanti,
kamu akan dapat apa sahaja yang kamu inginkan
HARTA2 paling superb yang tidak terbayang
rumah2 gah,
pakaian2 mahal2,
makanan2 yg sedap2,
tarikan-tarikan JAuuuuuuuuuuuuuuuuuuuUH LEBIH INDAH
APA-APA SAHAJALAH YANG HATI KAMU MAHU
dan kamu dapat habiskan masa
bersama keluarga, sahabat handai kamu
selama mana yang kamu inginkan
syurga tu lebih fantastik, dramatik, menarik tahu?
terlalu SUPERB, MARVELOUS dan AWESOME sehingga
tidak terlintas di hati kamu
bayangkan, dunia pun sudah cukup indah bagimu,
SYURGA?
okayyy x terbayang ^_^ 

Wahai diri
SYURGA ITU TERLALU TIDAK TERBAYANG
DAN JALANNYA MENUJUNYA SANGAT PANJANG
dan TIDAK MUDAH
apatah lagi NAFSUmu SANGAT KUAT
IMANmu pula tidak cukup UTUH
tambah pula DUNIA memanggil2 kamu
dan SYAITAN menarik-narik kamu
dengan HEBAT, tidak putus2
Wahai diri,
lagi sekali ku katakan,
SYURGA ITU TERLALU TIDAK TERBAYANG
dan pula
BANYAK TARIKAN DUNIA MENARIK-NARIK KAMU
tetapi ketahuilah
RAHMAT ALLAH LEBIH HEBAT,
SANGAT LUAS dan TIDAK TERPUTUS
MELEBIHI dunia, nafsu, dan syaitan yang mengacau2 kamu
bukankah mereka semua juga makhluk,
sama sahaja seperti kamu?
dan Allah pula telah menjadikan kamu
sebagai SEBAIK-BAIK CIPTAAN?
Jadi, wahai diri yang diberi kedudukan TERBAIK
mengapa berasa lemah dalam menjalani ujian,
padahal kamulah yang tertinggi,
jika kamu benar-benar beriman?
CINTA MANUSIA hanya sementara,
manusia tidak akan selamanya di samping kita
CINTA ALLAH kekal selamanya
ALLAH tidak pernah meninggalkan kita
even sesaat cuma
CINTA DUNIA hanya sementara
dunia asyik je berubah, hidup di sini sekejap sahaja
CINTA SYURGA kekal selamanya
syurga menanti2 kita untuk menikmati hidup kekal di sana
CINTA memerlukan komitmen agar kekal tersemai dalam diri
CINTA memerlukan kita untuk berjuang mendapatkannya
BERJUANGLAH untuk mendapat CINTA ILAHI, tinggal di syurga abadi
eh, masuk syurga dapat tengok ALLAH tau ^___^
itu nikmat tertinggi dalam syurga
n ALLAH janji beri balasan sehingga kita puas..
bayangkan nafsu yg tidak pernah puas dengan sesuatu ni
diberi oleh ALLAH sampai puas.. x ke dahsyat?
marilah kembali kepada Allah
meraih cinta-Nya
menggapai rahmat-Nya
sehingga Allah redha pada kita
dan kita pula redha pada-Nya
Insya-ALLAH
sila baca AL-QURAN untuk maklumat terperinci
sila baca riyadhus solihin bab balasan orang mukmin di syurga :)
p/s fanatik dengan JUZ AMMA sejak awal tahun lagi
Prophet Muhammad (s.a.w.) once said:
”The worldly comforts are not for me.
I am like a traveller,
who takes a rest under a tree in the shade
and then goes on his way.”
(Tirmidhi).
Yeah, be like a traveller, not attached to much at the R&R because he(she) knows that's not the DESTINATION of his journey :)
PEACE
START AFRESH
Assalamualaikum
kosong sbb x terbayang ^^
Langgan:
Catatan (Atom)
